Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah tadi pagi kita dibangunkan dari tidur. Kita masih diberi kesempatan oleh Allah (a.w) untuk hidup sehari lagi. Tak tau apakah malam nanti apabila kita tidur, kita akan terjaga pula esok pagi? Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita bersykur ketika bangun dari tidur di pagi hari dgn menyebut sekurang-kurangnya: 'Alhamdulillahil lazi ahyana ba'da ma amatana, wa-ilaihin nusyur' (yg bermaksud: Maha suci Allah (a.w) zat yg memberikan kehidupan kpdku setelah dimatikan aku (ketika malam), dan kpdNya aku akan kembali (di akhirat kelak), sebagai tanda kesyukuran kita
Saudara, sebagai manusia kita ingin kekal hidup dan menikmati keseronokan hidup di dunia. Tak siapapun nak mati. tapi, Allah (a.w) beri kita tahu bahawa setiap yg bernyawa akan merasai mati. Itu tidak dapat dielakkan. Kita yg bernyawa pastilah akan mati, hanya entah bila. Terkadang kita berharap bahawa kita diberikan umur panjang seumpama mahathir dan Siti Hasmah diberikan umur panjang dalam keadaan sihat. Ada orang yg panjang umur, tapi tak sihat atau lumph atau tak boleh makan sesuatu dan tidak pula boleh membawa kenderaan, kerana sudah lemah anggota dan otak tidak mampu lagi membuat pertimbangan yg baik ketika melakukan sesuatu. Ada diantara yg tua itu nyanyok pula!
Namun, setiap kita berharap agar kematian itu ditunda selama yg boleh, kerana kita belum puas hidup. Siapa yg puas hidup? kalau kita kaya dan mewah, kita juga ingin hidup lama, kerana ada banyak lagi yg perlu kita buat di dunia, kerana yg ada belum cukup dan mencukupi! Tapi, apakah yg cukup? Kebanyakan yg kaya raya dan mewah hidupnya, akan bertindak seemikian, seolah-olah itulah tanggungjawab yg dibebankan padanya, yg 'wajib' diuruskan.
Tapi, walau apapun, kita akan menemui ajal kita. Hanya bila ketikanya kita tidak tahu. Kita diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran: apabla tibal ajal maut kita, tidak akan dipendekkan sesaat atau dilanjutkan sesaatpun. Ketika itu, masa depan kita akan ditentukan oleh beberapa ketetapan Allah (a.w) spt beikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni' (yg bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri padaKu' [Ayat 56, Surah az-zariat]
Itulah sebenarnya tanggungjawab dunia kita yg mutlak. Tapi, majoirit kita lupakan atau abaikan atau tidak ambil berat sedikitpun. Semua kita beranggapan bahawa jika kita Islam, kita pastilah berjaya mendapat syurga!! tanggungjawab yg boleh menjadi berat dan bleh juga menjadi ringan itu, bergantung kpd apakah hasrat kita dalam menjalani kehidupan? ia berat kalau syaitan dan nafsu menguasai hidup kita. Ia menjadi ringan apakala kita dapat menjaga diri dari syaitan dan nafsu kita, dan kita sentiasa faham dan peka bahawa ada kehidupan yg lebih haq dan kekal setelah mati kita. Segala-galanya menjadi senang dan tidak menyulitkan. Dan, kita sentiasalah waspada. Dan, kerana ada kehidupan yg lebih mutlak dan tanpa sempadan waktu dan kehidupan yg sebenarnya [Ayat 65, Surah al-Ankabut] ketika setelah matinya kita, maka kita berusaha menyediakan diri untuk menjalani kehidupan tersebut yg menguntungkan kita, lebih menguntungkan dari apa saja keuntungan yg kita dapati di dunia. Tapi, ramai antara kita tidak yakinkan kehidupan akhirat itu. Atau, meremehkan. Atau menganggap mudah mendapat kekayaan dan kesenangan di akhirat itu.
Apakah kita sudah bersdeia? Belum pasti. kalau kita sudah bersedia, apakah mungkin kita diberitahu bahawa daripada 1,000 orang yg akui dirinya Islam 999 orang masuk neraka dan hanya seorang sahaja yg masuk syurga? Jelaslah, majoriti kita tidak bersedia dan belumpun bersedia untuk mati. kita tak perlu bersedia untuk matipun, kerana kita pasti akan mati! Yg kita perlu sediakan diri adalah apakah setelah mati kita akan selesa dan berbahagia sebagaimana kita berbahagia di dunia atau kita lebih bahagia ketika menjalani ehidupan yg akan kita bersua nanti?? Itulah soalannya.
Saudara, kita akan berjaya dan berbahagia dalam kehidupan yg akan menjelma itu jika kita berjaya menepati ketetapan Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa-mai yuti'illaha wa-rasulahu yudhilhu jannatin' (yg bermaksud: Dan, barangsiapa yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), dimasukkan ke dalam syurga') [Ayat 13, Surah an-Nisa']
Kehidupan yg sebenarnya - dan kemewahan, kekayaan dan kesenangan yg sebenar-benarnya - adalah berjaya menepati perintah Allah (a.w) ini. Kerana, apabila mati kita, kita hanya dua pilihan sahaja: sama ada masuk syurga dgn segala nikmatnya, atau masuk neraka dgn segala azab siksaannya [Ayat 7, Surah as-Syuri - (Firman Allah (a.w) hari berkumpul di padang makhsyar itu benar dan) segolongan masuk syurga, dan segolongan masuk neraka]. Kita membuat pilihan sekarang - ketika nyawa masih di badan. Kita tidak diberi pilihan esok, selepas mati. Kita membuat pilihan dari hari pertama kita dilahirkan sehinggalah hari atau saat terakhir nyawa kita kekal di dalam tubuh kita. Setelah mati, tak perlupun buat pilihan. Kita akan diberikan option itu berasaskan persiapan kita semasa di dunia.
Saudara, sudahkah kita bersedia ...??
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment