Wednesday, February 9, 2011

Lagi Polemik Debat MB Kelantan dgn Majlis Fatwa ...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam akhbar Melayu, khususnya akhbar Sinar Harian terbitan hari ini (9 Feb. 2011) disebutkan isu kenyataan Nik Aziz, MB Kelantan yg membuat kenyataan yg dikatakan merosakkan aqidah Islam. Itu kata mereka, terutama di kalangan para ulama' UMNO yg dijaguhi oleh Prof Mohd Noor Deris, Pengerusi Biro Agama dan Ulama' Majlis Veteran UMNO Kelantan (juga orang Kelate). 
Saudara, aqidah umat Islam hari ini telah lama dirosakkan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam yg tidak faham apa dia sebenarnya yg dikatakan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Insya Allah mereka yg waras lagi terbuka fikirannya, apabila membaca tulisan dalam blog ini, akan tahu dan faham siapa sebenarnya golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Terkadang para ulama yg berdebat tanpa menghilangkan kongkongan diri dari fahaman atau ajaran Asy-Sya'ariah atau krangka kemazahaban, Mazhab as-Syafie, sebagai contoh, tidak akan dapat melihat cahaya kebenaran di depan mereka dalam perkara mendefinasikan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Ketetapan as-Sunnah itu amat mudah dan amat jelas, tetapi jika kita melihat dgn mata yg terbuka separuh atau tiga suku atau sepertiga, sudah pasti kita tidak nampak. Kita akan nampak, bak kata pepatah Melayu, nyamuk di seberang sungai walhal gajah di depan mata tidak kelihatan! Mungkin benar pepatah itu.Manakan mungkin, secara logik, kita dapat melihat ke depan mata kita jikalah gajah berada di depan mata kita! Segala-gala pandangan tertutup atau terlindung. Kita wajib lepaskan segala inhibitions kita tentang Islam yg kita terima, warisi atau ambil dari nenek moyang kita dulu mengenai Islam dan syariatnya, sebagaimana kaum jahiliah Arab ketika Rasulallah (s.a.w) diutus Allah (a.w), dan kembali kpd apa yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) - back to basics - maka sudah pastilah matahati kita tidak tertutup dan akan bersedia 'mendengar' dan menerima yg haq.
Saudara, kadang-kadang, kerana terlalu taksub mengidolakan seseorang personaliti, kita tidak mau terima kata-kata orang lain. Malah itulah yg terjadi dulu zaman Rasulallah (s.a.w). Orang tak mau terima seorang 'umiyin' bercakap tentang Allah (a.w), Islam dan aqidahnya. Hari ini ramai para ulama' dan ilmuwan Islam, kerana memikirkan mertabat ilmunya yg tinggi, sanjungan masyarakat yg jahil tentang Islam dan syariatnya pula, walaupun ilmu mereka sebenarnya tak atau belum sempurna, tidak sanggup terima pendapat orang biasa spt guru pondok! Inilah yg dimaksudkan dgn 'hidayah'. Hidayah itu mahal harganya. Allah (a.w) memberi hidayah dan manusia memahami hidayah yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), jikalah mereka berusaha mencari kebenaran dan Allah (a.w) inginkan kebaikan bagi mereka di akhirat dan di dunia. Kalau, orang itu berusaha membuka matahati mencari kebenaran. Kebenaran itu wajib diusaha mencarinya. Kebenaran itu adalah memahami al-Quran dan as-Sunnah bukan memahami pendapat manusia...
Saudara, sebenarnya tidak mendatangkan keuntungan jika kita menghabiskan masa mendengar perdebatan mengenai isu ugama kalaulah diharumi oleh pemikiran politik. Hari ini, ugama dipolitikkan, bukan politik diugamakan. Orang politik sanggup melakukan begitu banyak perkara batil spt tohmahan, pembohongan, fitnah, caci mencaci, mengadu dumba dan segala macam yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) menjadi pencukur kebaikan dan ganjaran pahala segala amalan kebaikan. Orang-orang yg benar-benar alim itu, tidak akan bercakap bohong, memfitnah, mencaci, memaki hamun atau berkata-kata menjatuhkan atau mengaibkan orang lain. Kerana Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita bahawa kalau takda perkara yg baik hendak dicakapkan lebih baiklah diam sahaja. Itu yg terbaik. Tumpukan masa kpd mencari kebenaran, membetulkan kesilapan amalan dan ibadah dan aqidah, carilah dan usahalah mencari kebajikan akhirat, kerana itu sajalah jaminan keselamatan dari siksaan neraka ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment