Monday, February 7, 2011

Peringatan: Bersedia Untuk Mati (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post-post yg lalu kita telahpun tahu bahawa jalan pints ke syurga itu adalah Ayat 13, Surah an-Nisa'. Apakah ketetapan ayat tersebut? Ada dua perintah; iaitu: pertama, taatkan Allah (a.w); dan kedua, taatkan Rasulallah (s.a.w). Mudah, bukan? Kerana tidak mungkin kita dapat berhubung terus dgn Allah (a.w), maka untuk menghampiri diri kpdNya dan untuk mentaatiNya, kita wajiblah ikuti ketetapan al-Quran, kerana al-Quran adalah Kitab Allah yg menjadi panduan hidup orang iman dan panduan amalan dan ibadah bagi orang iman. Justeru itu, 'mentaati Allah (a.w)' bermaksud, kita ikuti ketetapan al-Quran dan 'taatkan Rasulallah (s.a.w)'. Oleh kerana Rasulallah (s.a.w) sudahpun wafat, dan tiada lagi bersama-sama kita, maka 'mentaati Rasulallah (s.a.w)' itu bermaksud kita ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Saudara, semua kita diberitahu apa dia 'as-Sunnah' itu. As-Sunnah adalah segala kata-kata dan perlakuan atau perbuatan Rasulallah (s.a.w) - segala suruhan dan tegahan Rasulallah (s.a.w) dan segala riaksi atau respons beliau semasa hayatnya mengenai sesuatu yg dilakukan atau dicakapkan oleh para sahabat. Rasulallah (s.a.w) sendiri mendefinasikan 'as-Sunnah' itu sebagai 'ma ana 'alaihi, wa-ashabi' (yg bermaksud: Apa-apa yg aku mengerjakannya (yakni, jalan ugama dan amalan beliau), dan jalan ugama para sahabat (khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin kerjakan dan amalan mereka). Justeru itu, as-Sunnah merangkumi sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah kahalifah yg empat selepas beliau wafat.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ala inni utitul-kitabi wa-mislahu ma'ahu' (yg bermaksud: Sesungguhnya aku diberikan (oleh Allah (a.w)) sebuah Kitab (yakni, al-Quran) dan bersama-samanya suatu yg menyerupainya (yakni, al-Hadith)'. [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah Rasulallah (s.a.w)]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) kurniakan kpdnya al-Quran dan al-Hadith yg menyerupai al-Quran dari segi format, bahasa dan sifatnya. As-Sunnah mengandungi suruhan dan tegahan. Maka dgn itulah Allah (a.w) dalam firmannya pada Ayat 80, Surah an-Nisa' memberi kita tahu jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w), maka sudah pasti kita mentaati Allah (a.w). dan, dgn itu jugalah Allah (a.w) perintahkan kita dalam firmanNya pada Ayat 7, Surah al-Haysr, supaya ambil as-Sunnah - ikut yg disuruh/perintah oleh Rasulallah (s.a.w), sekuat mampu, dan tinggalkan atau jauhi yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w). Juga, Allah (a.w) menyuruh Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita, manusia, dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 31, Surah ali-Imran, bahawa kalau kita kasihkan Allah (a.w), maka hendaklah kita ikuti Rasulallah (s.a.w). Kemudian, dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg kasihkan beliau, pastilah dia kasihkan Allah (a.w):
Diriwayatkan hadith daripada Muqotil (r.a) yang berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa mengasihi aku, sesungguhnya dia mengasihi Allah (a.w). Dan, sesiapa yang mentaati aku, sesungguhnya dia mentaati Allah (a.w).’ [Hadith Bukhari]
Umat Islam yg berjaya menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu adalah juga orang yg kasihkan Rasulallah (s.a.w), kerana mengasihi Rasulallah (s.a.w) bermakna dia mengasihi Allah (a.w), dan sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w). Justeru itulah Rasulallah (s.a.w) menyebut dalam hadith yg kita rujuk di atas tadi, bahawa Rasulallah (s.a.w) diberikan al-Quran dan suatu yg seumapanya, iaitu as-Sunnah, menyebutkan perkara yg sama. Dan, pada Ayat 23, Surah al-Jinn pula Allah (a.w) suruh Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia, terutama orang iman, bahawa sesiapa yg menolak Rasulallah (s.a.w), yakni menolak as-Sunnah, maka tempat mereka adalah neraka. 
Saudara, supaya mempastikan kita benar-benar bersedia untuk mati itu, wajiblah kita ikuti as-Sunnah. Dan, untuk itu wajiblah kita mengaji atau mempelajari ilmu as-Sunnah itu, barulah kita pasti yg kita benar-benar terpandu dalam menjalani kehidupan seorang iman yg akan berjaya mendapat syurga itu dan terselamat dari neraka. Ilmu itu amat penting, kerana tanpa ilmu, segala amalan dan ibadah kita bukan saja akan tersasar, tetapi tidak diterima Allah (a.w) [Ayat 36, Surah al-Israk] yg seringkali kita rujuk. Dan, ilmu yg benar itu adalah al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment