Saturday, February 26, 2011

Peringatan kpd Orang Yg Riak

Assalamualaikum,
saudara, kali ini kita muat satu hadith yg panjang mengenai tajuk di atas itu. Hadith ini penting untuk mengingatkan tiga golongan orang Islam yg konon-konnya beriman yg melakukan sesuatu yg amat baik dalam Islam tetapi diniatkan kerana menunjuk-nunjuk kpd orang lain yg dia hebat! 
Hadith di bawah ini menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umat Islam bahawa tiga golongan umat Islam yang nampak mengerjakan ibadat dan amalan yang baik-baik belaka tetapi tidak dibalas dengan syurga tetapi mendapat balasan neraka. Semua itu kerana mereka yang mengamalkannya wujud di dalam hatinya rasa riak atau rasa bangga diri dan beramal bukan kerana ikhlas kepada Allah (a.w) tetapi semata-mata untuk menunjuk-menunjuk kepada manusia lain. Mungkin manusia biasa tidak mengatahui lubuk hati orang-orang sedemikian tetapi Allah (a.w) maha mengetahui segala sesuatu, sama ada yang tersembunyi ataupun yang dipamirkan terang-terangan. 
Diriwayatkan hadith daripada Safiya al-Asbahi bahawasanya dia masuk (yakni, datang) ke Madinah maka (beliau melihat) tiba-tiba seorang lelaki sungguh-sungguh telah berhimpun atasnya manusia (yakni, satu kumpulan jemaah mengelilingi seorang lelaki tersebut), maka berkata dia (Safiya)(bertanyakan jemaah yang ada): ‘Siapa orang ini?’ Maka kata mereka: ‘Abu Hurairah.’ (Berkata Safiya menyambung hadithnya) ‘Maka dekat aku daripadanya sehingga duduk aku antara hadapannya dan dia sedang menceritakan hadith kepada manusia (yakni, kumpulan jemaah tersebut). Maka ketika diam dia dan ada kosong (yakni, ketika tiada apa-apa percakapan di majlis tersebut), maka berkata aku baginya (yakni, kepadanya): ‘Aku bersumpah akan dikau dengan haq dan atas haq. Tatkala kamu baca hadith kepadaku satu hadith yang kamu mendengarnya daripada Rasulallah (s.a.w) kamu ingat akan dia dan kamu mengetahuinya (yakni, faham dan ingat hadithnya)?’ 
‘Maka berkata baginya Abu Hurairah (r.a) (yakni, menjawab): ‘Aku perbuat maka aku menceritakan hadith kepada kamu akan hadith yang menceritakan hadith ini oleh Rasulallah (s.a.w). Aku ingat akan dia dan aku hafal akan dia’. Kemudian tersenggut Abu Hurairah dengan satu senggutan, maka diam dia sekejap (yakni, sebentar), kemudian senyum dia, maka berkata dia: ‘Nescaya aku bacakan hadith yang diceritakan kepadaku hadith ini daripada Rasulallah (s.a.w) di dalam ini rumah tiada bersertaku seseorangpun selain aku dan selain beliau’. Kemudian tersenggut Abu Hurairah dengan satu senggutan yang lain pula, kemudian senyum dia maka disapunya wajahnya, maka berkata dia: ‘Nescaya aku bacakan padamu akan hadith yang dibacakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepadaku, dan bahawasanya aku dan dia di dalam rumah ini, tiada beserta aku seseorangpun selain aku dan selain daripada dia’, kemudian tersenggut Abu Hurairah dengan satu senggutan pula, kemudian tersenyum dia dan menyapu wajahnya pula, maka berkata: ‘Nescaya menceritakan aku kepadamu hadith yang diceritakan oleh Rasulallah (s.a.w), dan bahawasanya aku besertanya di rumah ini, tiada beserta seseorangpun selain aku dan selain dia’, kemudian tersenggut Abu Hurairah (r.a), akan senggutan yang bersangatan pula (yakni, yang kuat), kemudian mereng dia rebah atas mukanya, maka aku (kata Safiya) ampu dia dan diletakkan padaku (yakni, disandarkan ke badannya) beberapa ketika, kemudian senyum dia dan berkata dia: ‘Menceritakan hadith oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Bahawasanya Allah (a.w) yang Maha Berkat dan Maha Tinggi, ketika ada (yakni, apabila berlaku) hari Qiamat turun Dia (Allah (a.w)) kepada hamba-hambanya supaya menghukum antara manusia. Dan setiap umat tunduk (maka) mengumpulkan (oleh malaikat) akan orang yang dipanggil dengan perintahNya (pertama) lelaki yang mengumpul al-Quran (yakni, yang hafal akan al-Quran dan faqih dia dalam ilmu al-Quran), dan (kedua) lelaki di dalam ‘sabilillah’ (yakni yang berperang (yakni, berjihad) di jalan Allah (a.w)), dan (ketiga) lelaki yang banyak hartanya. 
‘Maka berfirman Allah (a.w) kepada lelaki yang hafal (dan faqih tentang ilmu) al-Quran: ‘Bukankah sudah Aku ajarkan kamu apa yang Aku turunkan atas RasulKu?’ ‘Berkata dia (menjawab): ‘Bahkan! Wahai Tuhanku’. 
‘Berfirman Allah (a.w): ‘Maka apakah yang kamu telah perbuat di dalam apa-apa yang kamu tahu (ilmunya)?’ 
‘Berkata dia (memberi penjelasan): ‘Ada aku bangun membacanya beberapa bahagian daripada malam dan beberapa bahagian daripada waktu siang.’ 
‘Maka berfirman Allah (a.w) baginya: ‘Dusta kamu!’ Maka berkata para malaikat (menyahut tempelak Allah (a.w) baginya: ‘Dusta kamu!’ 
‘Maka berfirman Allah (a.w): Bahkan kehendak (atau keinginan) kamu bahawa (supaya) manusia berkata ‘Sesungguhnya sifulan orang yang qari (pandai membaca Al-Quran dan faham ilmu al-Quran)’, maka sungguh telah (pun) dikatakan orang (akan kamu) demikian itu.’ 
‘Maka didatangkan dengan orang yang berharta, maka berfirman Allah (a.w) baginya: ‘Bukankah Aku telah perluaskan (rezki) atas kamu sehingga tidak Aku biarkan kamu meminta-minta kepada seseorang yang lain?’ 
‘Berkata (yang berharta)(menjawab): ‘Bahkan! Wahai Tuhanku.’ 
‘Maka berfirman Allah (a.w): ‘Maka apa kamu perbuat di dalam apa-apa yang Aku datangkan (rezki) kepada kamu?’ 
‘Maka berkata dia (menjawab): ‘Ada aku menghubungkan silatur rahim, dan bersedekah aku.’ Maka berfirman Allah (a.w) baginya (yakni, kepadanya): ‘Dusta kamu!’ Dan berkata para malaikat (meyahut tempelak Allah (a.w) baginya: ‘Dusta kamu!’ 
‘Dan berfirman Allah (a.w) baginya: ‘Bahkan berkehendakan kamu bahawa (supaya) orang berkata ‘Sifulan itu seorang (yang) pemurah hati’. Maka sungguh-sungguh (telah) dikatakan orang (akan kamu) demikian itu.’ 
Dan, didatangkan pula dengan orang yang terbunuh dalam perang sabilillah. Maka berfirman Allah (a.w) baginya: ‘Di dalam apa (yakni, sebab apakah) yang kamu dibunuh?’ 
‘Maka berkata dia (yakni, yang mati terbunuh dalam perang sabil): ‘Diperintahkan aku dengan berjihad, maka berperang (dalam sabilillah) aku sehingga terbunuh aku.’ 
‘Maka berfirman Allah (a.w) baginya: ‘Dusta kamu!’ Dan para malaikat berkata (menyahut tempelak Allah (a.w)) baginya: ‘Dusta kamu!’ 
‘Dan, berfirman Allah (a.w) baginya: ‘Bahkan berkehendakkan kamu bahawa dikatakan orang ‘Sifulan adalah orang yang berani’. Sesungguhnya telah dikatakan orang (akan kamu) demikian.’ 
‘Kemudian memukul (yakni, menepuk) Rasulallah (s.a.w) atas dua lutut aku (dengan tangannya) (kata Abu Hurairah), maka bersabda dia: ‘Wahai Abu Hurairah! Mereka itulah tiga golongan yang mula-mula makhluk Allah (a.w) yang diselar (yakni, ditempelak oleh Allah (a.w)) dengan mereka itu dengan api neraka pada hari Qiamat.’ [Hadith gharib at-Termidzi] 
Saudara, hari ini ramai orang Islam yg riak dan sombong. Yg kaya sombong dan riak caranya. Dan, yg berilmu juga sombong dan riak, caranya pula. Siapa yg sombong? Orang yg telah diberitahu kebenaran, kemudian ria remehkan apa yg diberitahu dan orang yg memberitahu, kerana dia melihat dirinya berilmu, alim dan wara', walhal ilmunya tidak didasarkan kpd al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mahaguru yg menjadi idolanya. Atau, yg memberitahunya itu ustaz atau pekerja kilang yg mengaji pondok, manakala dia lulusan al-Azhar atau UIAM dan memiliki Ph D dalam bidang pengajian Islam, contohnya.

Mudah-mudahan tidaklah kita tergolong dari kalangan mereka yg dikutuk oleh Allah (a.w) di akhirat kelak, insya Allah. 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment