Assalamualaikum,
saudara, terbaca satu tulisan dalam ruangan Bisnes dalam akhbar Sinar Harian hari ini (9 Feb. 2011) yg menyebutkan bahawa pakar ekonomi Barat saran sistem ekonomi global beralih kepada sistem ekonomi Islam supaya dapat keluar dari ketidaktentuan dan kemelut ekonomi semasa duina. Menarik. Penulis mencedok tulisan atau pandangan seorang yg digelar olehnya 'pakar' ekonomi Universiti al-Azhar, Dr Muhammad Abdul halim Omar. Satu tulisan yg menarik. saudara bolehlah baca kalau nak tahu lebih lanjut. Penulis tak mau komen, kerana blog ini lebih menumpukan kpd aqidah, kerana kesilapan para ilmuwan dan ulama' mentafsirkan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu akan membawa parah kpd aqidah ummah! Lagipun, di Malaysia ini wujud penterjemahan sistem dan kaedah ekonomi Islam yg kononnya menghapuskan riba, adalah lebih menekan dan membebankan peminjam drpd membantu mereka. Kadangkala terasa sistem riba itu lebih memudahkan dan tidak membebankan umat Islam yg inginkan kredit dan bantuan kewangan yg genuine. Wallahu 'alam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment