Thursday, February 3, 2011

Solat-solat Sunat: Solat Sunat Selepas Solat Maghrib

Assalamualaikum,
saudara, kita sambung semula penelitian kita tentang solat-solat sunat yg perlu kita usahakan sebanayk mungkin bagi menampung lompang-lompang atau kekurangan-kekuarang dalam ibadah solat fardu kit. Dgn itu, ketika kita dihisab di padang makhsyar kelak, kita boleh mendapat manfaatnya apbila Allah (a.w) perintahkan malaikat tengok ibadah solat sunat kita untuk mengimbangi kekurangan atau kecacatan ibadah solat fardu kita. Pada masa yg sama amalan ini adalah sebahagian drp pengisian Azam Tahun Baru kita demi kesejahteraan akhirat kita.
Apabila meneliti al-Hadith akan kita temui beberapa amalan yang tidak diajarkan kps secara khusus oleh ustaz atau guru ugama. Ini berlaku kerana beberapa sebab kemungkinan jadi begitu: 
Pertama, kerana tidak ada ilmu, yakni jahil, kita tentang syariatnya, yakni ketetapan Islam mengenai solat tersebut; 
Kedua, seringkali ada kuliah Maghrib selepas solat Maghrib, maka tidak sempat megerjakannya sebelum masuk waktu Isya’; 
Ketiga, manusia terlalu sebok dengan tugasan dunia, maka selepas solat fardu Maghrib mereka bergegas untuk meneruskan urusan dunia mereka; dan 
Keempat, ramai umat Islam tidak mengambil berat atau langsung tidak menghiraukannya. 
Hadith di bawah ini menyebutkan tentang adanya solat sunat enam (6) rakaat antara solat Maghrib dan Isya. Solat enam (6) rakaat antara fardu Maghrib dan fardu Isya’ ini besar ganjarannya. Disebutkan di dalam hadith bahawa sesiapa yang mengerjakannya seolah-olah mendapat pahala beribadah selama dua belas (12) tahun.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa bersolat enam rakaat (selepas Maghrib), tidak berkata-kata dia di antara keenam-enam solat tersebut dengan perkataan-perkataan yang buruk (atau sia-sia), dibandingkan dia dengan beribadah dua belas (12) tahun.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Dengan merujuk kembali kepada hadith sebelum ini, di atas itu, jelaslah Rasulallah (s.a.w) membuat solat sunat enam (6) rakaat antara solat Maghrib dan solat Isya’: 
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abi Salamah (r.a), hadith daripada Abi Hurairah (r.a), katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa solat enam rakaat selepas solat Maghrib tidak bercakap-cakap hal-hal yang buruk atau bercakap-cakap dengan kata-kata kotor atau kata-kata yang sia-sia, dibandingkan baginya (seolah-olah) beribadat dua belas (12) tahun (yakni, mendapat pahala beribadah selama dua belas (12) tahun).’ [Hadith ibnu Majah] 
Seperti dimaklumkan di atas tadi, hadith yang sama juga didapati di dalam kitab Sunnan at-Termidzi. Jelasnya, dalil mengenai solat ini adalah sahih. saudara, begitu banyaknya ganjaran pahala mengerjkannya. Fikirkanlah, hanya dgn mengerjakan enam rakaat solat selepas maghrib kita diberi Allah (a.w) ganjaran pahala seumpama beribdah (i.e. semua bentuk ibadah fardu dan sunat) selama 12 tahun. Begitulah besarnya dividen akhirat hanya melabur sedikit masa bersolat sunat 12 rakaat selepas Solat Maghrib. [NotaAda juga hadith menyebutkan mendapat pahala seolah-olah mendapat pahala beribadah selama lima puluh (50) tahun. Solat ini dibuat dua-dua rakaat disudahi dgn satu ‘salam’ bukan secara terus enam rakaat kemudian baru ‘salam’.]
Mudah-mudahan kita diberi kelapangan oleh Allah (a.w) untuk memperbaiki amalan dan ibadah kita agar kita selamat dan sejahteran di akhirat kelak, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment