Friday, February 11, 2011

Kerahmatan Allah (a.w): Siapa Boleh Dapat?

Assalamualaikum,
saudara, kita sering mendengar caka-cakap para ulama' dan tok-tok guru dan ustaz bahawa syurga itu hanya di dapai dgn kerahmatan Allah (a.w). Sesiapa yg tidak mendapat kerahmatan, kata mereka, tidak akan mendapat syurga. Mereka juga berkata, walau menggunung sekalipun amalan dan ibadah kita - yg fardu dan yg sunat - yg diamal dan diibadahkan siang dan malam, tanpa kerahmatan Allah (a.w) tidak akan dapat syurga! Apakah betul? Atau, mereka tersilap tafsir dan tersilap faham?
Saudara, syurga itu akan diberikan kpd mereka yg memenuhi ketetapan Allah (a.w) berikut, dgn pasti:
Firman Allah (a.w): 'Mai yuti'illah war-rasuli, yudhilhul-jannatin' (yg bermaksud: Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dimasukkan ke dalam syurga'.. [Ayat 13, Surah an-Nisa']
Firman ini adalah janji Allah (a.w). Dan, janji Allah (a.w) itu pasti. Namun, wajib diingatkan bahawa segala amalan dan ibadah kita dalam memenuhi ketetapan ayat tersebut, hendaklah memenuhi dua syarat; iaitu: pertama, niatnya betul, iaitu sejajar dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat  57, Surah al-Isra', iaitu kita beramal dan mengerjakan segala ibadah kerana mengaharpkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurgaNya) dan takurkan siksaanNya (i.e. nerakaNya), dan segala amalan dan ibadah itu hendaklah berdasarkan ilmu mengenainya, sejajar dgn ketetapan Ayat 36, Surah an-Nisa', yakni kerjakan sesuatu itu berdasarkan kefahaman kita mengenainya dgn ilmu. Dan, ilmu itu adalah al-Quran dan as-Sunnah.
Bagaimana mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) itu? Kita lihat ketetapan Allah (a.w) berikut: 
Firman Allah (a.w): 'Wa ati’ullaha war-rasula la’allakum turhamuna.' [Yg bermaksud: ‘Dan taatkanlah akan Allah (a.w) dan RasulNya mudah-mudahan kamu mendapat rahmat (Allah (a.w)) (yakni, kerahmatan Allah (a.w) adalah balasan syruga)] [Ayat 132, Surah ali-Imran] 
Kita telah teliti bahawa ‘kerahmatan’ Allah (a.w) itu amat penting. Seseorang yang Islam dan beriman tidak dapat syurga semata-mata dengan mengerjakan amalan dan ibadah. Syarat untuk mendapat syurga itu adalah semata-mata kerana mendapat ‘rahmat’ Ilahi. Kerahmatan itu didapati hanya dengan mentaati Allah (a.w) dan RasulNya. Sesiapa yang tidak mentaati Rasulallah (s.a.w) pasti tidak akan mendapat kerahmatan Allah (a.w), kecuali Allah (a.w) sendiri memberikan kelonggaran. Tetapi, memandangkan Rasulallah (s.a.w) berkata-kata hanya akan dasar wahyu daripada Allah (a.w), maka dapat ditakrifkan bahawa tanpa mentaati Rasulallah (s.a.w) tidak akan mendapat rahmat Allah (a.w). Ayat di atas itu jelas memberitahu kita bahawa dgn mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) kemungkinan besar kita mendapat kerahmatan Allah (a.w). Justeru itu, sesiapa yg mengingkari as-Sunnah, walaupun sedikit, tidak akan mendapat kerahmatan. 
Firman Allah (a.w): 'Mai yuti’irasula faqad ata’allaha, wa man tawalla fama arsalnaka ‘alaihim khafizan.' [Yg bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasul maka sungguh-sungguh dia taatkan Allah (a.w), dan barangsiapa berpaling (yakni, engkar atau tidak mahu ikuti ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)) maka tidaklah Aku (Allah (a.w)) utuskan engkau (Muhammad (s.a.w)) atas mereka (untuk) menjaga (mereka)] [Ayat 80, Surah an-Nisa’] 
Dalam firman Allah (a.w) itu jelas bahawa sekiranya kita tidak terima as-Sunnah, bererti kita tidak taatkan Rasulallah (s.a.w), walhal mentaati Rasulallah (s.a.w) itu secara otomatik kita mentaati Allah (a.w). malah dalam Ayat 7, Surah al-Haysr dgn jelas memerintahkan kita supaya ambil as-Sunnah. Kemudian Allah (a.w) memerintahkan kita supaya jangan ingkari ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, dalam ayat berikut: 
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu ati’ullaha wa rasulahu wala tawallau ‘anhu wa antum tasma’una.' [Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatkanlah Allah (a.w) dan RasulNya dan janganlah engkar dari (mentaati perintahNya dan perintah RasulNya) dan adapun kamu telah mendengar (perintah-perintah Allah (a.w) dan RasulNya yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah).’ [Ayat 20, Surah an-Anfal]
Saudara, apakah yg dapat kita rumuskan? Syurga itu terjamin bagi kita yg mentaati Allah (a.w) dan mentaati RasulNya. Jika kita akur dgn perintah Rasulallah (s.a.w), i.e. mentaati beliau, sudah pasti kita mentaati Allah (a.w), dan hanya dgn ketaatan kpd Rasulallah (s.a.w) kita beoleh kerahmatan Allah (a.w). 
Firman Allah (a.w): 'Wa mai yuti’illaha wa rasulahu wayakh syallaha wataqhi faulaika humul faizuna.' [Yg bermaksud: Dan barangsiapa taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan (taatkan) RasulNya (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), dan bertaqwa (yakni, takutkan Allah (a.w)) dan berbakti kepadaNya (yakni, mengerjakan amalan dan ibadah dan mentaatiNya dan mentaati RasulNya)), maka merekalah orang-orang yang mendapat kejayaan (yakni, mendapat balasan syurga)] [Ayat 52, Surah an-Nur]
Jelaslah, kerahmatan itu hanya diperolehi dgn ketaatan kpd Allah (a.w) dan ketaatan kpd Rasulallah (s.a.w). Orang yg taatkan Allah (a.w) dan RasulNya pasti orang yg tidak rugi. Siapa yg tak rugi? Orang yg berjaya mendapat syurga. Siapa yg dapat syurga atau bagaimana mendapatkan syurga? Hendaklah dgn ketaatan. Justeru itu, sesiapa yg mengamalkan segala perintah Allah (a.w), maka pastilah dia memperolehi kerahmatan Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment