Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita akan terbaca di akhbar-akhbar Malaysia tentang lapuran oleh Malaysian Business tentang 20 orang terkaya di kalangan rakyat Malaysia. Daripada seramai itu, tiga adalah orang Melayu (Syad Mokhtar al-Bukhari - No 7, Azman Hashim - No 11 dan Mokhzani Mahathir, anak Dr Mahathir - No 19), seorang India (Ananda Krisnan - No 2) dan selebihnya orang China (didahukui oleh Robert Kuok).
Saudara, tidak wajar meara hairan dan kagum. Pertamanya, kita telahpun lihat sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa Allah (a.w) atas sifat ar-RahmanNya akan memberikan rezki (i.e. kesenangan dunia) tanpa mengiran apakah orang itu syirik atau kafir atau orang Islam yg kufur, terpulanglah kpd usaha mereka di dunia. Tapi, atas sifat ar-Rahimnya pula, Allah (a.w) hanya akan sayangi orang yg berjaya mengabdikan diri mereka kpdNya atas dasar dan landasan yg haq, iaitu ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) orang sedemikian itulah yg mendapat kesayangan Allah (a.w). Orang yg memperolehi kesayanagn Allah (a.w) sahaja yg diberi Allah (a.w) kefahaman tentang ugamanya, maka dia menyediakan dirinya sebaik mungkin di dunia, dan berjaya di akhirat kelak, mendapat ganjaran syurga. Penghuni syurga yg termiskin kelak memiliki harta kekayaan sebanyak atau senilai 10 kali dunia dan isinya! Jelaslah jauh lebih kaya dari kesemua orang kaya yg disenaraikan itu!
Yg menarik adalah, kemunculan Mokhzani Mahathir, anak Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah, mantan PM Malaysia, yg dinobatkan oleh masyarakat dan dunia sebagai 'Bapa Pembangunan Malaysia Moden'.
Saudara, kita ucapkan tahniah kpd 3 tokoh Melayu yg kaya itu. Mudah-mudahan mereka juga dapat menyediakan diri mereka untuk menjadi orang 'kaya' pula di akhirat kelak. Ini mudah. Asalkan mereka sanggup menggunakan kekayaan serta kemewahan yg mereka kecapi sekarang ini untuk mengilmukan diri mereka tentang Islam yg haq dan menggunakan sebaik mungkin kekayaannya untuk menempah syurga. Secara lahiriahnya, kita terdengar dalam berita dari masa ke semasa bahawa Syed Mokhtar adalah bilioaire dermawan, banyak membantu manusia, khususnya umat Islam melalui Yayasan al-Bukharinya. Tentang Azman Hashim, kita tak dengar sedemikian. Begitu juga Mokhzani, kitapun tak dengar sedemikian. Mungkin mereka buat senyap-senyap tanpa dihebah hebohkan dalam akhbar, wallahu 'alam. Namun, segala usaha 'fi sabilillah' mereka itu adalah bernilai jika mereka membelanjakan untuk 'fi sabilillah' menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana yg faham ilmu mengenai segala sesuatu pekerjaan dalam Islam itu sahaja yg mendapat ganjaran pahala di sisi Allah (a.w). Orang yg faham ilmu itu adalah orang yg belajar dia secara khusus ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Dan, Allah (a.w) memperingatkan kita bahawa lakukanlah sesuatu amalan dan ibadah itu setelah tahu ilmu mengenainya [Ayat 36, Surah al-Isra'. Janganlah buat sesuatu, termasuklah bersedekah atau menginfaqkan sebahagian kekayaan tanpa dahulu faham ilmu mengenainya yg dapat memandu mereka dgn kebenaran dan melakukannya menepati ketetapan as-Sunnah]. Mudah-mudahan Allah (a.w) bukakan hati mereka untuk mempelajari ilmu yg haq mengenai Islam dan syairatnya, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan ada pembaca atau pengikut blog ini yg dapat menyapaikan kpd pengetahuan mereka itu tentang tuntutan Islam yg haq itu, supaya dapatlah mereka menjadi pengikut blog ini dan semakin faham Islam dan tuntutannya. Dan, dgn kefahaman tersebut, mereka terpandu untuk meraih semaksimum kekayaan di akhirat kelak.
Saudara, kita sudahpun tahu pesanan Rasulallah (s.a.w) bahawa orang yg bijak di sisi Allah (a.w) adalah orang yg mencari kejayaan dunia tanpa meninggalkan akhirat, dan mencari kejayaan akhirat, tanpa meninggalkan atau mengabaikan dunianya. Orang iman yg terbijak adalah yg dapat mengimbangi dunianya dgn akhiratnya, dan sedar mereka bahawa dunia adalah persediaan untuk akhirat. Dunia bukan matlamat penamat. Dunia adalah permulaan untuk akhirat!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment