Assalamuaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah teliti tajuk kemanfaatan atau keuntungannya bagi mereka yg mengajarkan ilmu atau satu ajaran yg haq (i.e. yg baik lagi benar) mendapat pahala serta kiriman pahala dari amalan orang yg melaksanakan ilmu yg diajarkan olehnya. Sebaliknya, sesiapa yg mengajarkan sesuatu ilmu atau ajaran yg batil (spt bid'ah), maka dia berdosa dan menerima kiriman dosa dari orang yg diajarkan olehnya apakala diamalkannya oleh mereka ilmu atau ajaran yg diperolehinya. Oleh itu wajarlah kita berwaspada sebelum mengajarkan sesuatu kpd seseorang tanpa kita sendiri tahu dan faham ilmu atau ajaran tersebut.Seseorang yg mengajarkan suatu ajaran atau ilmu itu mempunyai tujuan yg zahir dan tersirat, hanya dia dan Allah (a.w) tahu. Namun yg jelasnya, kalau tujuannya untuk dunia, walaupun dia mengajarkan yg haq atau benar, tetap dia mendapat keuntungan dunia tetapi kerana mengajarkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya kerana dunia, maka tidak mencium bau syurga di akhirat kelak! Ketetapan inilah yg sewajarnya menjadi pedoman para ulama' (i.e. orang yg dikatakan berilmu atau alim atau memiliki ilmu). Apakah dia mengajarkan Islam dan setiap facet syariat Islam itu kerana ingin menghapuskan kejahilan dan untuk menunjukkan jalan yg lurus ke arah mendapatkan keridaan Allah (a.w) apabila dgn ajaran atau ilmu mereka yg diajar lebih faham Islam dan syariatnya, dan dgn ilmu itu mereka boleh beramal atau memperbaiki amalan dan ibadah mereka.
Saudara, Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) telah memperingatkan kita supaya janganlah matlamat atau tujuan segala amalan kita kerana mencari keuntungan atau kesenangan dunia. Kita lihat satu drpd peringatan tersebut dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Barangsiapa yg inginkan kehidupan dunia dan perhiasannya (yakni, kesenangan dan kenikmatan dan keseronokannya), nescaya memberi Kami (Allah) ke atas mereka apa-apa yg diamalkan (atau diperbuat atau diusahakan) oleh mereka (di dunia) dan mereka (di dunia) tidak akan dirugikan.' [Ayat 15, Surah Hud]
Jelas, kalau kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kesenangan dunia dalam apa jua bentuknya, Allah (a.w) akan memberikannya. [Nota: Dalam firman yg lain dan dalam as-Sunnah disebutkan bahawa setiap sesuatu, termasuklah rezki, seseorang itu telahpun diqadarkan dan telah dituliskan 50,000 tahun sebelum manusia itu diciptakan, tidak akan berubah. Justeru itu, kalau diqadar dia tidak berjaya, dia berusaha untuk dunianya, kekal dia di tahap itu juga. Yg pasti dapat adalah akhirat yg diusahakannya untuk tujuan itu]. Sebaliknya, Allah (a.w) memberitahu bahawa di akhirat ceritanya lain. Dia berjaya di dunia, tapi diakhirat, lain ceritanya:
Firman Allah (a.w): 'Mereka itulah orang-orang yg tiada baginya akhiratnya kecuali neraka dan lenyaplah (i.e pupuslah) segala yg diusahakannya di dunia dan batallah (i.e. sia-sialah) apa yg telah mereka kerjakan (di dunia).' [Ayat 16, Surah Hud]
Allah (a.w) memberitahu bahawa orang yg menjadikan dunia itu matlamat dan tujuan hidupnya dan berusaha sekuatmampunya untuk mendapat dunianya dan segala-gala yg dihajatinya, maka di akhirat dia mendapat neraka dan segala amalannya terbatal dan tidak memanfaatkannya di akhirat. Masakan tidak? Kalau dunia menjadi matlamatnya, maka segala-galanya tidak adapun kerana akhiratnya. Kecualilah orang yg berusaha untuk dunianya supaya dia dapat menggunakan apa yg didapatinya di dunia itu untuk dimatfaatkan demi akhiratnya yakni menyediakan bekalan untuk akhiratnya.
Saudara, majoriti umat Islam hari ini buat sesuatu semata-mata kerana dunianya. Apabila dia dapat apa yg dikehendakinya di dunia, dia kekal berusaha lagi mencari dunianya, dan tidak sedikitpun dia memikirkan 'simpanan untuk akhiratnya' dalam mengerjakan amalan dan ibadah dan dalam menginfaqkan sebahagian kekayaan dan kesenangannya untuk membela ugama Allah (a.w) dan umat Islam. Apabila dah dapat sebuah kereka Ferrari, sebagai contoh, dia nak sebuah lagi, kali ini warnanya aje yg berbeza. Dah dapat sebuah rumah banglo mewah, dia nak sebuah lagi yg rekabentuknya lain dan dilokasi yg lain. Demikianlah kuatnya pengaruh dunia. Walhal, kita gunakan apa yg kita dapat di dunia mungkin untuk hidup 85 tahun, kalau kita diberi kesempatan oleh Allah (a.w) umutr panjang spt Dr Mahathir, contohnya. Kalaulah kita beli Ferrari akhirat dalam bentuk infaq kpd membela ugama Allah (a.w) dan orang Islam yg haq, maka kita terima hasilnya dalam bentuk dividen akhirat serta tempat kediaman di syurga yg kekal selama-lamanya!
Oleh itu berhati-hatilah ketika masih berpeluang untuk memikirkan akhirat. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dunia itu hanyalah persediaan untuk akhirat. Orang yg pintar itu adalah berusaha sekuat mampu mencari dunia dan, pada masa yg sama, mencari akhirat dan menyediakan bekalan untuk akhirat dan menggunakan dunia yg didapatinya untuk akhiratnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment