Assalamualaikum,
Saudara, hari ini sudah menjadi suatu yg lumrah dikalangan kesemua umat Islam, terutama yg Melayu, bahawa mereka bermegah-megah dengan pakaian yg cantik, mahal dan berjenama. Orang-orang yg ternama, berkedudukan, berpengaruh, berdarjat dan berpangkat, tersohor, termasuk para ulama' dan ilmuwanpun, dan orang seumpamanya, sering memakai baju batik atau baju Melayu yg diperbuat dari sutera ketika menghadiri majlis-majlis utama. Lebih halus suteranya lebih mahal harganya dan lebih menonjolkan kedudukan atau status ekonomi mereka. Pendeknya mereka berbangga!
Saudara, sebagai peringatan, Islam melarang dgn keras lelaki Islam memakai pakaian atau perhiasan yg disebutkan di bawah ini. Maksudnya, lelaki Islam tidak dibolehkan sama sekali memakai:
1. Pakaian yg labuh sehingga tercecah tanah atau lantai (seperti seluar, kain dan jubah), kerana berbuat sedemikian melambangkan sifat-sifat dan ciri-ciri kesombongan dan bangga diri. Pakaian orang Islam lelaki adalah tidak melebih paras buku lali.
2. Lelaki Islam dilarang memakai sutera, apa jua kualiti suteranya, kerana ahli syurga akan memakai sutera. Lelaki yg memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat, maksudnya, mereka adalah ahli neraka [Nota: Hanya wanita yg dibenarkan memakai sutera].
3. Lelaki Islam dilarang memakai emas - cincin ke atau rantai ke atau gelang tangan, jam tangan diperbuat dari emas, tali pinggang yg kepalanya diperbuat dari emas, atau gigi sumbi emas. Lelaki yg memakainya juga tidak akan masuk syurga.
4. Lelaki Islam dilarang memakai pakaian wanita atau mencontohi pakaian wanita walaupun untuk tujuan apa sekalipun, termasuk melakonkan watak pondan atau wanita. Lelaki sedemikian dilaknat dan yg dilaknat tidak juga masuk syurga.
5. Lelaki Islam dilarang memakai subang, kerana memakainya adalah perbuatan mencontohi pakaian wanita dan juga pakaian jahiliah, orang sedemikian juga tidak masuk syurga.
6. Lelaki dan wanita Islam ditegah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri arak [Nota: Sila lihat post khusus mengenainya dalam blog ini].
Hari ini, kita lihat orang kaya-kaya dan orang galmour (spt artis) memakai jam dan cincin emas. Kadang-kadang gelang emas di tangan. Kadang-kadang rantai emas di leher pula. Ada juga yg memiliki mahligai yg peralatan dalamnya diperbuat dari emas, melambangkan kedudukan duniawi mereka!
Lelaki Islam yg melakukan salah satu atau keenam-enam perkara yg disebutkan di atas itu akan mendapat siksaan di neraka. Malah mereka tidak akan masuk syurga! Wal iyazubillah.
Saudara, walaupun perkra-perkara ini adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yg sudah barang pasti para ulama' dan ilmuwan Islam tahu, namun mereka juga terlibat. Kita akan temui ulama' yg memakai jubah yg ditonjolkan untuk mempamir kehebatannya, termasuklah jubah yg mahal kainnya dan labbug ke bawah paras buku lali meereka, memakai jam tangan emas dan sebagainya. Yg anihnya, ada para ulama' atau ilmuwan Islam yg mengatakan larangan di atas itu adalah larangan 'ringan', tidak merupakan dosa yg besar! Walhal, as-Sunnah menghukumkan perlakuan sedemikian berat akibatnya dalam Islam [Nota: Apakah ulama' sedemikian itu tidak faham ketetapan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr? Patuhi ketetapan as-Sunnah?].
Terpulanglah pada mereka. kalau ingin mengiyakan kata-kata serta pandangan mereka, silakan. Sendiri buat sendiri tanggung.
Yg pasti Allah (a.w) menyebutkan di dalam al-Quran bahawa pakaian lelaki dan wanita syurga itu adalah itu adalah berbagai-bagai kualiti sutera. Rasulallah memberitahu, memakai sutera di dunia, pasti tidak memakainya di akhirat - maksudnya pasti tidak akan berada di dalam syurga!
Kita akan teliti hadith-hadith yg membrikan ketetapan as-Sunnah (i.e. Islam) mengenai perkara-perkarra tersebut kemudian nanti.
Semoga kita terhindar dari melakukan segala sesuatu yg boleh menjerumuskan kita ke neraka semata-mata ingin menonjolkan suatu imej yg tidak kekal. Kita lakukan kesalahan kecil yg menyebabkan kita mendapat dosa yg besar pula. Mungkin kita seorang yg istiqamah dalam solat, puasa dan lain-lain ibadah, tapi sia-sia, kerana perbuatan yg kecil, kita di neraka, tidak mendapat syurga. Insya Allah, kita tidak terpengaruh dan tidak terikut-ikut. Amin
Jalan keluar? Hentikan perbuatan sedemikian dan bertaubatlah sebelum terlambat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment