Monday, February 21, 2011

Haji & Umrah Mengikut As-Sunnah: Mukaddimah

Assalamualaikum,
Saudara, sudah beberapa minggu pihak tabung Haji mengadakan Kursus Haji bagi calun-calun ibadah haji tahun H 1432 bulan September 2011 akan datang. Semena itu, blog ini juga akan menyampaikan untuk kemudahan saudara peraturan (manask) haji dan umrah sebagaimana yg ditetapkan oleh rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah dan ejajar dgn perintah Allah (a.w) dalam al-Quran. Haji adalah ibadah penutup bagi umat Islam yg iman.
saudara, kita sudah maklum bahawa segala amalan dan ibadah itu - bentuk-bentuknya, cara dan kaedah melaksanakannya - hendaklah memenuhi dua syarat untuk dijamin dterima oleh Allah (a.w); iaitu: pertama, hendaklah niatnya betul, iaitu menepati ketetapan al-Quran iaitu kerana mencari keridaan (yakni, kerahmatan) Allah (a.w) iaitu kerana inginkan syurgaNya dan dijauhkan oleh Allah (a.w) siksaan dalam nerakaNya [Ayat 57, Surah al-Isra']; dan kedua, hendaklah menepati atau sejajar dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni menepati atau sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak menepati salah satu syarat tersebut, maka ibadah haji dan umrah kita tidak diterima Allah (a.w). Sia-sialah haji dan umrah kita.[Nota: Setiap amalan dan ibadah itu hendaklah didasari dgn niat. Dan, niat itu hendaklah menepati Ayat 57, Surah al-Isra', yg kita telah rujuk berkali-kali dalam blog ini].
Saudara, perintah supaya orang Islam dan iman itu mengerjakan haji terdapat dalam firman Allah (a.w) pada ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Dan, bagi Allah (a.w) diwajibkan atas manusia itu menunaikan haji di baitullah untuk orang yg mampu (atau berkemampuan) mengadakan perjalanan ke Baitullah, dan barangsiapa yg kufur (yakni, ingkar) mengerjakannya, maka Allah (a.w) itu adalah Zat yg Maha Kaya mengalahkan segala sesuatu dalam seluruh alam.' [Ayat 97, Surah ali-Imran]
Dalam firman Allah (a.w) di aatas itu, kita diperintahkan Allah (a.w) supaya menunaikan haji ke baitullah apabila kita sudah mampu mengerjakannya. Kemampuan itu disebutkan dalam hadith berikut. Dan, kita diberitahu pula jika sudah mampu dan kita tidak kerjakan (atau menunaikan) haji, dan ditakdirkan sampai ajal kita, maka matilah dalam keadaan matinya seorang yahudi atau Nesrani, yakni masuk neraka.
Diriwayatkan hadith dari Harith hadith dari 'Ali berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesiapa yg mempunyai bekalan dan (mempunyai, yakni berkuasa mengadakan) kenderaan yg boleh menyampaikannya ke baitullah, dan tidak mengerjakan haji dia maka tiadalah atas dirinya bahawasanya mati dia matinya sebagaimana matinya seorang Yahudi atau Nesrani. Maka demikian itulah Allah (a.w) berfirman di dalam KitabNya (i.e. al-Quran) 'Dan bagi Allah (a.w) mewajibkan atas manusia menunaikan haji ke Baitullah bagi sesiapa yg mampu atasnya membuat perjalanan (ke Baitullah untuk berhaji).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Haji]
Saudara, ketetapan dalam Islam yg disebutkan dalam hadith di atas itu amat penting diberi perhatian. Kerana, jika kita sudah mampu mengadakan bekalan (berupa makan minum semasa berada di Tanah Suci dan boleh mengadakan bekalan pula bagi tanggungan yg kita tingalkan) dan kita mempunyai keupayaan mengadakan perjalanan ke baitullah, jika kita tidak mengerjakan haji, dan kita mati sebelum sempat mengerjakannya, maka jika kita mati, matilah kita sebagai seorang Yahudi dan Nesrani, yakni masuk neraka. Jelaslah, mengerjakan haji sesudah timbul kemampuan itu amat utama.
Oleh kerana itu, janganlah sengaja melambat-lambatkan urusan menunaikan haji. Bagi mereka yg tidak upaya dari segi kewangan, hendaklah dia berusaha menyimpan sedikit demi sedikit, supaya akan sampai ketikanya memiliki sumber yg cukup untuk mengerjakan haji. Ibadah haji itu amat utama diberi perhatian. Bukanlah sebagaimana lazimnya kita menunggu sehingga umur tua baru hendak mengerjakannya. Kerana, kita tidak tau apakah kita akan hidup sampai ke tua atau kita didatangi oleh penyakit atau masalah yg tidak membolehkan mengerjakannya kerana keuzuran kita.
Saudara, kita tidak wajar curiga kerana membelanjakan wang ringgit untuk menunaikan haji, kerana segala perbelanjaan kita kerana haji itu dikira perbelanjaan untuk fi sabilillah yg mendatangkan banyak pahala pula, selain pahala haji yg mabrur menghapuskan segala dosa dan membolehkan kita dijamin Allah (a.w) syurga.


Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment