Assalamualaikum,
saudara, perdebatan di kalangan para ulama' dan ilmuwan Islam mengenai istilah 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu tenggelam timbul apakala isu-isu mazhab dan bida'ah timbul semula. Perdebatan itu timbul apakala ada segelintir ulama' atau imuwan muda membangkitkan isu taklid iaitu perbuatan mengidolakan seseorang ulama'. Perdebatan itu akan terus berlarutan apabila para ulama' dan ilmuwan Islam mengketepikan peringatan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, wahia kittabullahi wa-sunnati nabiyi' (yg bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara tidak akan sesat kamu sekelian selama-lamanya selagi kamu sekelian berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Sunnah RasulNya (yakni, al-Hadith atau as-Sunnah)] [Hadith riyawat Imam Malik. al-Hakim dan Ibnu Abdil Barri]
Saudara, para ulama' jarang sekali merujuk kpd hadith ini, walhal hadith ini amat fundamental dan wajib dijadikan panduan dan pegangan hidup orang iman dan sebagai asas memahami bahawa ilmu yg wajib umat Islam ngaji atau pelajari dan fahami, adalah al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalaulah umat Islam itu ambil dan pegang kedua-duanya, sudah pasti dan tidak sekali-kali akan sesat dalam mencari ilmu dan panduan yg haq dan dalam memahami Islam dan syariatnya dan segala sesuatu mengenai Islam. Tapi, sayang sekali, para ulama' jarang sekali merujuk kpd hadith ini. Para ilmuwan pula, terutama 'ulama' akademik', tidakpun merujuk kpd hadith ini, kerana mereka lebih suka meneliti manuskrip atau kajian ilmiah atau tulisan mahaguru akademik yg menjadikan Islam dan syariatnya sebagai bahan kajian akademik untuk didebatkan dan dicarai pendapat atau kenemuan yg terbaik dikalangan para akademik. Maka jadilah Islam itu topik atau mata pelajaran atau bahan penyelidikan sebagaimana matapelajaran atau topik kajian selainnya!
Saudara, mereka yg akui diri mereka Islam diwajibkan mempelajari ilmu mengenai Islam. Bukan untuk mendebatkan atau mengkritik atau menilai apa-apa yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, kemudian merumuskan sesuatu bersandarkan kepintaran akal fikiran mereka. Umat Islam disuruh mengaji atau mempelajari ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah semata-mata untuk mengetahui ketetapan Islam, memahaminya dan kemudian mengamalkannya dalam hidup mereka, supaya segala sesuatu yg mereka kerjakan sama ada dalam bentuk amalan dan ibadah khusus maupun ibadah umum, mereka terpandu dan berada dijalan yg benar, yg dapat mempastikan mereka tidak tersasar atau tidak keliru dan tersesat, supaya akhirnya mereka berjaya menyediakan diri untuk bertemu dgn Allah (a.w) apabila sampai ajal mereka dan selamat apabila dunia dikiamatkan!
Dalam hubungan itu, apakah kita perlu kaji dan carai kebenaran tentang sifat-sifat Allah (a.w) - yg sering diperdebatkan oleh para ulama' dan ilmuwan - spt bagaimanakah rupa Allah (a.w), tangannya, kenapa Allah (a.w) menyebut tangan kanannya sahaja, bagaimana Allah (a.w) 'bersemayam di ArasyNya'? dan isu-isu atau perkara seumpamanya. Yg disuruh kita fikirkan, kalaupun nak fikirkan, adalah kejadian Allah (a.w), persekitaran kita dan seumpamanya yg menunjukkan bahawa Allah (a.w) itu wujud, maha berkuasa, dan segala sifat-sifat Allah (a.w) yg dilambangkan oleh nama-namaNy yg 99 itu. Itu saja yg perlu. malah tak perlupun. kalau sudah faham bahawa Allah (a.w) itu tuhan semua makhluk, terutama manusia, tak perlupun menghabiskan masa belajar 'Sifat 20' sebagai contoh!
Saudara, di dalam al-Quran disebutkan bahawa ciri-ciri utama orang iman itu adalah apabila diberitahu oleh al-Quran dan as-Sunnah, mereka tanpa usul periksa 'dengar' (sami'na) dan 'taat' (ato'na) dan, ditambah oleh Rasulallah (s.a.w), atas rukhsah Allah (a.w) 'sami'na, wa-ato'na, mastota'na' (i.e. aku dengar, aku taat sekuat mampuku'. Itu yg utama. Bukan aku dengar, kemudian aku debatkan sebagaimana yg berlaku sekarang ini. Kita diberitahu bahawa daya kecapaian mental manusia, walau bijak bagaimana sekalipun, tidak dapat menyamai ilmu Allah (a.w). Malah, tak perlu tahu banyakpun. Yg perlu tau adalah memahami Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yg pastinya cukup untuk kita menjadi orang iman yg bertaqwa dan berjaya menyediakan diri untuk akhirat.
Insya Allah, dalamkonteks inilah kita akan teliti sedikit lagi mengapa 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau 'bid'ah' itu amat diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya jangan kita amalkan dan sebarkan atau ajarkan. Kefahaman ini penting, kerana hari ini begitu banyak dan berbaginya pembaharuan dalam amalan dan ibadah yg sama sekali tidak diperintahkan oleh Allah (a.w) atau Rasulallah (s.a.w) orang Islam jadikan amalan dan sebarluaskan. Setelah diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahananya dan akibat buruknyapun, majoriti umat Islam pertikaikan. Mereka menyuruk di belakang fahaman kemazhaban dan dgn senang hati mendiakkan as-Sunnah, atau mengubah ketetapan as-Sunnah...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment