Saturday, February 26, 2011

Kitab Catatan Amalan: Bersedialah ...

Assalamualaikum,
dalam post sebelum ini kita sebutkan Kitab Catatan Amalan itu. Kita juga tahu bahawa setiap orang yg Islam diberikan 99 buah Kitab tersebut di padang makhsyar kelak. Setiap halaman atau mukasuratnya adalah sepanjang sejauh mata memandang. Segala amalan dan ibadah yg dikerjakan semasa di dunia dicatitkan di dalamnya dan diberipahala jika amalan dan ibadah itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, khususnya menepati Ayat 36, Surah al-Israk (i.e. buatlah amalan dan ibadah hanya dgn ilmu) dan didasari pula oleh niat yg betul iaitu menepati Ayat 57, Surah al-Israk (i.e. beramallah dan beribadahlah kerana mengharapkan kerahmatan Allah (yakni, syurga Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w)).
Segala amalan dan ibadah yg berlainan dari atau tidak sejajar dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai orang yg diakui Allah (a.w) 'uswatun hasanah' itu, tidak akan diterima Allah (a.w), maka tidak dicatitkan oleh malaikat yg mencatit atau menulis (Kiraman dan Katibin atau Rakib dan Atid)! 
Jelaslah bahawa setiap kita ada mempunyai Kitab atau Buku Catatan Amalannya yang akan dibuka di padang makhsyar, dipertunjukkan apa yang telah diperbuat semasa kita hidup dan kemudian dihisab pula. Maka dengan itulah juga Allah (a.w) peringatkan manusia supaya menjaga dirinya dan keluarganya daripada mendapat siksaan Allah (a.w) di akhirat kelak. 
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu qu anfusakum wa-ahlikum nara …' [Maksud: Wahai orang-orang beriman jagalah dirimu dan ahlimu (yakni, keluargamu) dari api neraka …] [Ayat 6, Surah at-Tahrim] 
Supaya apabila tiba hari qiamat dan perhimpunan agung di padang makhsyar kelak, kita akan bergembira melihat Kitab kita yg penuh dgn catatan amalan dan ibadah yg kita kerjakan semasa hidup kita, kerana tercatat di dalamnya. Ramai orang Islam yg mendapati Kitabnya tidak tertulis sebarang amalan dan ibadah walaupun telah diamal dan diibadahkan secara istiqamah semasa di dunia, tidak dicatatpun oleh malaikat yg mencatat! Rugi serugi-ruginya! 
Saudara, Islam itu mudah tapi hendaklah dgn landasan ilmu yg betul bukan ikut perbuatan atau amalan atau ibadah nenek moyang kita atau ikut kata-kata (i.e. bertaklid) kpd orang yg mengajarkan sesuatu yg tiada dasar ilmu al-Quran atau as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah dalam beramal dan beribadah dan dalam memandu hidup sebagai orang iman, pasti tidak sesat. Kalau kita berpandukan panduan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat. Bila sesat tak dapat syurga. Yg dapat neraka. Maka, dgn itu, sebelum terlambat, berfikirlah dan perbaikilah landasan amalan dan amalan kita. Supaya  dipamirkan kelak semua amalan yang baik-baik belaka: 
Firman Allah (a.w): 'Zalika yaumul haqqu faman sya-at takhaza ila rabbihi ma-aba @ Inna anzarnakum ‘azaban qariban; yauma yanzurul mar-u ma qaddamat yadahu …' [Maksud: Itulah saat tibanya hari yang haq (qiamah) (yang tidak dapat diragukan, saat terbukanya segala rahsia dan perasaan), maka barangsiapa yang ingin mendekati dan mendapatkan keridhaan Allah (a.w), maka hendaklah bersedia (dari sekarang dengan amal soleh yang diajarkan oleh Allah (a.w) dan dicontohi oeh Rasulallah (s.a.w) untuk mencapai pahala yang telah disediakan Allah (a.w)) bagi yang mengamalkannya @ Sungguh Kami (Allah) memperingatkan kamu (jangan sampai) terkena siksaan (di hari qiamat) yang tidak jauh daripadamu (yakni, sudah hampir kerana kematian itu adalah kiamat pada seseorang sebab pada saat terpisahnya roh (atau nyawa) dari badan, yakni, kematian dan berada dalam kubur), pada hari itu akan dilihat oleh setiap diri apa yang telah didahulukan oleh tangannya (i.e. yg telah dikerjakan ketika di dunia).][Ayat 39 & 40, Surah an-Naba’] 
Maka di dalam dua ayat dalam Surah an-Naba' di atas itu, Allah (a.w) mengingatkan kita supaya berwaspada dan mulakannya kehidupan baru dengan memperbaiki dan memperbanyakkan amalan soleh dan meninggalkan amalan keburukan atau maksiat. Supaya kita akan berjaya mendapat keridhaan Allah (a.w) agar dihindarNya dari siksaan neraka dan dikurniakan olehNya balasan syurga, insya Allah. Kiamat kecil pasti mendahului kita, iaitu kematian, sebelum kiamat yg haq nanti. Ketika dalam kubur, kita akan rasai apakah kita ahli neraka atau ahli syurga. Diberitahu siksaan di akhirat lebih berat dari apa yg diterima ketika dalam kubur!
Mudah-mudahan, semoga kita sempat bertaubat (dari dosa dan kesilapan dalam beramal dan beribadah) dan sempat memperbaiki asas amalan dan ibadah kita dan mempertingkatkan dan memperbanyakkan ibadah yg sudah benar setelah disemak dgn ilmu al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment