Saturday, February 19, 2011

Munafiq Buat Kebaikan ...

Assalamualaikum,
saudara, ada pengikut blog ini yg bertanya tentang perbuatan orang munafiq seumpama Abdullah b Ubai b Salol, zaman Rasulallah (s.a.w), dan, umumnya, tentang orang munafiq, yg membuat amal soleh seumpama mendirikan masjid. Jika nak diterangkan dan difahami isu orang munafiq dan kemunfikan ini panjang. Dalam al-Quran, dalam Surah al-Baqarah, Surah at-Taubah, disebutkan secara terperinci tatakelakuan dan sifat-sifat orang munafiq itu. Jadi saudara boleh baca tafsir al-Quran, sekadar nak tau erti firman Allah (a.w) supaya faham sedikit sebanyak siapa orang munafiq, tindaktanduk mereka, sifat-sifat mereka dan belajar as-Sunnah tentang Abdullah b Ubai b Salol - tokok orang munafiq yg hebat zaman Rasulallah (s.a.w).
Apakah kalau mereka dirikan masjid untuk orang beramal di dalamnya? Ini antara isu yg dibangkitkan oleh komentator tersebut.
Dalam al-Quran, Ayat 107 dan 108, Surah at-Taubah, disebutkan orang munafiq yg mendirikan masjid untuk memesongkan umat Islam supaya tidak bersolat di masjid yg didirikan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu Masjid Quba. Masjid munafiq itu akhirnya diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dirobohkan. 
Seorang pengikut blog ini bertanyakan beberapa isu spt berikut: 
'Nak dapatkan penjelasan tentang tulisan bab Abdullah bin Ubay yang bina Masjid Dhirar. 
Kalau seorang munafiq atau fasiq buat masjid, bagaimana ya? 
Kalau seseorang tu, buat perkara yang baik, tapi dia seorang yang makan rasuah, aniaya orang lain, dan/atau dari pendapatan rasuah bagaimana ya? Kira ok ke kebaikannya sekiranya banyak dari perbuatannya banyak yang sebaliknya.' 
Saudara, buat masa ini, penulis tak mahu nak jelaskan apakah jawapan yg terbaik mengenai perkara ini. Yg utama kita sebagai orang iman ketahui dan fahamai adalah: pertama, orang munafiq itu berpura-pura mengakui dirinya Islam di hadapat orang Islam. Di belakang, mereka merancang dan melakukan segala sesuatu untuk menentang Islam dan umat Islam. Kedua, orang munafiq itu tidak masuk syurga, kecualilah mereka menyedari kemunafikan mereka, dan mereka bertaubat kpd Allah (a.w) dan Allah (a.w) terima taubatnya. Ketiga, kita yg beriman janganlah buat sesuatu yg menyerupai tindak tanduk atau keperibadian orang yg munafiq, spt apabila bercakap kita bohong, apabila kita berjanji kpd seseorang kita mungkiri janji kita dan apabila kita diberikan suatu amanah, kita khianati amanah tersebut. Itulah tiga daripada begitu banyak sifat atau ciri-ciri kemunafikan yg disebutkan dalam hadith. Dan, ini ramai orang Islam tau. Keempat, orang munafiq itu pasti masuk neraka [Ayat 68, Surah at-Taubah]. Malah, mereka diletakkan di paras neraka yg terkebawah sekali, lebih terkebawah dari neraka yg didiami oleh orang kafir [Ayat 145, Surah an-Nisa']. 
Insya Allah, di suatu kesempatan penulis akan jelaskan perkara yg ditanyakan. Yg utama adalah kita faham siapa yg munafiq dan apakah sifat-sifat atau ciri-ciri orang munafiq dan apakah penyudah mereka itu kelak. Dan, dgn pengetahuan sedemikian itu peliharalah diri dari tergolong dikalangan mereka.


Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment