Monday, February 14, 2011

Mensyukuri Manusia bererti Mensyukuri Allah (a.w) (Samb.)

Assalamualaiakum,
Suadara, kita telah dianjurkan dalam Islam supaya mensyukuri kebaikan manusia terhada kita. Kerana, itu adalah tanda atau bukti yg kita bersyukur kpd Allah (a.w). dalam Islam ucapan kesyukuran kpd Allah (a.w) itu adalah menyebut kalimah: Alhamdulillahi rabbil 'alamin', manaka kalimah yg kita ucapkan kpd manusia kerana syukur kita atas kebaikan yg dilakukannya terhadap kita adalah kalimah: 'Jazakallahu khairh' (yg bermaksud: Semoga Allah (a.w) memberi atau mengurniakan sesuatu yg lebih baik (dari apa yg diberikan) kepadamu)'. 
Apakah ucapan kesyukuran dalam Islam mengikut as-Sunnah? Kita lebih tahu ucapan ‘terima kasih’ dalam budaya kita dan budaya bangsa-bangsa lain dalam dunia. Contohnya, bila kita bertemu dengan bangsa lain yang menhadiahkan sesuatu kepada kita, kita ucapkan rasa terima kasih itu dalam bahsanya – Bahasa Cinake, Jepunke, Peranciske, Belandake, Siamke atau apa saja bahasa yang kita tahu. Tetapi, sebagai orang Islam kita diajarkan oleh Islam untuk menyebutkan dua kalimah yang mudah dan ringan untuk menyebutkan kesyukuran kita. Kita mendapat pahala pula menyebutnya. 
Apabila kita amalkan kalimah-kalimah tersebut, jelaslah kita seorang Islam yang menghayati Islam dan bersykur benar-benar kepada Allah (a.w0). Kita mendapat pahala kerana mensyukuri nikmat dan menyebut kalimah-kalimah yang dianjurkan oleh as-Sunnah pula mendapat ganjaran pahala yang amat mudah. Kalimah-kalimah tersebu dijelaskan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Usamah bin Zaid (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man suni’a ilaihi ma’rufun faqala lifa’ilihi ‘Jazakallau khairan’, faqada ablagha fisth-thanai...'[Maksud: Barangsiapa dibuat keatasnya sesuatu kebaikan maka berkatalah (yakni, ucapkanlah) ‘Jazakallahu khairan’(yg bererti: Supaya mendatangkan atau memberikan Allah (a.w) lebih banyak kebaikan kepadamu), maka sungguh-sungguh sampai di dalam sanjungannya (yakni, diterima Allah (a.w) akan kesyukurannya)] [Hadith at-Termidzi, Bab Memperbaiki Silaturahim] 
Begitu ramai para ulama’ yang kita temui, tetapi berapa ramaikah yang mengucapkan kalimah ini kepada kita atau kepada mereka yang memberikan atau menghadiahkan sesuatu kepada mereka? Jelaslah, ulama’ sendiripun jahil dengan peradaban Islam. Mereka lebih tahu ucapan ‘thank you’, ‘khuza hafiz’ (Urdu), ‘kamsyia’ (Cina) dan sebagainya. Tetapi, ungkapan Islam mereka lupa. Atau, mungkinkah mereka merasa malu menyebutnya? Mudah-mudahan setelah kita tahu, kita jadikan amalan kita setiap hari dan mendapat pahala dengan perbuatan yang sedikit pula. 
[Nota: Jika kita menujukan ucapan kepada lelaki kita katakan ‘Jazakallahu khairan’, kalau kepada perempuan ‘jazakillahu khairan’ dan jika kepada ramai orang ‘Jazakumullahu khairan’ dan jika kepada orang-orang yang tiada bersama kita, yakni merujuk kpd sekumpulan orang yg tiada bersama-sama kita ‘Jazahumullahu khairan’. Itulah ‘salutation’ kesyukuran dalam Islam. Apabila kita sebut kalimah-kalimah ini kita diberi apahala kerana menganmalkannya dan pahala kerana mengikuti as-Sunnah. Bukanlah banyak untungnya?].

Jazakallahu khairah (kpd saudara yg membaca dan mengikuti blog ini)

No comments:

Post a Comment