Assalamualaikum,
Saudara, mahukah saudara diberitahu pelaburan akhirat terbaik untuk saudara? Ikutilah nasihat Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut.
Ulama’ hadith tahu bahawa mengajar dan belajar hadith itu mendatangkan banyak pahala. Di dalam sepotong hadith, Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa sesiapa yang mengajar dan belajar satu bab al-hadith dia (yang mengajar dan yang belajar) mendapat ganjaran pahala bersamaan 1,000 rakaat solat sunat:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Zarr (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepadaku: ‘Wahai Aba Zarr! Nescaya sungguh (apabila) berpagi-pagi engkau maka belajar engkau satu ayat dari Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) (adalah) lebih baik daripada bahawa engkau bersolat sunat 100 rakaat. Dan nescaya (apabila) berpagi-pagi engkau belajar satu bab dari ilmu (as-sunnah atau al-hadith), sama ada engkau beramal dengannya atau tidak beramal dengannya, lebih baik daripada bahawa engkau bersolat sunat 1,000 rakaat.’ [Hadith Ibnu Majah]
Dalam hadith-hadith lain disebutkan bahawa mereka yang mengajarkan al-hadith mendapat pahala sebagaimana pahala mereka yang diajarkannya, dan tidak kurang pula pahala yang diterima oleh mereka yang belajar daripadanya. Soalnya? Termampukah seseorang Islam itu mengerjakan 100 atau 1,000 rakaat solat sunat sehari semalam atau setiap minggu atau setiap bulan? Ramaikah ulama’ atau para ilmuwan yang begitu rajin? Alangkah besarnya manfaat belajar dan mengajarkan al-Hadith itu. Juga, begitu mudahnya bagi seseorang yang Islam itu mengumpul pahala untuk bekalan akhiratnya.
Saudara, walaupun begitu mengapakan ramai ulama' dan ilmuwan Islam tak mau mengaji al-Quran dan as-Sunnah supaya mereka lebih faham? Kalau mereka faham, tak mau mengajarkannya kpd yg jahil, kecuali diupah dgn bayaran yg lumayan? Mengapakah orang Islam spt kita tidak sanggup meluangkan masa mengaji supaya terhapuslah kejahilan kita tentang Islam dan syariatnya yg haq ? Dan, kalau kita berilmu, mengapa tidak secara sukarela kita ajarkan saudara Islam lain yg jahil, supaya banyak pahala terkumpul untuk kita di akhirat??
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment