Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah teliti kemurahan Allah (a.w) dalam memberi rezki itu semua makhluknya diberikan bahagian masing-masing, tak kira sama ada dikalangan manusia tu mereka kafir atau syirik atau Islam. Begitu jugalah Allah (a.w) memberikan akhlak (budi pekerti) kod manusia. itulah sifat 'pengasih Allah (a.w)' i.e. 'ar-Rahman' Allah (a.w). Sifat 'penyayang Allah (a.w)' itu i.e. sifat 'ar-Rahim' Allah (a.w) itu adalah untuk mereka yg Islam beriman dan lebih-lebih lagi yg bertaqwa. Ini akan dinikmati oleh manusia yg akan menjadi penghuni syurga. Allah (a.w) akan berikan segala sesuatu dan lebih di syurga kpd hambaNya yg iman dan taqwa. bagi merka yg syirik atau kafir atau yg menentang Allah (a.w) semasa di dunia, tidak akan menerima sedikitpun ar-Rahim Allah (a.w). malah, orang Islam sendiri yg mengingkari ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah, akan menerima padh yg sama sebagaimana orang kafir di akhirat kelak. Mereka yg tidak akur dgn ketetapan as-Sunnah tidak diakui oleh Allah (a.w) umat Muhammad (s.a.w), maka dgn itu akan menjadi penghuni neraka, walaupun semasa di dunia dia istiqamah beramal dan beribadah!
Saudara, Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita ketika hidup di dunia ini supaya sedar dan faham mesej hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ala ’ ibni Abdilrahman, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ad-dunya sijnul mukmina wa-jannatul kafiri.' [Maksud: Sesungguhnya dunia ini adalah penjara bagi orang-orang beriman dan syurga bagi orang-orang yang kafir] [Hadith at-Termidzi]
Bagi orang Islam serta beriman, mereka seolah-olah ‘dipenjarakan’ semasa hidup di dunia. Mereka seolah-olah seumpama banduan dalam penjara. Kerana, mereka tidak bebas melakukan dan berbuat segala sesuatu mengikut kehendak hawa nafsu atau keinginannya. Setiap detik pergerakan, perlakuan serta pecakapan mereka diteliti dan diperhatikan dan dicatitkan dalam Kitab Catatan Amalan mereka oleh dua malaikat yang sentiasa bersama-samanya 24 jam sehari, malah setiap saat. Mereka wajib berpandukan ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah) yang memandu hidupnya. Mereka bebas hidup berpandukan apa yang boleh dan menghindarkan diri daripada apa yang tidak dibolehkan, seolah-olah sebagai banduan di penjara, sentiasa diperhatikan. Dia tidak bebas.
Diriwayatkan hadith daripada ‘
Bagi orang Islam serta beriman, mereka seolah-olah ‘dipenjarakan’ semasa hidup di dunia. Mereka seolah-olah seumpama banduan dalam penjara. Kerana, mereka tidak bebas melakukan dan berbuat segala sesuatu mengikut kehendak hawa nafsu atau keinginannya. Setiap detik pergerakan, perlakuan serta pecakapan mereka diteliti dan diperhatikan dan dicatitkan dalam Kitab Catatan Amalan mereka oleh dua malaikat yang sentiasa bersama-samanya 24 jam sehari, malah setiap saat. Mereka wajib berpandukan ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah) yang memandu hidupnya. Mereka bebas hidup berpandukan apa yang boleh dan menghindarkan diri daripada apa yang tidak dibolehkan, seolah-olah sebagai banduan di penjara, sentiasa diperhatikan. Dia tidak bebas.
Counter factualnya, seseorang yang Islam itu mengutamakan dunianya dan membelakangkan akhiratnya, adalah meniru gaya hidup orang kafir. Kerana, mereka menjadikan dunia ini syurganya dan menjadikan akhiratnya sbagai penjaranya, yakni berada di dalam neraka Allah (a.w). Berapa ramaikah orang yang mengakui dirinya Islam, tetapi tidak langsung mengindahkan sedikitpun perkara akhirat?
Ada banyak perkara yang menarik bagi manusia semasa hidupnya. Banyak yang menyeronokkan dalam dunia, terutama dalam zaman maya ini, manusia begitu bijak mencipta pelbagai hiburan dan keseronokan. Begitu sebok pula urusan dunia yang tidak ada sempadan waktu dan masa pula. Kesemua ini seringkali ditegah oleh Islam dan syariat Islam dilakukan oleh orang yang beriman. Dalam pada itu pula dalam Islam ada perkara-perkara yang perlu dikerjakan oleh orang yang beriman setiap hari atau pada ketika-ketika tertentu. Orang iman itu juga tidak boleh berleluasa bertutur kata. Maka dengan itulah dunia ini penjara bagi orang beriman (yakni, bagi yang Islam dan taat). Orang Islam yang taat, beriman itu adalah mereka mematuhi ketetapan Allah (a.w) dalam firmannya dalam Ayat 13, Surah an-Nisa dan Ayat 14, Surah an-Nisa. Ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan as-Sunnah akan sentiasa membatasi tindaktanduk orang Islam yang beriman. Maka dengan itu mereka tidak bebas.
Bagi orang kafir pula, dunia ini adalah syurga mereka. Mereka ‘boleh’ lakukan apa-apa sahaja mengikut kemahuan nafsunya atau keinginan dirinya. Mereka menganggap diri mereka ‘bebas’ tidak terhalang melakukan atau berbuat apa saja, tanpa batasan. Allah (a.w) tidak menghiraukan mereka di dunia, kerana akhir kesudahan mereka telah diitetapkan – siksaan dalam neraka dan tidak akan menikmati syurga.
Orang beriman apabila mati kelak akan menikmati syurganya yang jauh lebih baik dariada apa yang mereka boleh capai tanpa batasan waktu dan tanpa waktu penamat, manakala orang kafir akan menjalani kehidupan dalam neraka, yang juga tiada batasan waktu atau tempoh penamat. Malangnya, majoriti umat Islam tidak yakin akan akhirat. Maka dengan itulah mereka terikut-ikut dengan perbuatan serta cara dan gaya hidup orang kafir. Mereka lupa bahawa hidup mereka di dunia ada batasan waktu. Dan, selepas matinya ada perhitungan, bilamana segala sesuatu yang dilakukan semasa di dunia akan diaudit berpandukan ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah).
Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa orang Islam dan beriman itu mendapati mereka seolah-olah dalam penjara semasa di dunia – tidak ada kebebasan mutlak. Mereka akan mendapat kebebasan mutlak semasa di akhirat kelak, apa sahaja yang didamkan olehnya akan didapati dan diberikan. Itupun kalau mereka berjaya mendapat syurga. Orang Islam yang melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah juga seumpama orang kafir juga, kerana akan dipenjara di akhirat kerana perbuatan serta amalan yang menyalahi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi ada tempoh penamat kerana akhirnya mereka akan mendapat balasan syurga juga sekiranya wujud dalam kalbunya keimanan terhadap Allah (a.w) walaupun sebesar zarrah (semut hitam atau biji sawi). Orang kafir tidak sekali-kali akan merasai syurga.
Mudah-mudahan kita sentiasa jadikan mesej hadith ini peringatan harian kita supaya kita tidak terlupa.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment