Assalamualaikum,
saudara, kita lihat sedikit lagi ketetapan mengenai tajuk di atas itu dengan meneliti hadith-hadith berikut pula. Mula-mula kita lihat hadith yg diriwayatkan oleh Anas b malik (r.a):
Hadith dari Anas (r.a) berikut juga memberitahu ketetapan yang serupa, iaitu jika terlupa atau jika tertidur, dan ketika teringat atau ketika terjaga dari tidur, kita menyedari yg kita belum solat dan waktunya sudahpun luput.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa terlupa akan solat maka solatkanlah (akan solat yang terlupa itu) ketika teringat akandia (solat).’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Solat]
Di bawah ini kita semak satu hadith yang agak panjang yang menceritakan peristiwa suatu malam selepas perang Khaibar. Diceritakan oleh Abu Hurairah (r.a) bahawa rombongan perang Rasulallah (s.a.w), kerana keletihan perang, tertidur maka terjaga sudah menengah hari, yakni matahari sudah naik tinggi, dan mereka belum solat Subuh. Dalam hadith ini disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat mensolatkan solat Subuh, walaupun sudah tinggi matahari.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya ketika kembali dari peperangan Khaibar, maka berjaga malam, sehingga ketika menemui mengantuk, dan bersabda (Nabi (s.a.w)) kepada Bilal (r.a): ‘Jagalah bagiku bagi malam’. Maka bersolat Bilal apa-apa yang ditetapkan baginya. Dan tertidur Rasulallah (s.a.w) dan (tertidur) para sahabat. Maka ketika mendekati (yakni, hampir fajar), tersedar Bilal daripada tidurnya, menghadapi fajar, maka mengalahkan atas Bilal akan matanya (yakni, tertidur dia semula), dan dia bersandar di atas kenderaannya. Maka tidak bangun Bilal dan tidak juga bangun seorangpun daripada para sahabat, sehingga bersinar matahari (yakni, meninggi matahari). Maka adapun Rasulallah (s.a.w) orang yang mula-mula dari kalangan mereka yang bangun. Maka terkejut Rasulallah (s.a.w), maka bersabda: ‘Wahai Bilal!’ Maka berkata Bilal: ‘Mengambil dengan diriku yang mengantuk, wahai engkaulah bapaku dan ibuku, wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tuntutlah.’ Maka dituntut mereka akan sesuatu. Kemudian berwudu’ Rasulallah (s.a.w). Dan memrintahkan Bilal supaya qamatkan solat. Maka bersolat dengan mereka solat Subuh. Maka apabila selesai Nabi (s.a.w) solat, bersabda dia: ‘Barangsiapa terlupa solat, maka solatlah akan dia ketika teringat (kamu) akan dia (yakni, solat yang telupa atau tertidur itu). Maka sesungguhnya Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Agung berfirman’ Wa aqimis solata lizikri.’ [Ayat 14, Surah Toha][Maksud: Dan dirikan solat apabila teringat (kamu)]
Maka berkata (Yunus) (seorang perawi dalam isnad hadith ini): ‘Dan adapun ibnu Syihab membacanya (yakni, menyebut kalimah ayat tersebut) ‘liz-zikra’. [Hadith ibnu Majah, Kitab Solat]
Berpandukan potongan-potongan hadith di atas itu jelaslah kita jika kita terlupa solat fardu atau jika jika tertidur dan pabila kita terjaga sudah luput waktu sesuatu solat yang kita belum kerjakan, maka syariat Islam menyuruh kita mensolatkan solat tersebut, walaupun bukan waktunya. Jelaslah hadith-hadith di atas itu memberikan kita nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah bahawa boleh disolatkan mana-mana waktu jika terlupa atau tertidur. Juga, dengan nas dan dalil tersebut jugalah tidak ada ketetapan dalam syariat Islam mengqada’kan solat. Ini adalah kerana ibadah solat tidak boleh dtinggalkan walau apa keadaan sekalipun, melain kerana uzur syar’i, uzur yang tidak membolehkan kita bersolat (seumpama gila atau hilang akal). Dengan itulah ditetapkan jika tidak boleh bersolat berdiri, boleh duduk dan jika tidak boleh duduk boleh solat sambil berbaring! Solat mesti ditunaikan tidak boleh tidak. [Nota: Ayat penuhnya adalah firman Allah (a.w): ‘Innani anallahu lailaha illa ana fa’budni wa aqimis solata lizikri’ [Maksud: Sesungguhnya Aku (kata Allah (a.w)) (adalah) Aku Allah (a.w), tiada tuhan melainkan Aku, maka mengabdikanlah dirimu kepadaKu, dan dirikanlah solat apabila teringat kamu (akan solat)] [Ayat 13, Surah Toha]. Ayat ini merujuk kepada peristiwa Nabi Musa (a.s) yang diperintah Allah (a.w) berada di Bukit Sina (Torsina) untuk menerima Kitab Taurat. Seperti biasa walaupun ada ayat-ayat al-Quran yang merujuk kepada sesuatu peristiwa yang khusus, seperti kes ini, adalah juga ditujukan kepada manusia umumnya. Itulah kelebihan kalimah Allah (s.a.w) setiap sesuatu tetap relevan dalam mana-mana zaman sampailah qiamat dunia ini. Hakikatnya, ugama Allah (a.w) tidak dijumudkan oleh waktu ataupun zaman, kecualilah sememangnya telah dikhususnya atas firman Allah (a.w)].
Jazakallahu khairah
minta pencerahan check balik....mungkin saya terlepas pandang atau tersilap tentang ayat 13 Surah Toha tu sebenarnya ayat 14.Kalau saya silap maafkan saya.terima kasih.Assalamualaikum.
ReplyDelete*ayat berikut:
إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ (١٤)