Friday, February 18, 2011

Menarik hari ini - Boleh Jadi PM Hanya 8 Tahun?

Assalamualaikum,
Saudara, kalau saudara rajin membaca akhbar, hari ini ada beberapa berita yg menarik juga, selain pengurangan tol NPE dr RM 1.60 ke RM 1.00 saja. Contohnya dalam akhbar Kosmo dan Sinar Harian hari ini (18 Feb. 2011) ada berita menyebutkan cadangan supaya sesiapa yg diangkat menjadi Perdana Menteri, tidak dilantik atau tidak dipilih terus selepas dua penggal, yakni tak melebihi 8 tahun sahaja. Dikatakan bahawa Mahathir, mantan PM yg memegang jawatan PM selama lebih dua dekad, i.e. 22 tahun, itu bersetuju dgn syor tersebut! [Nota: Kalaulah dicadangkan zaman beliau bagaimana agaknya? Agaknya, kalaulah semasa dia masih PM disyorkan sedemikian, apakah dia bersetuju? Wallahu 'alam. Kerana itu tak mungkin kita tahu dan dah tak relevan lagi. Itu history, bak kata orang. Allah (a.w) saja yg tahu gerak hati seseorang itu.]
Saudara, isu berapa lamakah sepatutnya seseorang itu menyandang jawatan sebagai pemimpin negara dan kerajaan tidak penting. Ada orang duduk lama tapi tak buat apa.  Ada orang duduk sekejap, berjaya buat macam-macam. Ada yg lama buat harta untuk diri dan keluarga, contohnya, spt yg dilapurkan, iaitu mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Ada orang boleh buat istana atau mahligai untuk dirinya, tak perlupun jadi PM atau MB! 
Yg utama adalah orang yg memimpin itu mempunyai hanya satu misi, iaitu dia ingin memakmurkan negara dan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyatnya, terutama rakyatnya yg berugama Islam, dan pada masa yg sama, sebagai pemimpin jema'ah Islam, dia wajib berusaha supaya rukyah (atau rakyatnya) terselamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga, apabila tiba akhirat kelak! Misinya sebagai pemimpin PM ke atau Imam atau Khalifah ke, atau apapun gelaran jawatannya, dia mengimbangi keperluan dunia dan keperluan akhirat, supaya rakyatnya berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Adakah pemimpin sedemikian sekarang ini? Kalau ada, maka biarlah dia itu pegang jawatan PM selama hayatnya, lebih baik dan lebih memanfaatkan umatnya dan ugamanya. Tapi, adakah pemimpin Islam yg memikirkan tentang Islam dan umat Islam - memakmurkan umatnya dan membela serta mengimarahkan ugamanya? Belum ada. Kalau ada, takkan dilapurkan dari masa ke semasa wujudnya orang Islam yg dhaif, duduk di kandang kambing, di rumah tanpa tilam bantal, tiada kemudahan asas api dan air, tanpa pakaian yg cukup menutupi tubuh, tanpa makanan yg cukup, anak-anak tak sekolah? Ini dilapurkan dari masa ke semasa. Di Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Melaka ... malah dimana-mana ada kes-kes sedemikian itu. Dilapurkan pula pemimpin yg memiliki harta dan kekayaaan yg tak setimpal pula. Ada rumah bagai mahligai atau istana, berderet kereta canggih lagi mewah. Ada banglo di kawasan eksklusif di luar negara, di London, di California, di Gold Coast, Australia, dll tempat yg merupakan tempat berlegar orang-orang yg terkaya di dunia! 
Sepatutnya, pemimpin yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) atau khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin atau oleh khalifah Omar b Abdul Aziz! Adakah seorang pemimpin yg berusaha untuk menghapuskan kejahilan umat Islam yg diperintahnya, sambil mempastikan hak bukan Islam tidak terabai? Belum ada? Setahu penulis setakat ini belum ada lagi.
Mudah-mudahan, akan tampil seorang atau barisan pemimpin di Malaysia ini yg mengutamakan keseimbangan keperluan dunia rakyatnya dan kesejahteraan akhirat untuk mereka, tak kiralah yg Islam atau yg tak Islam, dan tidak memikirkan dirinya dan keluarganya!!
Dalam sistem kenegaraan dan pemerintahan Islam yg haq itu, yakni bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah, sistem dan kaedah terbaik, kerana datangnya dari Allah (a.w) sendiri, kepimpinan itu ditentukan oleh umat Islam, yg mengangkatnya sebagai kepimpinan ummah atau Jema'ah (i.e. Rasul/Nabi, khalifah, Amirul Mukminin, Sultan dan Imam atau Amir - gelaran-gelaran PM dalam Islam) adalah semata-mata kerana ilmunya, kerana kefahamannya dan kefakihannya tentang perintah Allah (a.w) dan RasulNya [Nota: Selepas Nabi Muhammad (s.a.w) tiada lagi gelaran Rasul atau Nabi kpd pemimpin umat dan negara Islam]. Maka jika wujud kepimpinan sedemikian, maka selamat dan bahagialah dirinya dan umat atau jema'ahnya. Dalam Islam sesiapa yg diangkat menjadi pemimpin dalam apa jua hiraki kepimpinan, mereka tidak boleh menolak amanah yg diberikan oleh umat Islam. Namun, mereka yg dipilih itu adalah orang yg menepati hadith berikut:
Berkata Omar b Khattab (r.a): 'Tufaqqihu qabla an tusauwadu' (yg bermaksud: Mencarilah kefakihan (dalam perkara ugama kamu) sebelum kamu diserahkan tanggungjawab (sebagai pemimpin) [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu]
[Nota: 'Kefakihan' dalam perkara ugama itu tidak bermaksud atau terhad kpd (i.e. 'not limited or confined to') amalan dan ibadah wajib dan sunat sahaja, kerana Islam adalah 'ad-Din' atau cara hidup yg diridai Allah (a.w). Justeru itu, 'kefakihan' itu merangkumi segala dimensi kehidupan dunia, i.e. kefakihan ilmu  dunia dan ilmu akhirat. Maka dgn itu dalam post yg lalu kita sebutkan bahawa orang iman yg terbaik itu adalah orang yg bercita-cita untuk mendapat kejayaan dunia terbaik baginya dan kejayaan akhirat juga terbaik baginya. Dan, orang yg mengimbangi keperluan dunia dan keperluan akhiratnya. Jika dia pemimpin, maka dia mengimbangi keperluan dunia untuk dirinya dan untuk rakyatnya dan keperluan akhirat juga untuk dirinya dan rakyatnya. Dia inginkan yg terbaik]. Mereka mentadbir-uruskan negara dan rukyahnya sepanjang hayatnya dan hanya diganti setelah dia mati. Begitulah tradisi atau peraturan kepimpinan dalam Islam. Dan, Islam mewajibkan kepimpinan itu melaksanakan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Dia boleh berijtihad (i.e. seumpama mengadakan peraturan sampingan (seumpama 'fatwa') bagi kerukunan rakyatnya, asalkan peraturan tersebut tidak bertentangan atau bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah [Ayat 59, Surah an-Nisa' yg kita rujuk dahulu], kerana al-Quran adalah Perundangan Agung atau Perlembagaan Islam, manakala as-Sunnah adalah ketetapan-ketetapan yg memperincikan Perlembagaan Islam tersebut dalam realiti kehidupan sehari-harian ketika di dunia. Maka kedua-duanya mengatasi segala ketetapan atau peraturan pemimpin. Jika ketetapan pemimpin (i.e. fatwa atau ijtihad) melanggar ketetapan al-Quran atau as-Sunnah, maka fatwa atau ijtihad tersebut terbatal dgn sendirinya. Rukyah atau rakyat tidak perlu dengar apatah lagi taatkan ketetapan pemimpin. Itulah prinsip pengurusan apa juga bentuk pengurusan dalam Islam! Malah, pemimpin yg menyimpang atau menyeleweng atau yg tidak menjalankan amanah yg diberikan sebagai pemimpin sudah pasti tidak masuk syurga, itulah ancaman Allah (a.w). Kalau, dia mentadbir-uruskan rukyahnya dgn baik, menepati al-Quran dan as-Sunnah, dia berada di dalam syurga bersama-sama dgn para rasul dan nabi pula! Kepimpinan Islam semestinya tidak melanggar atau menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Seseorang Imam atau pemimpin itu tidak dibenarkan meletakkan jawatannya kerana kepimpinan dalam Islam, apabila diberikan, adalah tanggungjawab dan kewajipan yg tidak boleh dilepaskan. Wajib disandang dan dilaksanakan amanah jawatan itu sekuat mampunya. Apa-apa kekurangan dia boleh dibantu oleh pembantu dalam bidang-bidang tertentu untuk meringankan bebannya sebagai Imam. Kepimpinan dalam Islam tidak boleh diminta atau dicari-cari. Tidak ada pilihan raya dalam Islam. Jika diangkat menjadi pemimpin, berat tanggungannya di dunia dan lebih-pebih lagi di akhirat. Bagi mereka yg mengaji ilmu as-Sunnah mengenai kepimpinan itu, mereka tahu. Malah kerana itu dalam Islam tidak sanggup seseorang itu menonjolkan dirinya untuk diangkat atau dinamakan sebagai Imam atau Khalifah. 
Saudara, adalah lebih baik jika sistem kerajaan Islam itu dinobatkan. Pasti tiada penyelewengan. Tiada rasuah dan kemaksiatan. Pasti wujud keadilan. Kerana, pemimpin yg melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg melibatkan rukyahnya, pasti tidak dapat syurga di akhirat. Itu adalah sanction terbaik, bukanlah menghadkan tempoh pemerintahan seorang pemimpin itu. Hari ini manusia berlumba-lumba dan melobi dan menggunakan pelbagai taktik dan cara supaya rakyat menobatkan dirinya sebagai pemimpin. Tak dapat jadi PM, TPM pun cukup atau jadi MB atau CM pun cukup atau jadi Menteripun cukup. Malah jadi Ex-Co pun dah baik. Malah jadi ahli Majlis Kerajaan Tempatan sebuah perbandaranpun dah cukup. Dapat habuan macam-macam. Termasuklah dapat rumah seumpama istana dan mahligai. Itulah habuan dunia. Di akhirat wallahu 'alam. Yg pasti makan rasuah atau makan dan minum dari sumber yg haram atau batil, pastilah jadi ahli neraka!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment