Assalamualaikum,
Saudara, mulai hari ini dan sehingga selesai, kita ulangi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenai tajuk di atas itu: bagaimana bersolat secara yg menepati ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kerana, kita wajib tahu dan faham bahawa sebagai orang iIslam dan iman, amalan dan ibadah yg paling utama bagi kita adalah bersolat, i.e. solat fardu. Kita belum Islam dan, lebih-lebih lagi, belum beriman jika kita tidak bersolat. Dan, solat kita tidak diterima Allah (a.w) seandainya solat yg kita kerjakan itu tidak menepati al-Quran dan as-Sunnah. Setiap amalan dan ibadah, yg khusus dan umum, hanyalah diterima Allah (a.w) jika menepati dua syarat; iaitu: pertama, niatnya adalah betul, iaitu 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna 'azabahu' (yg bermaksud: 'Kerana mencari kerahmatan Allah (a.w), yakni ingin mendapat syurga Allah (a.w), danterselamat dari siksaan di dalam neraka Allah (a.w) [Ayat 36, Surah al-Isra']; dan kedua, amalan dan ibadah tersebut hendaklah menepati dgn bentuk-bentuk, cara dan kaedah yg ditetapkan oleh Allah (a.w) (i.e. sejajar dgn al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. sejajar dgn as-Sunnah). Syarat kedua ini dipenuhi jika kita laksanakan amalan dan ibadah mengikut apa yg dicontohkan atau ditunjukkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) [Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat' [Hadith Bukhari]. Justeru itu, wajib kita faham dan ingati bahawa segala amalan yg berlainan dari apa yg dicontohkan atau ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah batal dan tidak diterima Allah (a.w).
Kita mulai kuliyah solat kita dgn melihat firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Dan dirikanlah solat dan datangkanlah (yakni, keluarkanlah) zakat dan rukuklah bersama-sama (atau beserta) orang-orang yg rukuk (i.e. bersolat secara berjema'ah).' [Ayat 43, Surah al-Baqarah]
Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam dan beriman itu supaya: pertama, dirikan solat (fardu); kedua, keluarkanlah zakat; dan ketiga, apabila bersolat hendaklah disolatkan (solat fardu) itu secara berjemema'ah.
Kita rujuk pula hadith berikut yg menjhelaskan beberapa perkara yg amat penting menjadi panduan kita dan pegangan kita sepanjang hidup kita:
Diriwayatkan hadith dari Said b Musaiyab berkata: 'Sesungguhnya Aba Qatadah b Rabi'i menceritakan hadith kpdnya dgn berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Telah berfirman Allah (a.w): 'Sesungguhnya Aku (allah) mewajibkan atas umat kamu (Muhammad) lima solat dan memberi janji Aku (Allah) di sisiKu suatu janji bahawasanya barangsiapa datang (kepadaKu di akhirat kelak) menjaga atas solatnya atas dirinya pada waktunya, Aku (Allah) masukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa yg tidak menjaga akan solatnya, maka tiadalah janjiKu baginya di sisiKu.' [Hadith Qudsi, Abu Daud, Kitab Solat]
Saudara, hadith qudsi di atas memberitahu kita yg Islam dan beriman bahawa Allah (a.w) memberi janji bahawa jika kita laksanakan solat fardu itu ketika masuk waktunya (yakni, pada awal waktu) dan menjaga amalan sedemikian, yakni sentiasa berusaha supaya bersolat tepat pada waktunya, sampai akhir hayat kita, maka kita akan diberikan ganjaran syurga oleh Allah (a.w). Syurgalah matlamt utama kita dalam Islam. Kerana, neraka itu amat mengerikan. Disanalah manusia yg ingkarkan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) akan disiksa dgn pelbagai siksaan. Manakala syurga itu mengandungi segala nikmat dan keseronokan yg tidak dapat kita (manusia) bayangkan. [Nota: 'Hadith qudsi' adalah firman Allah (a.w) yg disampaikan melalui lisan Rasulallah (s.a.w).]
Saudara, itulah ketetapan mutlak yg mula-mula kita wajib faham dalam perkara solat. Allah (a.w) hanya janjikan syurga kpd mereka yg secara istiqamah menunaikan solat fardunya, secara berjema'ah. Jika tidak dikerjakan solat, sudah pasti tak dapat syurga. Sesuatu solat yg dijema'ahkan memberikan kita ganjaran pahala 27 kali ganda bersolat secara bersendirian. Kita diberitahu dalam hadith yg lain bahawa sesiapa yg meninggalkan satu waktu solat tanpa keuzuran syar'i (spt gila, hilang akal), maka dia secara otomatis menjadi kafir. Justeru, kerana itu pasti dibakar dalam neraka. Dan, jika kita mati tak sempat pula tunaikan solat fardu kemudiannya, maka kita mati dalam kekafiran. Samalah taraf kita sebagaimana orang kafir lain yg tidakpun mengimani Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment