Assalamualaikum,
saudara, kita telah diberitahu dalam post sebelum ini bahawa apabila kita hendak berwudu' dgn menceduk air dgn tangan kita, hendaklah kita terlebih dahulu bersihkan kedua-dua tangan kita di luar bekas air. Jangan diseluk air tanpa terlebih dahulu membasuh kedua-dua tangan (sampai ke pergelangan tangan) tiga kali, barulah kita ambil air dgn menceduknya dgn kedua-dua tangan kita. Demikian jugalah, kalau kita ingin berwudu' ketika bangun malam untuk solat-solat malam.
Saudara, kisah ini adalah kisah zaman Rasulallah (s.a.w). Di masa itu tidak ada sistem bekalan air yg moden lagi canggih sebagaimana sekarang, yakni air dibekalkan melalui sistem paip. Mudah untuk mempastikan air untuk wudu' tidak dicemari najis. Namun, jika terjadi keadaan bilamana kita hanya ada air sebelanga atau setimba, contohnya, hendaklah kita tuangkan sedikit air untuk membasuh tangan di luar timba, sebelum kita mulakan wudu' dgn mencelup atau memasukkan tangan ke dalam bekas air wudu' itu.
Niat Untuk Berwudu'
Saudara, sebelum kita berwudu' kita hendaklah berniat, namun bukanlah melafazkan atau menzahirkan niat. Sebenarnya niat itu adalah gerakhati kita apabila kita hendak lakukan atau kerjakan sesuatu. Setiap suatu yg kita lakukan itu sudah timbul niatnya secara otomatis. Niat itu menentukan apakah tujuan sesuatu kerja itu nak dikerjakan. Demikianlah juga dalam berwudu'.
Diriwayatkan hadith dari 'Alaqamah b Waqas hadith dari Omar b Khattab (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Innamal 'amalu bin-niati wa-innama li-imri-in ma nawa ...' dan seterusnya [yg bermaksud: Sesungguhnya apa-apa yg diamalkan adalah dgn niat, dan sesungguhnya apa-apa yg dikerjakan apa-apa yg diniatkan.Maka barangsiapa yg ada hijrahnya kerana Allah (a.w) dan RasulNya, maka berhijrah dia kerana Allah (a.w) dan RasulNya; dan barangsiapa yg ada hijrahnya kerana dunia maka menimpa (yakni, mendapat) dia akan dunianya atau kerana perempuan yg hendak dinikahinya, amak hijrahnya apa-apa yg dia berhijrah kerananya atau kepadanya.' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith di atas adalah dalil as-Sunnah yg sering dirujuk oleh para ulama' dan ilmuwan tentang 'niat'. Dalam Islam niat itu penting kerana niat menentukan tujuan segala perbuatan dan perlakuan kita. Keikhlasan juga bergantung kpd niat tersebut. Tiada siapa yg tau niat seseorang itu, walaupun setelah sesuatu perlakuan itu yg dizahirkan. Aapakah dalam berwudu' itu kita disuruh zahirkan niat sebagaimana menjadi kelaziman orang Islam di Malaysia sekarang?
Jika kita teliti dalil as-Sunnah, tidak ada ketetapan atau suruhan menzahirkan niat. Yg ada kita disuruh menyebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakan wudu' spt ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith oleh Thabit dan Qatadah hadith dari Anas (b Malik) (r.a) berkata:'Mencari-cari sebahagian para sahabat Nabi (s.a.w) air wudu', maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Adakah berserta salah seorang kamu sekelian air?' (Maka setelah dibawakan air kepadanya) Maka meletakkan kedua tangannya ke dalam bekas air (tersebut) dan (sambil) bersabda: 'Berwudu'lah dgn menyebut 'Bismillah'.' Maka melihat aku (kata Anas) air keluar dari antara jari-jari tangan Nabi, sehingga berwudu' dari sisi air sehingga sahabat yg terakhir.' Maka berkata Thabit: 'Berkata aku kpd Anas: 'Berapa ramaikah melihat engkau?' Berkata (Anas, menjawab): 'Kira-kira seramai 70 orang.' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith ini memberikan kita beberapa perkara; iaitu: pertama, hendaklah kita berwudu' dgn memulakan proses wudu' itu dgn membaca kalimah 'Bismillah' (bukannya membaca kalimah-kalimah seumpama 'Nawaitu ...' sebagaimana yg dilazimi sekarang); dan kedua, cerita dalam hadith ini menunjukkan satu daripada beberapa mukjizat Rasulallah (s.a.w). Hadith itu menyebutkan bahawa apabila Nabi (s.a.w) meletakkan tangannya ke dalam bekas air tersebut, diangkatnya, maka keluarlah air seumpama air yg mencurah sebagai hujan dari celah-celah jari-jari Rasulallah (s.a.w), maka para sahabat berwudu' dgn air tersebut. Apabila ditanya oleh Thabit, setelah mendeengar kata-kata Anas, Anas memberitahu seramai 70 orang sahabat. [Nota: Dalam hadith lain disebutkan bahawa melalui hadith Jabir b Abdullah pula dikatakan seramai 1,500 orang.]
Saudara, kita akan lihat dalam hadith yg lain bahawa sesiapa yg berwudu' tanpa memulakan wudu'nya dgn menyebut kalimah 'Bismillah', maka tidak sah wudu'nya. Apakala tak sah wudu'nya, maka tak sahlah segala amalan dan ibadah yg bersandarkan kpd wudu'. Demikian jugalah ketika mandi junub, kita diwajibkan berwudu' dahulu sebelum meratakan air ke seluruh tubuh kita. Jika tak dibaca 'Bismillah' maka tak sahlah mandi junub itu. Jika tak sah, maka terbatallah segala solat kita dan berdosalah pula kerana membaca al-Quran dan memegang al-Quran kerana orang yg berjenabah tidak dibolehkan membaca dan menyentuh al-Quran! [Nota: kalimah yg dibaca adalah 'Bismillah' sahaja bukan kalimah 'Basmalah' (i.e. 'Bismillahir-rahmanir-rahim')].
Di dalam sepotong hadith lain disebutkan pula satu lagi mukjizat Rasulallah (s.a.w) iaitu dalam suatu majlis seorang sahabat memanggil beliau makan di rumah. Nabi (s.a.w) pula menjemput kesemua sahabatyg bersolat berjema'ah dgn beiau untuk makan di rumah sahabat yg menjemput. Ketika sampai mereka ke rumah sahabat yg menjemput itu,sahabat tersebut merasa gusar, terperanjat dan khuatir kerana makan yg dimasaknya tidak mungkin dapat mencukupi untuk menjamu segolongan sahabat yg begitu ramai datang ke rumahnya. Namun, dia bertawakal sahaja dan tidak pula memberitahu Nabi (s.a.w) permasalaahnnya kerana tidak menyediakan makan yg mencukupi, kerana yg beliau jemput hanyalah Rasulallah (s.a.w) seorang sahaja. Namun, ketika dihidangkan makan, Rasulallah (s.a.w) dan para sahabatpun makan, sehingga kesemua yg hadir kenyang dan masih ada berbaki untuk dia dan keluarganya! Demikianlah satu lagi mukjizat Rasulallah (s.a.w), selain mukjizat terbesarnya al-Quran yg diturunkan kpdnya oleh Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment