Saturday, February 26, 2011

al-Quran: Kebaikan Orang yg Belajar al-Quran

Assalamualaikum,
Saudara, apakala kita sebutkan perkara ugama, tak ramai orang minat. kalau kita sebutkan ilmu mengenai bagaimana nak dapat banyak wang atau bagaimana berniaga yg membolehkan kita senang dan cepat kaya? Ramai orang minat. tai, kalau kita kata buatlah itu dan ini maka engkau akan dapat syurga! Tak ramai orang Islam yg minat. Maka dgn itulah juga tak ramai orang nak belajar sesuatu tentang Islam - khususnya ilmu al-Quran dan as-Sunnah - walhal belajar ilmu tentang Islam itu wajib. Apabila wajib, jika tidak dipelajri, maka berdosa sentiasalah orang yg tidakpun meluangkan masa belajar al-Quran dan as-Sunnah. 
Orang yang terbaik juga adalah mereka yang mengajarkan al-Quran. Bukan setakat mengajar tajwidnya dalam membaca al-Quran, tetapi mengajarkan isi kandungannya supaya muridnya tahu perintah Allah (a.w) dan apakah yang akan terjadi apabila mereka engkarkan perintah Allah (a.w). Pendeknya, hadith ini mengatakan bahawa orang yang beriman itu apabila belajar dia al-Quran dan dibacanya selalu dan diamalkannya isi perintah dan larangannya, maka dia seorang Islam yang terbaik di sisi Allah (a.w): 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a), hadith daripada Abi Musa as-Syaari (r.a), kata (Abi Musa) hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Gambaran seorang yang beriman yang membaca al-Quran itu adalah seperti buah limau. Dimakan dia sedap dan baunyapun sedap (menyerbak). Dan gambaran orang beriman yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar (kurma), dimakan sedap dan tidak mengeluarkan bau. Dan gambaran orang munafiq yang membaca al-Quran seperti bunga, baunya sedap dan pahit bila dimakan. Dan gambaran orang munafiq yang tidak membaca al-Quran itu seperti buah hanzalah (sejenis buah seperti labu atau timun atau peria) dimakan pahit dan tidak pula mengeluarkan bau.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Hadith ini menjelaskan bahawa mereka yang ahli dalam al-Quran (belajar, mengajar, menghafal dan mengamalkannya) adalah ‘ahli kumpulan yang rapat kepada Allah (a.w))’ dan menjadi golongan yang terpilih di sisi Allah (a.w): 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya di sisi Allah (a.w) ada beberapa ahliNya dari kalangan umat manusia.’ Maka berkata para sahabat: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapa dia orang-orang (yakni, mereka) itu?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Mereka itu adalah ahli al-Quran, adalah ahli Allah (a.w) dan pilihanNya.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Hadith ini menjelaskan sesiapa yang tergolong dalam golongan ‘ahli al-Quran’, merekalah orang pilihan Allah (a.w). Orang yang menjadi pilihan Allah (a.w) semestinyalah mendapat kerahmatanNya. Begitu besarnya fadhilat seseorang yang menjadi ahli al-Quran. Maka dengan itulah belajar dan mengajarkan al-Quran itu adalahpekerjaan terbaik pada kaca mata Islam. [NotaHarus diambil perhatian bahawa di dalam blog ini, perintah Allah (a.w) itu termasuklah perintah Rasulallah (s.a.w), kerana Allah (a.w) memrintahkan kita supaya ‘mentaati Rasulallah (s.a.w) dan pengistiharan Allah (a.w) bahawa sesiapa yang taatkan Rasulallah (s.a.w) bererti dia mentaati Allah (a.w); Rujuk al-Quran.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment