Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita tentang tajuk di atas selanjutnya sebagai usaha kita mengetahui ilmu yg haq berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, amalan-amalan solat sunat yg banyak memanfaatkan akhirat kita sebagai menutupi lompang-lompang kekurangan ibadah solat fardu kita selama ini. Mudah-mudah dgn tambahan ibadah solat sunat itu, tertampunglah kekurangan dan kecacatan solat-solat fardu kita, yg kita kerjakan selama ini, supaya apabila kita menjalani hisaban di padang makhsyar kelak, di hadapan Allah (a.w), kita dikasihaniNya.
Saudara, sudah pasti saudara pernah dengar tentang Solat Tasbih ini melalui pelbagai sumber. Macam-maca mereka kata. Ada yg kata Solat Tasbih ini adalah solat sunat 4 rakaat, dibuat atau disolatkan dua-dua rakaat dgn satu 'salam', i.e. buat dua kali. Ada yg katakan Solat Tasbih ini empat rakaat, disolatkan terus 4 rakaat dgn diakhiri dgn 'salam'. Ada yg kata boleh dijema'ahkan. Kata mereka Solat Tasbih ini adalah salah satu solat sunat yg boleh dijema'ahkan sebagaimana Solat Jenazah, Solat Terawih dsbnya. Ada yg kata boleh buat ketika malam atau ketika siang. Dan, mungkin berbagai-bagai lagi preskripsi orang yg mengajarkan kita. yg pasti, para mutawif Tabung Haji sering mensolatkan Solat Tasbih ini secara berjema'ah ketika jema'ah haji di Arafah untuk Wukuf dan di Mina ketika bertempat di Mina untuk melontar Jamrah.
Jadi, apakah yg sebetulnya? Yg betul itu adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) menyuruh hambaNya, i.e. kita mengerjakan elbagai ibadah, terutama solat-solat, sunat ketika siang dan lebih-lebih lagi ketika malam, i.e. bangun malam untuk Qiamul-lail. Tapi keterangan mengenai setiap satu amalan dan ibadah sunat itu diperincikan dan ditunjukkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itulah kita disuruh Allah (a.w) contohi Rasulallah (s.a.w) dalam mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w).
Secara rengkasnya, cara melaksanakan Solat Tasbih, ini adalah spt berikut:
1. Seperti biasa berwudu' (hendaklah pastikan wudu' kita sah dgn menyebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakannya dan pastikan kita menyapu air ke seluruh kepala);
2. Solat ini adalah empat rakaat sempurna, tanpa dipecah-pecahkan dua-dua rakaat, yakni kita solatkan terus 4 rakaat. Kita berdiri, mengangkat tangan spt biasa untuk Takbiratul Ikhram, dan rukun qalbi, rukun fe'li dan rukun qaulinya sama sebagaimana solat-solat fardu dan solat sunat. Yg berbeza hanyalah selepas bacaan-bacaan dalam setiap rukun fe'li solat itu, kita baca kalimah Tasbih (iaitu: 'Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akbar'. Kalimah ini dibaca 15 kali selepas membaca al-Fatihah dan surah (setiap rakaat), dan kemudian 10 kali bagi setiap rukun fe'li lainnya. Selepas Sujud ke-2, kita nak bangun berdiri untuk rakaat ke-2, kita duduk sebentar sebagaimana duduk antara dua Sujud, kita baca kalimah Tasbih itu 10 kali, siap baru kita berdiri untuk rkaat ke-2. Demikianlah untuk rakaat ke-3 dan ke-4;
3. Solat Tasbih, sebagainmana solat-solat sunat lainnya, walaupun 4 rakaat tidak ada Tahiyat Awal pada penghujung rakaat ke-2, yg ada adalah Tahiyat Akhir sahaja; dan
4. Sebelum memberi 'salam' pada akhir solat, iaitu pada rakaat ke-4, selepas selesai membaca Tahiyat Akhir, bacalah kalimah Tasbih 10 kali dan selesai barulah memberi 'salam'.
Justeru itu, kalau kita kerjakan solat ini dgn betul, kita membaca kalimah Tasbih itu sebanyak 75 kali pada setiap rakaat. Maka untuk 4 rakaat kita membaca kalimah Tasbih itu sebanyak 4 x 75 = 300 kali.
Apakah keuntungan akhirat yg kita dapati dari Solat Tasbih ini? Allah (a.w) akan mengampuni 10 jenis dosa-dosa kita (kecuali dosa besar), iaitu:
1 dan 2 - Dosa-dosa terdahulu dan dosa-dosa yg terkemudian yg kita lakukan;
3 dan 4 - Dosa-dosa yg lama dan dosa-dosa yg baru dilakukan
5 dan 6 - Dosa-dosa yg kita sengaja lakukan dan yg tidak disengajakan
7 dan 8 - Dosa-dosa yg kecil dan dosa-dosa yg besar (selain dosa-dosa yg diwajibkan hukuman hudud)
9 dan 10 - Dosa-dosa yg dirahsiakan dari orang dan dosa yg dilihat orang kita lakukan
[Nota: saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa setiap orang iman yg tinggi makam keimanannya, melakukan dosa-dosa besar itu, pasti melakukan sekurangnya 2,500 jenis dosa setiap hari tanpa disedari atau disedari tapi tidak dapat dielakkan olehnya. Orang biasa seperti kita pastilah melakukan lebih dari 2,500 jenis dosa setiap hari!]
Apakah surah-surah yg perlu dibaca dalam Solat Tasbih? jawabnya, apa-apa surah yg mudah atau yg kita hafal. Lazimnya, jika surah-surah pendek-pendek dibaca dgn baik maka Solat Tasbih itu memakan masa antara 20 hingga 30 minit.
Bila Solat Tasbih dikerjakan? Solat Tasbih itu boleh dibuat ketika siang atau ketika malam, jika ketika malam di buat sebelum Solat Witir.
Berapa kerap boleh buat? Setiap malam kalau mampu, atau seminggu sekali, atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali, kalau tak mampu kerjakan! Maksudnya: sepanjang hidup kita wajib kita kerjakan sekurang-kurangnya sekali.
Saudara, dalam post akan datang kita akan muatkan dalil hadith mengenai Solat Tasbih ini, insya Allah.
Mudah-mudahan, kita diberi kekuatan dan azam yg cukup untuk mengerjakannya, insya Allah.
No comments:
Post a Comment