Assalamualaikum,
Saudara, menyambung perbicaraan tentang solat fardu itu, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mengajarkan anak-anak kita awal-awal lagi mengerjakan solat. dalam konteks ini kita wajar rujuk kepetapan Allah (a.w) bahawa sebagai ibu dan/bapa, kita diwajibkan mempasrtikan bahawa keluarga kita - isteri/suami dan anak-anak kita - diselamatkan dari jurang neraka.
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yg beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu (i.e. isteri/suami dan anak pinak) kamu sekelian dari api neraka ...' [Ayat 7, Surah at-Tahrim]
Sebagai bapa/ibu atau isteri/suami, terutama suami, hendaklah sentiasa berwaspada supaya dirinya dan keluarga tanggungan atau jagaannya terselamat dari neraka. Maka dgn itulah juga seorang bap/ibu itu diwajibkan mengajarkan anak-anaknya tentang solat dan baaimana mengerjakan solat yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, khususnya menepati yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Saudara, kita telahpun sebutkan dalam post-post yg lalu mengapa pentingnya solat fardu itu kita tidak abaikan dan kita kerjakan dgn penuh khusyuk. Kita ulangi lagi dalam konteks perbincangan kita tentang tajuk ini.
Solat fardu itu amat penting, antara sebabnya adalah: pertama, solat itu akan menentukan apakah seorang Islam yg iman itu mendapat syurga atau sebaliknya; kedua, solat itu adalah ibadah yg membezakan antara orang Islam yg iman dgn orang yg tidak Islam dan orang Islam yg tidak beriman. Ketiga, solat itu adalah ibadah yg menentukan apakah hisaban di akhirat nanti mudah atau sulit bagi kita. Keempat, solatlah ibadah yg utama dan pertama dihisab diakhirat kelak, kalau baik hisaban solat fardu kita maka baiklah hisaban segala amalan dan ibadah selainnya. Kelima, solatlah tiang ugama kita. Maka apabila kita tinggalkan maka runtuhlah ugama kita walaupun secara lahiriah kita dianggap Islam tetapi sebenarnya tidak Islam. Keenam, jika kita tinggalkan satu waktu solat maka kita secara otomatis jatuh kafir, walaupun kita baik dalam amalan dan ibadah selainnya. Ketujuh, solat itu tidak boleh ditinggalkan dalam apapun keadan dan situasi kecualilah dalam keuzuran syar'i, iaitu kita tidak lagi siuman. Kalau sakit melaratpun, kita diwajibkan bersolat dgn cara duduk, berbaring atau semata-mata mengelip-ngelipkan mata sahaja kerana tidak berdaya melakukannya secara normal. Maka dgn itulah kita diperintahkan supaya mendidik dan mengajar anak-anak kita supaya bersolat ketika kecil lagi.
Diriwayatkan hadith dari Abdul Malik b Rabi' b Saburah hadith dari bapanya (i.e. Rabi' b Saburah) hasdtih adri datuknya (i.e. Saburah) yg berkata: 'Telah bersabda Nabi (s.a.w): 'Perintahlan oleh kamu (akan anak-anak kamu) dgn mengerjakan solat (fardu) ketika sampai umur seorang kanak-kanak itu tujuh tahun, dan ketika sampai (i.e. cukup umur) sepuluh tahun, maka pukullah dia (jika tidak mengerjakan solat).' [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Mesej hadith ini jelas merujuk juga kpd keutamaan yg disebutkan dalam perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah at-Tahrim di atas itu, supaya tidaklah kita selaku ibu/bapa mengabaikan tanggungjawab mempastikan anak zuriat kita terjermus ke dalam neraka, dan kerana itu kita sama-sama terjerumus ke dalam neraka kerana mengabaikan tugas kita, wal iyazubillah.
Saudara, sebagai ibu atau bapa, tugas kita telahpun ditentukan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mengajarkan anak-anak kita bersolat ketika masih kecil. Dan, ketika kecillah anak-anak itu cerdas otaknya dan mereka mampu menghafal surah-surah pendek dalam Juzzuk 30 al-Quran itu. Penghafalan itu penting kerana dgn hafalan itu anak-anak kita mudah mengerjakan solat kerana dia wajib membaca surah dalam solat-solatnya. Maka dgn itu, wajiblah kita usahakan supaya anak-anak kita diajarkan membaca al-Quran dan menghafal surah-surah pendek ketika masih kecil.
Jazakallahu khairah
Askm,
ReplyDeleteItu semua sudah sedia maklum olih semua tapi kemungkinan sukar nak dilaksanakan kerana olih sebab terdapat "ramai' orang Islam (ibu bapa ) tak tahu membaca Iqraq - ( al-Quran ). Macam mana nak membimbing anak2 mereka? Dah berumur malu utk belajar cara terbuka, masyallah. Olih itu sesiapa yg ingin berda'awah, jangan lupa kepada golongan ini. Kasihanlah pada mereka. Patut kita laku dengan segera kerana ganjaran utk akhirat bagi mereka yg menyampaikan ilmu yg bermenafaat itu adalah tak ternilai harganya yg telah Allah janji, Allah itu tidak pernah mungkir janji. Insyaallah, selamat berda'awah.