Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini telah dituliskan segala sesuatu mengenai wudu' itu, termasuklah cara berwudu' mengikut as-Sunnah, anggota-anggota wudu', cara membasuh dan menyapu anggota-anggta tersebut, had-had basuhan atau sapuan dgn air wudu' pada anggota-anggota tersebut. Dan, jangan lupa, yg paling utama dalam berwudu' adalah hendaklah dimulakan dgn sebutan 'Bismillah'. Wudu' tidak sah atau diterima jika tidak disebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakannya.
Saudara, dalam post ini kita hanya ulangi sebagai peringatan, perkara-perkara yg membatalkan wudu'. Seperti yg telah dijelaskan kerapkali dalam blog ini, banyak peraturan atau ketetapan Islam yg kita amalkan lari daripada atau tidak sejajar dgn atau berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg haq. Mungkin kita diberitahu bahawa ketetapan sedemikian adalah ketetapan fahaman kemazhaban. Namun, kita dahpun lihat apa kata penutup tokok-tokoh ulama' yg dikatakan sebagai pengasas fahaman mazhab dalam blog ini - Imam As-Syafie (Syafie), Imam Malik (Maliki), Imam Ahmad Hanbal (Hanbali) dan Imam Abu Hanifah (Hanafi), bahawa mereka tidak mahu orang mengatakan yg mereka buat suatu yg bertentangan dgn ketetapan as-Sunnah. Kata mereka jika ada ketetapan as-Sunnah yg bercanggah dgn ajaran mereka, maka mereka tarik balik ajaran mereka, dan batlkan dan mereka terima ketetapan as-Sunnah. Wasiat ini bukan sahaja ketika hayat mereka, malah ketika mati merekapun, mereka menariknya dan membatalkannya!
Akhir-akhir ini, timbul pula tentang cemuhan terhadap pengikut Wahabbi, kononnya Wahabbi adalah fahaman yg sesat. Wahabbi adalah fahaman yg tiada bezanya dgn fahaman mazhab yg empat, hanya fehaman ini terkemudian (i.e. Kurun 12, manakala mazhab yg empat 1,000 tahun lebih dahulu. Gerakan (Wahabbi) yg dipelopori oleh seorang ulama', Mohamad Abdu Wahab, bertujuan membersihkan fahaman Islam dikalangan masyarakat Arab kuru ke-12 dulu dari pengaruh (atau pencemaran fahaman) tahyul. kurafat, taklid dan bid'ah. Kerana, kesemua pengaruh ini adalah bertentangan dgn Islam dan ajarnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. jika begitu, tidak ada salah silapnya fahaman Wahabbi. Akhir-akhir ini pula timbul pula konsep 'pluralisme Islam'. Kita harap orang-orang yg bercakap tentang 'pluralisme Islam' ini tampil ke depan menjelaskan apa yg mereka maksudkan.Kerana, dalam suatu dimensi apabila ada orang Islam membuat branding dalam Islam - atas dasar fahaman kemazhaban atau atas dasar kaedah beramal - tasawuf, tariqat dan sebagainya- adalah sebenarnya menjadi Islam itu plural atau berbagi-bagai, walhal Islam itu hanya satu iaitu Islam yg berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Apa saja keIslaman yg didasarkan dari selain al-Quran dan as-Sunnah adalah batal dan batil. Maka dgn itu wajib kita fahami bahawa Islam itu hanya satu dan cara mengerjakan segala sesuatu amalan dan ibadah - yg fardu dan yg sunat - hendaklah menepati ketetapan as-Sunnah atau sebagaimana yg ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika, berlainan, maka Islam tersebut batal dan batil.
Oleh itu, janganlah kita bersenang diri, terima cakap-cakap orang yg akui diri mereka ulama' atau ilmuwan atau mengatakan sesuatu itu adalah ketetapan kemazhaban, jika kita dapati ada ketetapan as-Sunnah yg berbeza. Yg betul atau haq itu adalah as-Sunnah dan ketetapan selainnya adalah kebatilan. Jika kita beramal dgn yg batil pastilah Allah (a.w) tidak terima amalan dan ibadah kita [Nota: Ingatkanlah ketetapan Allah (a.w), antara lain, pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr - amalan yg menyalahi atau berlainan dari yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah batal dan tidak diterima. Ingatlah bahawa amalan yg didasarkan ilmu yg haq saja yg diterima - Ayat 36, Surah al-Isra' - jangan amalkan sesuatu tanpa didasari dgn ilmu mengenainya - dan, ingatlah sabda Rasulallah (s.a.w), antaranya, 'Beramallah hanya dgn ilmu' dan 'Sesiapa yg mengerjakan sesuatu amalan yg tidak termasuk dalam perkaraku (Nabi), yakni, tiada dalam as-Sunnah atau tidak disandarkan kpd as-Sunnah, maka amalan itu ditolak atau tidak diterima'].
Saudara, dalam blog ini kita paparkan segala sesuatu yg menepati as-Sunnah. Kita tidak paparkan apa yg dicakapkan oleh ulama' sianu dan sifolan atau ilmuwan sifolan dan sifolan, hanya ketetapan as-Sunnah. Kerana itu sahajalah sumber dan panduan yg haq dan betul dan yg pasti diterima Allah (a.w) apabila diamalkan atau dikerjakan.
Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment