Tuesday, February 1, 2011

Perdebatan Yg Batil dan Sia-sia (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung perbincangan kita mengenai tajuk di atas sebagai mengingatkan kita bahawa di padang makhsyar kelak tidak ada gunanya lagi kita berdebat di depan Allah (a.w) dgn orang yg telah menyesatkan kita di dunia. Yg mengajar dan yg belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya akan berdepan di padang makhsyar ketika proses hisaban dijalankan dgn berdasarkan Kitab Catatan Amalan kita. Orang-orang yg sebenarnya jahil tetapi kita anggap berilmu mengajarkan kita Islam dan syariatnya tanpa didasarkan dgn pedoman dan ilmu yg haq, akan menyesatkan kita tanpa kita sedari semasa di dunia. Mereka yg mengajar kita mungkin seemingly nampak alim dan berilmu, dan diakui oleh masyarakat umum berilmu, tetapi apabila dinilai dari segi panduan dan ilmu ugama yg haq, sebenarnya jahil dan tersasar. Kita yg belajar kerana kejahilan kita dan kerana persepsi salah kita, mengakui mereka berilmu, maka kita ikuti, dan kita beramal dgn apa yg dia ajarkan kpd kita, tetapi di padang makhsyar kelak kita dapati dalam Kitab Catatan Amalan kita kosong semata-mata! Kita bersusah payah dan secara istiqamah mengerjakan amalan dan ibadah yg kita sangka benar dan diterima Allah (a.w) tetapi semuanya ditolak dan tidak diterima Allah (a.w). Oleh itu berwaspadalah sebelum terlambat dan kita masih ada waktu untuk membetulkan panduan amalan kita dan membetulkan amalan dan ibadah kita, sebelum terlambat!
Saudara, kita lihat firman Allah (a.w) yg memberitahu sinario ini di padang makhsyar kelak:
Firman Allah (a.w): 'dan, mereka semuanya (di padang makhsyar) akan berkumpul (i.e. berhimpun) mengadap Allah (a.w), lalu berkatalah orang-orang yg lemah (maksudnya, murid atau orang yg belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya dari gurunya) kpd orang-orang yg sombong (yakni, guru-guru mereka): 'Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu (i.e. anak murid atau orang yg belajar ilmu dari kamu dan orang yg kamu bimbing), maka dapatkah  kamu menghindarkan daripada kami (yakni, menolong kami dari) azab Allah (a.w) biarpun sedikit?' Mereka (yakni, guru atau yg mengajar atau yg membimbing) menjawab: 'Seandainya Allah (a.w) memberi petunjuk kpd kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kpd kamu (semasa di dunia dahulu). Sama-samalah kita (atau samalah bagi kita - kami yg mengajar dan membimbing dan kamu yg diajar dan dibimbing), apakah kita mengeloh atau apakah kita bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari siksaan neraka yg akan kita temui sebentar lagi).' [Ayat 21, Surah Ibrahim]
Saudara, inilah sinario perdebatan kelak di padang makhsyar antara orang yg belajar ilmu dgn panduan yg salah atau tersesat dgn orang yg mengajarkan ilmu yg batil dan tersesat. Yg belajar akan mengatakan kpd Allah (a.w) bahawa kesilapan kita dalam amalan dan ibadah semasa di dunia dulu itu adalah kerana orang yg memimpin atau mengajar kitalah yg silap. Maka kita tak sewajarlah disalahkan. Yg wajar disaahkan dan dihukum adalah orang yg mengajarkan kita dulu, yg berada di depan kita ketika itu. Kita katakan supaya  dipertanggungjawabkan kpd orang yg mengajar kita ilmu atau yg memberi panduan atau yg memimpin kita semasa di dunia dulu (i.e. guru atau ustaz kita). Orang yg mengajarkan kita atau yg memimppin kita atau yg memimpin kita dalam perkara ugama dulu di dunia menolak dari memikul salah silap kita. Mereka berkata, yg diajarkan atau yg diberitahu kita panduan yg diajarkan kpd kita itu adalah apa yg dia belajar dan dipandu oleh guru-guru yg mengajarkan mereka dulu. Kalau silap dan salah, dia mengajarkan yg salah tanpa disedari atau diketahui oleh mereka. Lagipun kita secara sedar dan secara sukarela minta dia ajarkan kita atau minta dia pandu kita tanpa usul periksa dulu. Maka mereka (i.e. guru atau ustaz yg mengajar atau membimbing kita dulu di dunia) berkata dia atau mereka tidak bertanggungjawab, kitalah yg bertanggung jawab atas kesilapan kita.
Saudara, di dalam al-Quran dan as-Sunnah kita diberitahu bahawa kita tanggung segala-gala yg kita lakukan di dunia - kalau kebaikan, pahala kita dapat (dan kita kirim pahala pula kpd yg pimpin atau bimbing atau ajarkan) pahala. Kalau salah silap, maka dosanya kita dapat (dan kita kirimkan dosa pula pada yg membimbing atau mengajar atau yg pimpin kita dulu), tanpa dosa kita luput. Maka sendiri tanggung segala sesuatu ketika di akhirat itu. Maka dgn itulah dalam perdebatan itu, yg memimpin atau mengajar atau membimbing akan mengatakan bahawa mereka silap dan kitapun silap. sama-samalah tanggung padahnya kesilapan tersebut.
Oleh itu, sebelum ajal kita tiba, eloklah kita semak semula ilmu dan panduan ugama kita, perbetulkan yg silap, tinggalkan yg batil, dan amalkan yg haq. Semak semua solat kita - bentuk-bentuknya, cara dan kaedah mensolatkannya, segala rukun-rukunnya (i.e. rukun qalbinya, rukun fe'linya dan rukun qaulinya), supaya betul. Yg betul hanyalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Yg betul apabila solat kita menepati sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' (yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat) [Hadith Bukhari]. Hanya dgn mengaji ilmu al-Hadith atau as-Sunnah kita tahu bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat. Kalau ibadah itu adalah ibadah umrah dan haji, kita hendaklah menepati sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu anni manasikakum' (yg bermaksud: Ambillah drpku cara dan kaedah atau peraturan kamu sekelian mengerjakan haji (dan umrah)' itu. Cara dan kaedah atau bentuk selainnya adalah batil!
Saudara, acap kali blog ini menyebutkan bahawa segala amalan yg haq dan betul itu hendaklah sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau sejajar dgn apa yg dicontohkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w). Segala bentuk amalan dan ibadah cara dan kaedah mengamal dan mengibadahkannya diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kita perlu belajar dan mengaji as-Sunnah, maka kita tahu apa yg benar dan apa yg silap.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment