Saturday, February 26, 2011

Serahkan Satu-satu Jawatan kpd Ahlinya

Assalamualaikum,
saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti hadith berikut. Hadith ini menyebut tentang ketinggian darjat orang yg alim, faham dan faqih tentang al-Quran (dan as-Sunnah). Maka orang yg sedemikian itu lebih berhak diberikan tanggungjawab sesuatu jawatan. 
Diriwayatkan hadith daripada ‘Amir bin Wasilah, yakni Abi Tufaili (r.a,) berkata: ‘Bahawasanya Nafi’ bin Abdil Harith (r.a) berjumpa Omar ibni Khattab (r.a) [Ketika itu Omar ibni Khattab (r.a) adalah khalifah Islam berpusat di Mekah] di suatu tempat (Bandar atau kampong bernama) ‘Usfan. Dan adapun Omar (r.a) telah menjadikan Nafi’ sebagai pentadbir di Mekah. Maka berkata Omar (r.a): ‘Siapakah yang dijadikan pentadbir atas ahli Wadi (danau) (iaitu satu wilayah penduduk) itu?’ 
Berkata Nafi’ (r.a): ‘Menjadikan pentadbir atas mereka Ibnu Abza.’ 
Berkata Omar (r.a): ‘Dan siapa Ibnu Abza?’ 
Berkata Nafi’ (r.a): ‘Seorang lelaki dari bekas hamba aku.’ 
Berkata Omar (r.a): ‘Maka engkau jadikan atas mereka (yakni, jadikan pemimpin memimpin orang iman) bekas hamba?’ 
Berkata Nafi’ (r.a): ‘Sesungguhnya dia itu qari (yakni, pandai membaca) bagi Kitab Allah (a.w), ‘alim (yakni, banyak ilmunya) tentang (atau dengan) ilmu faraid (yakni, pembahagian harta warith dalam Islam), qadi (yakni, pandai menghukum berpandukan al-Quran dan as-Sunnah).’ 
Berkata Omar (r.a): ‘Ada kalanya bahawa Nabi kamu (s.a.w) bersabda: Sesungguhnya Allah (a.w) mengangkat (darjat) dengan ini kitab (yakni, al-Quran) beberapa kaum mengangkatkan darjat dengannya (yakni, ilmu al-Quran) yang lain.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Maka dgn itulah Islam itu akan lebih teratur diuruskan oleh seseorang yg diangkat menjadi pemimpin jema'ah umat Islam. Dalam hadith berikut, Omar b Khattab (r.a) menyebutkan prinsip yg utama dalam melantik seseorang untuk jawatan memimpin jema'ah Islam itu adalah kefahaman dan kefaqihan  seseorang itu dalam menguruskan dan melaksanakan tanggungjawab jawatannya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. 
Omar b Khattab (r.a) berkata: 'Tufaqqihu qabla an tusauwadu' (yg bermaksud: Mencarilah kefaqihan (ugama, i.e. Islam dan syariatnya) sebelum kamu diserahkan tanggungjawab sebagai pemimpin.) [Hadith Bukhari, Kitab ilmu] 
[Nota: Rasulallah (s.a.w) telah mengistiharkan bahawa yg dikatakan 'as-Sunnah' itu merangkumi sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali Abi Thalib, radiallahu 'anhum]. Malangnya hari ini, kerapkali terjadi orang yg tidakpun 'alim' (i.e. berilmu) tentang Islam dan syariatnya dilantik mentadbiruruskan perkara ugama dan syariat Islam. Sudahlah dia tidak 'alim' (= berilmu) (atau kurang 'alim), dia sendiri tidak faham dan tidak faqih bagi membolehkan dia melaksanakan tanggungjawabnya secara haq, sejajar dgn tuntutan Islam dan syariatnya. Orang yg 'alim' tentang Islam itu adalah orang yg memiliki ilmu yg haq, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Dia faham apabila dia melalui proses pengilmuan yg sejajar dgn kaedah pengilmuan dalam Islam [Nota: Rujuk post yg lalu apakah proses pengilmuan dalam Islam itu]. Seseorang itu faqih apabila dia melalui proses pengilmuan yg disebutkan dalam post yg lalu, maka kerana ilmunya dan kerana faham dia, maka dia dapat mengeluarkan ketetapan atau fatwa atau ijtihad yg tidak maksiat dalam masyarakatnya.

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment