Assalamualaiakum,
Saudara, sambil kita mengulangi ilmu mengenai tajuk di atas elok juga kita tengok kembali pahala yg didapati oleh seseorang yg membaca al-Quran itu. Kita lihat hadith berikut:
Membaca ayat-ayat al-Quran itu sendiri mendatangkan pahala yang banyak, seperti yang disebutkan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Masud (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) maka baginya dengan membacanya itu satu ‘hasanah’ (kebaikan) dan satu kebaikan itu sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakana alif lam mim itu satu huruf, dan akan tetapi alif satu huruf, dan lam satu huruf dan mim satu huruf.’ [Hadith at-Termidzi, hasan gharib]
Saudara, malangnya hari ini begitu ramai orang Melayu khasnya, dan orang Islam umumnya, yg tidak boleh membaca al-Quran. Yakni, mereka 'buta huruf' dalam al-Quran. dalam seramai yg boleh membaca pula berapa ramai yg mampu membacanya dgn sebutkan yg betul serta dgn lagu yg betul. Berapa ramaikah orang Islam yg berkesempatan mempelajari kiraat, yakni cara-cara membaca al-Quran, yg disebut 'Qira'ataul Sab'ah' (Bacaan yg Tujuh)? [Nota: Ada 21 cara bacaan al-Quran itu. Sekali sekal kita mendengarnya dalam tv. Kini ilmu ini sudah menjadi satu rarity atau satu bidang ilmu yg diminati hanya oleh pakar bacaan sahaja, bukan diajarkan kpd umum. Sudah menjadi kelaziman bahawa ilmu mengenai sesuatu dalam Islam itu tidak diajrkan secara umum kpd umat Islam, tetapi dibuka kpd yg berminat saja. Demikianlah pengajian bacaan al-Quran itu akan diajarkan kpd orang yg berminat sebagaimana, agaknya, ilmu tafsir dan ilmu al-Hadith akan diajarkan kpd mereka yg berminat. Soalnya: Adakah guru yg pandai dan faqih dalam ilmu-ilmu tersebut?]
Maka dengan itulah, sudahlah mendapat pahala setiap huruf yang dibaca mendapat sepuluh pahala, barangsiapa yang belajar al-Quran, bukan setakat menghafalnya dan menjadi al-hafiz, akan belajar untuk mengetahui secara betul apakah perintah Allah (a.w) kepada manusia, hambanya, bagaimana mengabdikan diri kepadaNya, apa yang terjadi kepada manusia yang engkar – engkarkan perintahNya dan perintah Rasul-rasulNya – dan apakah penghujung manusia itu. Mereka yang belajar al-Quran akan terpandu dalam hidupnya.
Saudara, dalam hadith lain disebutkan abhawa al-Quran itu adalah juga suatu penyaksian di akhirat kelak, apabila dibaca selalu. Malah melihat al-Quran mendatangkan pahala, walaupun tidak dibaca. Namun apabila dibaca, maka di akhirat kelak dia menolong kita dalam kesusasahan menghadapi huruhara hisaban di padang makhsyar.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment