Assalamualaikum,
saudara, dalam post ini kita bincangkan tajuk di atas pula. Soalnya: kalau kita terlupa, apabila teringat waktu solat itu sudah luput? Kalau kita tertidur, atau tak terjaga, tatkala jaga waktu solat sudah luput, bagaimana?
Saudara, kita tahu bahawa dalam Islam solat fardu itu wajib dikerjakan tak boleh tidak atau tanpa sebaragng alasan, kecuali dalam keadaan uzur sya'ie yg tidak membolehkan kita bersolat, spt gila atau hilang akal atau ketika koma. Juga, dalam Islam tiada ketetapan menyebutkan bahawa kita boleh qadakkan solat fardu [Nota: majoriti umat Islam, katanya, mengikut fahaman mazhab, solat fardu itu jika terlupa atau tertinggal wajib diqadkkan. ketetapan sebegini tiada asas nas dan dalil]. Namun Islam memberikan kita kemudahan, dgn ilmu.
Satu lagi kemudahan diberikan oleh syariat Islam berpandukan as-Sunnah untuk kemudahan kita beribadah, pada ketika-ketika berlaku sedemikian kepada kita. Jika kerana sebab-sebab yang tidak kita sengajakan, kita tertidur atau kita terlupa, maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita supaya sebaik sahaja kita ingat, maka solatlah; atau, sebaik sahaja kita terjaga dari tidur, kita solatkanlah, walaupun waktu solat tersebut sudah luput. namun, kita tidak dibolehkan bersolat pada waktu-waktu haram sahaja, aitu ketika matahari terbit, ketika matahari tegak di atas kepala dan ketika matahari terbenam. Jika kita menghadapi salah satu situasi sedemikian itu, maka hendaklah kita solat selepas berlalu waktu-waktu haranm tersebut.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkara: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa terlupa (yakni, luput waktu) solat atau tertidur (terluput waktu solat) untuk bersolat, maka mengkifarahnya (yakni, mengerjakannya) bahawa disolatkan akandia ketika teringat akan dia (yakni, solat).’[Hadith Muslim, Kitab Solat]
Di dalam sepotong hadith lian disebutkan peristiwa bahawa suatu ketika dalam perjalanan selepas peperangan, para sahabat, termasuk Rasulallah (s.a.w) tertidur sehingga menengah hari, yakni matahari sudah tinggi, tetapi solat Subuh belum ditunaikan lagi. Maka Rasulallah (s.a.w) membuat solat Subuhnya walaupun sudah dinihari. Jelaslah, jika kita menghadapi keadaan sedemikian, kita wajib solat juga, walaupun sudah luput. Hadith tersebut memberi nas dan dalil bahawa tidak ada ketetapan tentang mengqada’kan solat. Malah, tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah menyuruh kita mengqada’kan solat kita, apabila terlupa ataupun tertidur.
Untuk memperjelaskan lagi ketetapan as-Sunnah ini, kita semak pula tiga potong hadith berikut mengenai perkara yang sama:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Ditanya Nabi (s.a.w) dari seorang lelaki yang terlupa dari solat atau tertidur dari (mengerjakannya). Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Solatlah akan dia (yakni, solat) ketika teringat akan dia (i.e solat yang terlupa itu).’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Solat]
Di dalam hadith di atas diceritakan seorang yang bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) tentang hal dia tertidur dan terlupa hendak solat, maka luput waktunya, maka diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) supaya disolatkan apabial dia teringat akan solat itu.
[Nota: Seperti diperjelaskan, tidak ada ‘qada’’ atau mengqadakkan solat dalam syariat Islam. Yang ada adalah apa yang disebutkan dalam hadith tersebut. Maksudnya, jiata kita terlupa hendak solat Subuh atau ‘Asar, maka hendaklah kita tunaikan solat tersebut, walaupun sudah tamat waktunya, apabila bangun dari tertidur atau ingatkan solat kerana terlupa.Tidak kira walaupun matahari sudah terbit, boleh solatkan solat Subuh atau solat ‘Asar, ketika terbenam matahari. Yang tidak dibolehkan bersolat hanyalah ketika terlibat dalam saat tersebut: pertama, ketika matahari hendak terbit atau ketika matahari nak terbenam. Di dalam sepotong hadith lain, sesiapa yang meninggalkan solat ‘Asar dengan senagaja sehingga luput waktunya, maka kesemua solat kita yang terdahlu, yakni, solat yang kita terlupa atau tertidur. Kedua, ketika tegak matahari, dan, ketiga ketika hendak terbenam matahari menunjukkan masuk waktu Maghrib]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment