Thursday, February 10, 2011

Nasihat kpd Orang Iman...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam membincangkan tajuk as-Sunnah atau al-Hadith, sebagai seorang yg beriman dan takutkan kehidupan akhirat yg buruk bagi kita, maka jadikanlah pesanan Abu Hurairah berikut sebagai panduan hidup kita. kalau ada orang cerita pasal hadith atau suatu ketetapan dari sepotong hadith, janganlah berbalah. Terimalah, kemudian untuk memuaskan hati kita semaklah kitab hadith atau tanyalah orang yg tau apakah yg kita dengar itu betul atau benar atau tidak. jangan cepat melenting dan tolak hadith tersebut, bahaya bagi kebajikan akhirat kita. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah, bahawasanya Aba Hurairah (r.a) berkata kepada seorang lelaki: ‘Wahai anak saudara lelakiku! Ketika menceritakan aku kepada engkau bahawasanya daripada Rasulallah (s.a.w) sesuatu hadith maka janganlah jadikan pada hadith misalan (yakni, membuat pentafsiran atau berkata begitu dan begini, tanpa kepastian, tetapi terimalah).’ [Hadith ibnu Majah] 
Di dalam hadith di atas pula reaksi atau tindakan seorang apabila dia diberitahu tentang sesuatu hadith atau ketetapan Rasulallah (s.a.w). Orang itu memberi petua bahawa apakala diberitahu sesuatu ketetapan Rasulallah (a.w) mengenai suatu hadith atau ketetapan Rasulallah (s.a.w) berpandukan hadith, maka janganlah membuat helah mentafsirkan begitu dan begini atau mengadakan hujjah untuk tidak menerimanya. Nasihat itu adalah sejajar dengan perintah Allah (a.w), apabila disampaikan hendaklah ‘sami’na wa-ata’na’, atau akur dengan firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr itu. 
[NotaDi dalam al-Quran, Allah (a.w) berfirman seseorang yang beriman itu apabila diberitahu sesuatu oleh Rasulallah (s.a.w) maka hendaklah manusia itu’ sami’na (yakni, aku dengar) wa-ata’na’.(dan aku taat) Itulah penditriannya seseorang yang tinggi keimanannya terhadap ugamanya.]
Saudara, kenapa Abu Hurairah (r.a) nasihatkan anak saudaranya sedemikian, keranaRasulallah (s.a.w) itu Utusan Allah (a.w), maka pastilah yg disabdakan olehnya baik dan bermanfaat kpd kita: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) berkata: ‘Ketika menceritakan (kepada) kamu (hadith) daripada Rasulallah (s.a.w), maka senangilah (yakni, terimalah dan baik sangkalah) dengan Rasulallah (s.a.w) yang dia lebih kebenarannya dan lebih memudahkan dan lebih bertaqwa.’ [Hadith ibnu Majah] 
Hadith di atas menasihatkan para sahabat (yakni, kita semua) bahawa apabila diberitahu tentang wujudnya sesuatu ketetapan Rasulallah (s.a.w) melalui suatu hadith, maka hendaklah kita ambil dan ikut sebagai panduan. Beliau menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) itu lebih tahu tentang Islam dan ketetapan Allah (a.w) mengenai syariat Islam. Akur dengan ketetapan itu lebih memudahkan kita menjadi seorang Islam yang semurna imannya dan mengikuti ketatapan Rasulallah (s.a.w) menjadikan kita lebih tinggi ketaqwaannya. 
Diriwayatkan hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Ketika menceritakan kepada kamu bahawa (sesuatu) daripada Rasulallah (s.a.w) suatu hadith (itu) maka ambil peringatanlah dengan hadith itu (kerana) dia (Rasulallah (s.a.w)) lebih kebenarannya, lebih memudahkan dan lebih ketaqwaannya.’ [Hadith ibnu Majah] 
Mesej dalam hadith ini serupa dengan mesej hadith sebelumnya yang diriwayatkan oleh Abdullah Masud (r.a) itu. Kali ini Ali Abi Thalib (r.a) pula yang memberitahu kita. Ali (r.a) mengatakan bahawa sesuatu hadith itu adalah ketentuan yang tetap sebagaimana ketentuan Allah (a.w) dan tidak sekali-kali menyanggah atau bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w):

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment