Assalamualaikum,
Saudara menyambung perbincangan kita tentang tajuk di atas, elok kita kembali kpd hakikat bahawa kita Islam dan beriman semata-mata kerana inginkan ganjaran syurga dan takutkan neraka. Visi dan misi hidup seorang iman itu adalah kejayaan yg disebutkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa', iaitu:
Firman Allah (a.w): 'Barangsiapa taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dimasukkan ke dalam syurga'. [Ayat 13, Surah an-Nisa']
Dalam konteks amalan dan ibadah, dan segala sesuatu tentang kejayaan di akhirat itu, kita diperintahkan oleh Allah (a.w) bahawa:
Firman Allah (a.w): 'Dan apa-apa yang dibawa kepada kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu mengambilnya, dan apa-apa yang dilarang oleh Rasul maka hendaklah kamu meninggalkannya.’ [Ayat 7, Surah al-Hasyr].
Inilah ketetapan Allah (a.w) bahawa wajib bagi kita yg Islam dan beriman supaya ikuti ketetapan as-Sunnah. Dan, Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah ini melalui hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apa-apa yang memerintahkan aku kepada kamu sekelian dengannya (yakni, syariat Islam itu) maka kamu ambillah. Dan apa-apa yang aku melarang ke atas kamu sekelian darinya (yakni, berbuat sesuatu yang berlainan) maka hentikanlah (atau jauhilah).’ [Hadith Ibnu Majah]
dan juga hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarkankanlah apa-apa yang aku (sengaja) tinggalkan (yakni, bebaskan kamu atasnya), maka rosak (kamu) sebagaimana rosaknya barangsiapa yang ada sebelum kamu sekelian (yakni, umat-umat terdahulu) dengan memperbanyakkan soal mereka itu (terhadap perintah nabi-nabi mereka) dan banyak perselisihan di kalangan mereka itu atas (apa-apa yang disampaikan oleh) nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku atas kamu sekelian dengan sesuatu maka ambillah darinya apa-apa (yang aku sampaikan) semampu kamu. Dan, ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu maka hendaklah kamu hentikan (atau tinggalkan).’[Hadith Ibnu Majah & juga Bukhari dan Muslim]
[Nota: Sabda Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam konteks syariat haji, apabila ada para sahabat bertanya sama ada diwajibkan sekali atau dua atau sebagainya, maka beliau memberi teguran. Di dalam Islam salah satu prinsip utama adalah kita diwajibkan mendengar dan taat dan janganlah banyak soal tentang sesuatu. Setelah diberitahu sesuatu prinsip maka terima sajalah, jangan banyak soal dan hujjah. Tapi, malangnya hari ini segala sesuatu dalam al-Quran dan as-Sunnah didebatkan oleh ulama' dan para imuwan, seolah-olah kurang yakin dgn ketetapan sedemikian.]
Kemudian Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita dalam hadith berikut bahawa sesiapa yg enggan patuhi perintah Rasulallah (s.a.w), sudah pastilah dia masuk neraka, yakni tidak tergolong dalam golongan mereka yg disebutkan dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’ (yakni, orang yang enggan mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah atau menerima ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah, tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari]
[Nota: Mereka yang telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mengerjakan solat mereka sebagaimana beliau mengerjakan solat, tetapi mengerjakan solat mereka dengan cara dan kaedah yang lain adalah tergolong dari kalangan mereka yang engkarkan suruhan Rasulallah (s.a.w). Apabila Raulallah (s.a.w) memberitahu setiap 'pembaharuan dalam perkara ugama' (rengkasnya, bid'ah) adalah kesesatan yg menyebabkan orang yg beramal, mengajarkan orang beramal dan menyebarkannya pula, masuk neraka. Tapi lagi hebat umat Islam berpegang kpd yg batil, iaitu 'bida'ah hasanah', seolah-olah Rasulallah (s.a.w) silap dalam ketetapannya.]
Insya Allah, kita sambung lagi menjelaskan mengapa kita dilarang membuat 'bid'ah' atau mengamalkan dan menyebarkan bid'ah dalam post yg akan datang. Mudah-mudahan, dgn peringatan tersebut, kita selamat dan berjaya di akhirat.
Jazakallahu khairah
Askm, perkara bida'ah ini memang topik yg sensitif dan mereka yg bermazhab Syafei akan tetap dengan pendapat mereka bahawa bida'ah hasanah itu OK. Tak ada berdebat dalam Islam. Perkara yg telah ditetapkan - PATUH, period. Yang belum di tetapkan perlu dimesyuarahkan bukan didebatkan dimana ada yg menang dan ada yg kalah, bergantung kepada kemahiran sesaorang berdebat.
ReplyDeleteSemuga mereka diberi pertunjuk olih Allah SWT .... ameeen