Friday, February 11, 2011

Kata-kata Hikmah Pagi Ini- Bersedia Untuk Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, semakin hari semakin dekat kita kpd ajal mati kita. Tapi, kebanyakan kita semakin hari semakin mencari-cari dunia. Dah, dapat masih tak cukup. Kemahuan manusia itu pasti tidak akan tercapai, selagi dia melihat kpd orang yg kedudukan ekonominya terkeatas dari dia. Selagi dia mengutamakan keinginan nafsunya pastilah tidak akan ada penamat pada usahany di dunia. Seringkali dalam mengjar dunia itu, mereka lupa. Malah mereka terasa pula orang yg tak Islam itu tidak dikongkongi oleh sesuatupun untuk mendapat segala kemahuan dan keinginannya! Namun Allah (a.w) memberi kita tahu dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): 'Alhakumut takathur` @ `Hatta zultumur maqbir`' [Yg bermaksud: Kamu sekelian telah dilupakan dengan kesebokan membanyakkan harta kekayaan (yakni, dilalaikan daripada berbuat amalan dan ibadah serta ketaatan yang lebih penting untuk bekal hidup di dunia dan bekalan akhirat kamu) @ Sehingga kamu sekelian binasa (yakni, mati) dan masuk ke liang kubur (maksudnya, tidak sempat mempergunakan saat hidup yang merupakan pemberian Allah (a.w) untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat).] [Ayat 1 dan 2, Surah at-Takathur]
Dalam firman di atas itu, Allah (a.w) peringatkan kita yg mau beringat bahawa apapun di dunia in yg kita dapat tidak setanding dgn apa yg akan kita dapat diakhirat. malah dalam post yg lalu kita mendapat tahu bahawa penghuni syurga yg termiskin itu memiliki harta kekayaan 10 kali dunia dan isinya. Malah orang yg terkaya sekarang di duniapun tidak dapat mengalahkan mansuai yg kaya zaman Musa (a.s), iaitu Qarun. Tapi, semuanya atas keyakinan kita tentang wujudnya kehidupan yg haq di akhirat. Kerana tidak yakinkan akhirat maka ramai yg kaya raya, lupa dan kufurkan nikmat, dgn membazirkan harta dan ekkayaan mereka.
Firman Allah (a.w): 'Qad aflaha man tazakka @Wazakaras marabbihi fasalla @ Bal tukthirunal hayatad dunya @ Wal akhiratu khairu wa-abqa.' [Yg bermaksud: Sesungguhnya untung (yakni, selamat dan berbahagialah) orang yang membersihkan (lahir batinnya) daripada berbagai kekotoran (jasmani dan rohani dari kekejian syirik, dan budi pekerti yang jelek, jahat, dan cintakan dunia dan keseronokannya, dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah (a.w)) @ Dan selalu ingat kepada nama (yakni, perintah) Allah (a.w) maka mengerjakan solat (untuk mendekati diri mereka kepada Allah (a.w)) @ Bahkan kamu sekelian mengutamakan kehidupan dunia (yang fana dan pasti akan meninggalkan kamu atau pasti ditinggalkan daripada akhirat) @ Pada hal akhirat itu lebih baik bahkan yang kekal selama-lamanya.] [Ayat 14 - 17, Surah al-A’la]
Justeru itulah, Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita dalam hadith berikut supaya dalam menjalani kehidupan dunia itu jangan kita sia-siakan dua nikmat yg kita sering 'take for granted', iaitu kesihatan sebelum kita disibukkan oleh penyakit dan pelbagai kesusahan kerana penyakit yg berbagai. dan kedua sebelum kita bertambah disebukkan oleh ketiadaan waktu untuk berbuat sesuatu dalam menyediakan diri untuk mati.
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dua macam nikmat yang kebanyakan manusia rugi dalam mempergunakan kedua-duanya (demi akhiratnya), iaitu kesehatan (yakni, semasa dia sihat lupa untuk memperbanyakkan amalan dan ibadah untuk kebajikan akhiratnya) dan waktu (yakni, kelapangan, tidak sebok dan disebokkan, tetapi tidak mengambil kesempatan atau memanfaatkannya untuk memperbanyakkan amalan dan ibadah untuk bekalan akhirat). [Hadith Bukhari & at-Termidzi]
Saudara, orang yg bijak itu adalah orang yg mengimbangi dunianya dan akhiratnya, seperti yg disebutkan dalam sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Lebih besarnya (i.e. utamanya) manusia itu adalah cita-cita seorang iman yg bercita-cita dia perkara dunia (i.e. mencari kebahagian dunia) dan (mencari, pada masa yg sama) kebagahian akhiratnya.' [Hadith Ibnu Majah, Kitab Perdagangan]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa seorang manusia yg terbaik dalam dunianya adalah seorang iman yg memaksimumkan usahanya untuk mencari kebahagian dan kesenangan dunia dan pada masa yg sama dia juga memaksimumkan usahanya mencari bekalan untuk kebahagian dan kesejahteraan akhiratnya. 
Mudah-mudahan, kita dapat mencontohi model orang iman yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut, Amin.
Tapi, hari ini seringkali kita dapati orang yg berjaya di dunia itu lupa dan abaikan akhiratnya, walhal dia memiliki pelbagai sumber untuk meraut keuntungan akhirat yg terbanyak dari harta kekayaannya. Harta yg diinfaqkan untuk membela dan menyemarakkan Islam dan membantu orang Islam yg dhaif itu adalah pelaburan akhirat yg mengalirkan pahala tanpa putus-putus untuknya. Malangnya, dia sediakan kemewahan untuk anak dan cucu cicitnya yg tidak pula didik dalam keimanan, akan menghabiskan harta kekayaan peninggalannya secara batil, maka mereka mengirim dosa pula kpdnya. Maka rosak dan binasalah akhiratnya, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah.


No comments:

Post a Comment