Assalamualaikum,
Saudara, kita telah mula teliti beberapa ketetapan dalam al-Quran dan as-Sunnah, mengapa wajibnya kita ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. Hari ini tak ramai umat Islam, termasuklah para ulama' dan ilmuwan Islam yg meneliti as-Sunnah. Kita lihat ketetapan berikut:
Firman Allah (a.w): 'Bala man aslam … (hingga) … walahum yahzanuna) [yg bermaksud: ‘Bahkan, sesiapa yang benar-benar menyerah diri kepada Allah (a.w) (yakni, benar-benar Islam) dan sungguh-sungguh mengikuti tuntutan Rasulallah (s.a.w) (yakni, berpandukan as-Sunnah), maka baginya tersedia pahala di sisi Tuhannya, dan tidak akan merasa takut atau susah (di akhirat nanti) ….’] [Ayat 112, Surah al-Baqarah].
Saudara, ayat di atas itu dengan jelas bahawa umat Islam itu wajib mematuhi tuntutan Rasulallah (s.a.w). Ayat ini membawa maksud yg sama dgn Ayat 7, Surah al-Haysr, yg menyuruh umat Islam itu ambiil as-Sunnah - yg disutruh kerjakan (i.e. amalkan dan ibadahkan) dan yg ditegah itu hendaklah ditinggalkan. Maksudnya, jadikanlah as-Sunnah panduan dalam semua perkara. Tidak perlu kita peringatkan bahawa segala amalan dan ibadah itu yg tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tidak diterima Allah.
[Nota: Islam yang benar dan hak itu adalah semata-mata menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Amalan dan ibadah yang tidak sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah amalan dan ibadah yang batil. Tidak akan diterima Allah (a.w), walapun pada kacamata manusia nampak begitu cantik dan baik!]
Supaya, janganlah kita rugi di akhirat kelak. Kita secara istiqamah beramal dan beribadah - disamping yg diwajibkan atau difardukan kita tambah pula dgn yg sunat-sunat, kita kerjakan siang dan malam, malah bangun sepertiga terakhir malam mengerjakannya, tetapi jika tidak sama dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), sia-sia saja. Segala amalan dan ibadah tersebut terbatal, tidak diterima Allah (a.w). Oleh itu, wajiblah kita beringat. Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran) [Maksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan). [Ayat 23, Surah al-Furqan]
Dan, di dalam ayat berikut pula, kita diperingatkan lagi oleh Allah (a.w). Sinario ini ditunjukkan oleh Allah (a.w) melalui firmanNya berikut. Manusia pasti akan lihat. Kita akan lihat nanti. Tapi, ketika itu segakla-galanya tiada guna lagi. Di akhirat adalah ketikanya untuk melihat amalan kita semasa di dunia, bukan ketikanya lagi untuk beramal atau memperbetulkan amalan dan ibadah yg salah dan silap, atau memperbaiki dan menambah kpd amalan dan ibadah. Akhirat adalah pengadilan. Janganlah kelak kita termasuk dalam sinario yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) di bawah ini:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @ Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah) [Yg bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah]
Ayat ini merujuk kpd orang islam yg beriman. Kerana, hanya orang Islam yg beriman sahaja yg mengerjakan amalan dan ibadah yg diperintahkan di dunia. Orang yg tidak Islam mengabaikan perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Ketika kiamat dunia, mereka secara otomatis akan diheret oleh malaikat masuk neraka. Malah, orang yg akui dirinya Islam, tetapi mengerjakan amalan dan ibadah yg tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak diiktiraf sebagai umat Muhammad (s.a.w)! Mereka juga akan diheret ke neraka! Yg menunggu untuk pengadilan hanyalah yg menetapi ketetapan dan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Mengapa terjadi begitu? Mereka tidak patuhi perintah Allah (a.w), termasuk perintah pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan ayat-ayat, diantara lain, yg kita rujuk di atas itu. Rasulallah (s.a.w) juga memperingatkan kita dalam hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membuat pembaharuan di dalam urusan atau perkara kami (Nabi (s.a.w)) (yakni, syariat ugama Islam yang dibawakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)) sesuatu yang tidak termasuk dalam urusan tersebut (yakni, yang tiada di dalam as-Sunnah atau al-Hadith), maka dia (ibadat atau amalan tersebut) ditolak (yakni, tidak diterima Allah (a.w)).’ [Hadith Bukhari]
Dan, Rasulallah (s.a.w) juga memperingatkan kita dalam hadith berikut perkara yg sama:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak didatangkan daripada kami (Nbi (s.a.w)) (yakni, yang tidak dibawakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) mengikut ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith), maka dia (yakni, ibadat atau amalan tersebut) ditolak (yakni, tidak diterima).’ [Hadith Muslim]
Dua hadith ini dgn jelas memberitahu kita bahawa segala amalan dan ibadah yg bentuk-bentuknya, cara dan kaedah mengamalkannya tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), walaupun kelihatan baik pada kaca mata manusia, tetap ditolah dan tidak diterima! Soalnya: Apalah gunanya kita bertungkus lumus beramal dan beribadah, siang dan malam, pagi dan petang secara istiqamah sepanjang hidup kita, tidak diterima Allah (a.w)? Kalau Rasulallah (s.a.w) sebut segala amalan dan ibadah sedemikian adalah batil, ditolak, pastilah ditolak Allah (a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) bercakap hanya atas dasar wahyu Allah (a.w) [Rujuk Ayat 2 dan 3, Surah an-Najmi].Dan, Allah (a.w) perintahkan umat Islam supaya ikuti contoh Rasulallah (s.a.w) dalam perkara Islam dan syariatnya dan segala sesuatu yg terkait dgnnya. Ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Nescaya sungguh-sungguh ada bagi kamu di dalam Rasulallah (s.a.w) contoh terbaik (untuk dijadikan model ikutan atau dicontohi atau diteladani) oleh barangsiapa (yakni, orang-orang) yang ingin bertemu dengan Allah (a.w) dan hari Akhirat, dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w) banyak-banyak) [Ayat 21, Surah al-Ahzab]
[Nota: Hanya orang Islam yg iman dan calun syurga atau penghuni syurga sahaja yg akan dapat bertemu dgn Allah (a.w)!]
Saudara,
dalam perkara amalan dan ibadah, hadith berikut dgn jelas memberi kita tahu bahawa 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau 'bid'ah' itu adalah batil. Kita turunkan dua potongan hadith yg merupakan nas dan dalil as-Sunnah tentang bid'ah ini. Kita telah semak as-Sunnah, tidak ada nas dan dalil as-Sunnah yg mengatakan bahawa 'bid'ah hasanah' itu wujud dalam syariat Islam ataupun dalam ajaran kemazhaban, termasuklah ajaran Mazhab as-Syafie! Kita telah lihat dalam post yg lalu apa kata imam yg empat, termasuk Imam as-Syafie, tentang ajaran mereka vis-a-vis as-Sunnah. Mereka sepakat berkata bahawa jika ajaran mereka berlainan dari atau bersalahan dgn as-Sunnah, maka ambil as-Sunnah dan tinggalkan atau buang ajaran mereka!
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa memperbaharui perkaraku (yakni, syariat Islam itu) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)), maka (ibadat dan amalan) dia ditolak.’ [Hadith Ibnu Majah & Muslim]
Atau, kita melanggar tegahan Rasulallah (s.a.w) yang disebutkan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membuat pembaharuan di dalam urusan atau perkara aku (yakni, ugama Islam) sesuatu yang tidak termasuk dalam urusan tersebut, maka dia (ibadat atau amalan) ditolak.’ [Hadith Bukhari]
Saudara, dua potongan hadith di atas amat jelas. Bid'ah kesemuanya adalah batil. Malah dalam hadith-hadith lain kita diberitahu, jika kita amalkan atau ajarkan atau anjurkan orang lain amal atau ajarkan, akibatnya amat buruk kpd kebajikan akhirat kita. Insya Allah, kita akan tuliskan dalam post yg akan datang, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment