Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah diberitahu tentang tugas dua golongan malaikat, Kiraman dan Katibin yg mencatatkan segala perlakuan kita di dunia. Dan, dalam ayat lain mereka itu disebut malaikat Rakib dan Atid pula. Tugasnya mencatatkan segala perbuatan atau perlakuan - yg baik dan yg buruk. Amalan atau ibadah yg merupakan kebaikan telah dicatatkan baik jika, jangan lupa, jika menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) amalan atau ibah tersebut tidak dicatatkan! Sebaliknya, segala kelakuan buruk akan mendatangkan dosa, akan dicatitkan sebagai dosa tanpa disemak apakah berdasarkan ilmu atau tidak. Oleh itu, janganlah kita ingat bahawa segala kebaikan, khususnya amalan soleh dan ibadah, hanya tercatit jika didasai ilmu (ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah). Amalan dan ibadah yg tidak didasari ilmu atau tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak dicatatkan!
Malaikat tersebut tidak pernah berbohong dan sentiasalah taat mencatitikan segala sesuatu yang kecil mahupun yang besar. Disebutkan di dalam hadith bahawa mereka tidak turuti manusia hanya ketika manusia itu masuk ke tandas atau ketika melakukan hubungan kelamin. Yang penting diingatkan adalah ilmu Allah (a.w) itu meliputi segala sesuatu. Sebenarnya tidak perlulah ada orang yang menjaga dan mencatit kerana Allah (a.w) mengetahui segala sesuatu. Tetapi, sebagai al-Malik (raja segala raja) wajarlah ada hamba-hambaNya yang diberi tugas.
Firman Allah (a.w): 'Unabbaul insanu yaumaizin bima qaddama qa-akhar @ Balil insanu ‘ala nafsihi basiratun.' [Maksud: Pada saat itu (yakni, ketika dibangkitkan atau semasa di padang makhsyar) manusia diberitahu semua amal usahanya yang lalu mahupun yang akhir (yakni, yang terdahulu dan kemudian atau terakhir @ Bahkan manusia mengetahui benar-benar keadaan dirinya.][Ayat 12 & 13, Surah al-Qiamah]
Jelaslah bahawa setiap manusia ada mempunyai Kitab atau Buku Catatan Amalannya yang akan dibuka di padang makhsyar, dipertunjukkan apa yang telah diperbuat semasa kita hidup dan kemudian dihisab pula. Maka dengan itulah juga Allah (a.w) peringatkan manusia dalam firmanNya:
Firman Allah (a.w): ' Ya aiyuhallazina amanu qu anfusakum wa-ahlikum naran' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yg beriman! Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka) [Ayat 6, Surah at-Tahrim]
supaya kita sentiasa berwaspada menjaga dirinya dan keluarganya daripada mendapat siksaan Allah (a.w) di akhirat kelak.
Saudara,
Mengapakah perintah atau peringatan ini ditujukan kpd 'orang iman' dan tidak kpd 'orang Islam'? Hanya orang Islam sahaja yg ada Kitab Catatan Amalan. Orang syirik atau kafir atau munafiq tidak ada Kitab mereka, kerana apabila kiamat dunia, mereka secara otomatis dicampakkan oleh malaikat ke dalam neraka! Hanya orang Islam yg beriman, yakni yg melaksanakan Rukun Islamnya dan yakin dgn Rukun Imannya sahaja yg ada Kitab. Orang yg Islam tanpa iman pastilah dia tidak laksanakan perintah Allah (a.w), atau kalau dilaksanakannyapun tanpa keyakinan yg betul. Orang iman itu apabila diberitahu bahawa hendaklah mereka ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam beramal dan beribadah, mereka akur. Dan orang sedemikian itulah diiktiraf sebagai orang beriman, kerana dia akur ilmu mengenai Islam dan syariatnya, yg menetapkan serta menunjukkan bentuk-bentuk pengabdian, atau bentuk-bentuk, cara dan kaedah beramal dan beribadah serta memandu hidup orang iman itu adalah al-Quran dan as-Sunnah.Contoh: Solat itu adalah amalan terpenting dan terutama bagi orang yg akui dirinya beriman. Dia kerajakan. Dian, dikerjakan sebagaimana Rasulallah (s.a.w) kerjakan. Kerana itu perintah Allah (a.w).
Mudah-mudahan saudara faham apa yg hendak diberitahu dalam post dan blog ini, iaitu ugama Islam itu mudah, jika kita didasari oleh, atau jika kita berpandukan, ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Islam menjadi rumit dan berkecamuk apabila kita ikuti caka-cakap manusia yg tiada ilmu atau songsang ilmunya (yakni, bijak dan pandai tapi tidak berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah) atau yg tidak faham dan tidak pula faqih tentang Islam dan syariatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah (spt mencampuradukkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dgn ketetapan atau pentakrifan manusia).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment