Tuesday, February 8, 2011

Peringatan: Sudah Bersedia Untuk Mati ??

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah tahu tugas dan tanggungjawab kita diberi kesempatan hidup di dunia - Ayat 57, Surah az-Zariat
Kita diberitahu bahawa orang Islam yg beriman itu penuh yakin bahawa kematian adalah permulaan kpd kehidupan yg sebenarnya - kehidupan yg kekal. 
Kita diberitahu bahawa setelah sampai ajal kita, kita akan menempuhi zaman peralihan, yakni alam barzah, menunggu hari 'Perhimpunan Agung' terbesar yg akan kita hadhiri, iaitu 'Hari Kebangkitan' untuk berhimpun di Padang Makhsyar [Ayat 7, Surah as-Syura, antara lain] untuk menerima 'tauliah' yg paling utama kpd kita, iaitu Kitab Catatan Amalan kita, yg menentukan zaman kehidupan kita yg mutlak lagi kekal, yakni akhirat
Kita juga diberitahu bahawa 'Perhimpunan Agung' di padang makhsyar adalah selama 50 tahun (bila mana setiap sehari adalah bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan waktu dunia). 
Kita diberitahu bahawa selesai Perhimpunan Agung tersebut, setelah mendapat 'tauliah' dalam bentuk Kitab Catatan Amalan, kita ditentukan di mana tempat tinggal kita - syurgake atau nerakake [Ayat 7, Surah as-Syura].
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita berhimpun di atas bumi yg dibuat dari tembaga dan matahari didekatkan ke atas kepala kita hanya sejengkal sahaja! Ketika itulah, disebutkan dalam as-Sunnah, ada orang yg peluhnya mengalir keluar seumpama mata air, mengacupkan tubuhnya, sehingga menjadi lemas dan dilemaskan oleh peluh sendiri. Semua ini bergantung kpd tahap keimanan dan ketaqwaan ketika di dunia dahulu. Kita dalam kehausan yg teramat sangat. Umat Muhammad (s.a.w), yakni orang Islam dan iman yg tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' sahaja yg diakui Islamnya sebagai sah, dan dibenarkan untuk mendekati Telaga al-Kauthar untuk minum airnya. Sesiapa yg minum air Telaga al-Kauthar itu, mengikut peringatan Rasulallah (s.a.w), tidak akan haus selama-lamanya. Akan ada, malah majoriti orang Islam, yg semasa di dunia dianggap Islam, mengerjakan amalan dan ibadah dgn penuh istiqamah pula, tetapi tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, atau berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tetapi mencampuradukkan pula dgn panduan kitab-kitab karangan manusia yg tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak diakui oleh Allah (a.w) sebagai 'umat Muhammad'. Mereka tidak dibenarkan oleh malaikat minum air Telaga al-Kauthar tersebut.
Saudara, di dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg tidak diberi laluan minum air Telaga al-Kauthar, sudah pastilah tidak diiktiraf sebagai 'umat Muhammad' atau orang Islam yg beriman. Mereka itu akan dicampakkan ke dalam neraka, kerana segala amalan dan ibadahnya batal dan batil, tidak mendapat pahala atau tidak diterima Allah (a.w) atau mereka sebenarnya terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari! Oleh itu wajarlah kita menyemak semula asas-asas amalan kita supaya tidaklah kita beramal dan beribadah dgn amalan dan ibadah yg tidak diterima oleh Allah (a.w).
Saudara, dalam blog ini disebutkan bahawa ketetapan yg fundamental dalam Islam adalah anuti Islam secara berjema'ah dan jangan berfirqah atau bermazhab [Ayat 103, Surah ali-Imran]. Tanpa, berjema'ah yg menepati ciri-ciri yg ditetapkan oleh as-Sunnah, maka tidak diakui sebagai umat Islam yg haq. Kita telah lihat beberapa ketetapan as-Sunnah mengenai perkara jema'ah ini. Antara yg paling  utama adalah ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa tidak halal kehidupan tiga orang iman di muka bumi ini atau ketika bermusafir, seandainya, tidak mereka angkat atau lantik salah seorang mereka bertiga sebagai Imam mereka. Dan, rumusan hakikat berjema'ah itu dalam kata-kata Omar b Khatab (r.a) yg menyebut 'la islama illa bil-jama'ati' (yg bermaksud: Tidak dikatakan Islam tanpa berjema'ah] [Hadith Ad-Daramii] itu. [Nota: Kita juga telah maklum bahawa kebanyakan para ulama' dan ilmuwan Islam menyangkal hadith Omar (r.a) ini, kerana kejahilan mereka. Kita wajib faham bahawa Omar (r.a) hanyalah merumuskan dan mengulangi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah! Tambahan pula, sunnah Omar (r.a) adalah termasuk dalam 'as-Sunnah', mengikut ketetapan Rasulallah (s.a.w)]. 
Jelasnya, jikapun kita Islam dan secara istiqamah pula mengerjakan amalan dan ibadah wajib dan sunnat, tetap tidak dianggap Islam lagi, mengikut ketetapan di atas itu. Tambahan pula, jika kita beramal dan beribadah tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah atau tanpa menepati bentuk-bentuk serta cara dan kaedah mengamalkannya sebagaimana Rasulallah (s.a.w), sia-sia saja amalan dan ibadah kita! Kesemua ibadah dan amalan mereka yg menyalahi atau berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah batil atau batal. Tidak diterima Allah (a.w). 
Saudara, hakikat ini wajib diberi perhatian dalam menyediakan diri untuk mati dalam Islam itu. Malangnya, majoriti orang Islam tidak pernah berusaha menyemak aqidah mereka, menyemak asas amalan dan ibadah mereka, menyemak bentuk-bentuk amalan dan ibadah mereka, menyemak cara dan kaedah mengamalkannya, dgn tujuan supaya kesemua amalan dan ibadah kita sejajar dgn dua ketetapan yg diterima Allah (a.w); iaitu: pertama, ada asas ilmu yg haq spt yg ditetapkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Israk dan diasaskan kpd niat yg benar-benar ikhlas menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Israk iaitu kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. mendapat syurga) dan takutkan azab Allah (a.w) (i.e. siksaan neraka); dan kedua, menepati bentuk-bentuk amalan dan ibadah, serta cara dan kaedah yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, persedian untuk mati itu melibatkan lebih dari semata-mata bersyahadah, maka kita Islam. Lebih dari semata-mata mengerjakan amalan dan ibadah yg wajib maupun sunat. Lebih dari hanya memiliki adab yg murni dan sebagainya. Islam mensyaratkan sesuatu yg simple tetapi tidak difahami oleh orang Islam sendiri. Maka tersasarlah kita. Apabila tersasar, rugilah kita dalam menyediakan diri sebaik mungkin untuk bertemu dgn Allah (a.w) di akhirat kelak dan berjaya mendapat syurga. Oleh itu sebelum terlewat, pelajarilah ketetapan Islam yg haq dgn mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dan beramallah dan kerjakanlah ibadah dan jalani kehidupan sebagai orang iman yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Itu sajalah perrsediaan yg benar. Itulah jalan selamat. Tanpa itu semua, tiada jaminan syurga ...


Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Tuan,

    Saya mencadangkan agar blog Aqidatul Tanzih (http://al-ghari.blogspot.com) diteliti, dan mungkin memberi sedikit penyelasan dari perspektif Al Quran dan Al hadis.

    A.Alshukor

    ReplyDelete