Assalamualaikum,
Saudara, kelmarin dan hari ini (25 Feb. 2011) dalam akhbar Sinar Harian termuat perdebatan antara Pengurus besar, ESQ Leadership Training Centre, Marhaini Yusoff, ahli Panel Syariah dan Akidah ESQ, Dr Adnan Mohd Yusoff dan Profesor Tasawuf & Pemikiran Islam UKM, Prof Zakaria Stapa, tentang angka 156 yg digunakan oleh ESQ kononnya untuk melambangkan 1=Insan, 5=Rukun Islam dan 6 = Rukun Iman.Maka timbullah perbalahan.
Saudara, secara tak langsung suatu masa dulu ada kontroversiti yg dicetuskan oleh fatwa Pengarah JAWI tentang latihan ESQ yg dikatakan menyeleweng dari akidah Islam. Kali ini timbul satu lagi kontroversi tentang penggunaan nombor 156 oleh ESQ [Nota: restoran India Muslim juga guna nombor 786 sebagai melambangkan sesuatu yg 'halal'. Mungkin kerana nombor tu, restoran India Muslim begitu laku dan laris, semua orang makan di situ, termasuklah majoriti pelanggan mereka orang Melayu]. Kontroversi ini kecoh tetapi menguntungkan ESQ kerana ia merupakan publisiti percuma bagi ESQ. Menjadikannya lebih terkenal dan diminati ramai pihak, terutama majikan syarikat swasta yg ingin memotivasikan pekerjanya supaya produktivitinya meningkat yg menguntungkan syarikat!
Saudara, kadang-kadang kita merasa hairan mengapakan ilmuwan spt dua tokoh di atas itu berbalah tentang angka dan mengkaitkannya pula dgn akidah? Apakah pentingnya dua orang ilmuwan yg kononnya 'faqih' dalam Islam dan syariatnya berbalah tentang nombor dan akidah, walhal ada begitu banyaknya perkara pokok atau isu akidah yg lebih utama mereka tumpukan masa, perhatian dan kepintaran mereka untuk mereka kaji dan perbaiki. Yg paling utama yg wajib mereka teliti adalah apakah ajaran Islam yg haq itu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan sejauh manakah Islam dan syariatnya itu diamalkan oleh umat Islam menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Dan, sejauh manakah amalan dan ibadah umat Islam itu menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya? Mengapa dan mengakah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di akhir zaman umat Islam akan berpecah menjadi 73 firqah atau mazhab dan 72 golongan atau mazhab, walaupun Islam, gagal mendapat syurga, dan terjerumus ke dalam neraka? Kenapakah Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa di akhirat kelak, daripada 1,000 orang yg anuti Islam sebagai ugama mereka, semasa hidup mereka, hanya seorang sahaja yg berjaya mendapat syurga dan 999 orang dari 1,000 itu masuk neraka, walaupun mereka Islam dan mengamalkan tuntutan Islam? Itu lebih utama di bahaskan.
Apakah pertelingkahan tentang nombor 156 atau 768 itu penting dan bertanggungjawab menjadikan akidah umat Islam songsang? Apalah yg ada pada nombor? Bukankah majoriti umat Islam itu disongsangkan oleh kejahilan majoriti yg berilmu dalam menginterpretasikan Islam dan tuntutannya?
Akidah umat Islam dan menifestasi keIslaman dan keImanan umat Islam hari ini sudah banyak tercemar dan dicemarkan oleh ajaran para ulama' dan para ilmuwan yg mengakui diri mereka berilmu atau alim, walhal mereka belum sebenarnya faham dan faqih tentang Islam. Kalaulah mereka faham dan faqih tentang Islam mengapakah mereka bercakap tentang Islam atas landasan fahaman kemazhaban! Mengapakah tidak mereka tumpukan perhatain kpd Islam mengikut ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah)? Mengapakah mereka tidak kaji dan teliti kenapa berleluasanya pandangan para ulama' dan ilmuwan Islam tentang 'bid'ah hasanah' walhal Rasulallah (s.a.w) secara terang-terang sebutkan dan putuskan bahawa semua 'bid'ah' itu menyesatkan?
Mengapakan para ulama' dan ilmuwan Islam tidak membuat penelitian dan kajian supaya manusia, dan mereka sendiri, faham tentang 'ahlus-sunnah wal-jama'ah' itu bukan merujuk kpd mazhab, tetapi merujuk kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mengapa para ulama' tafsirkan Ayat 103, Surah ali-Imran (tentang kewajipan berjema'ah), walhal Rasulallah (s.a.w) banyak menyebut tentang perkara yg sama merujuk kpd jema'ah dalam Islam? Mengapa wujud institusi jema'ah dan kepimpinan dalam Islam dan bahawa kepimpinan itu tidak boleh mengatasi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, iaitu Ayat 59, Surah an-Nisa' . Ada banyak kekeliruan tentang jema'ah dan kepimpinan dalam Islam, kuasa kepimpinan vis-a-vis Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kerana silap tafsiran orang yg akui diri mereka berilmu walhal tak seberapa? Bukankah itu lebih berguna supaya pemesongan akidah umat Islam dapat dibetulkan?
ESQ adalah sebuah unit perniagaan. Tujuannya tak dan tak bukan mencari keuntungan dari produk yg dijualnya - 'air liur' orang yg pandai bercakap, berhujjah dan membuat rasionalisasi dgn diwarnai oleh sedikit icing ugama. Tak lebih dari itu. [Nota: Ramai orang yg tau sikit Islam, bercakap seolah-olah mereka benar-benar faham Islam dan syariatnya. Mereka dinobatkan sebagai 'pakar syariah' pula! Mereka terpesong dan memesongkan orang lain. Yg penting dia diberi recognition oleh orang yg jahil pula tentang Islam dan mendapat habuan yg tinggi memperdagangkan beberapa ayat al-Quran dan beberapa potongan hadith, untuk kesenangan hidup di dunia, wal iya zubillah].
Apakah ESQ bertujuan untuk membetulkan keimanan orang Islam atau meletakkan Islam di mercu yg tinggi demi akhirat orang yg terlibat dalam ESQ? Tak mungkin!
Oleh itu kita harap Prof Zakaria Stapa dan Dr Adnan M Yusoff tak usahlah buang masa berdebat tentang perkara yg trivial. Tumpukan kepintaran kpd meneliti isu-isu yg kita sebutkan sebelum ini. Itu lebih baik. Mudah-mudahan mereka dan orang lain lebih faham Islam dari memahami nombor ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment