Saturday, February 5, 2011

Solat: Terlewat Nak Berjema'ah/Masuk Jema'ah

Assalamualaikum,
Saudara, jika kita benar-benar ingin mempastikan segala amalan dan ibadah kita itu mnenepati sabda Rasulallah : 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' (yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat) [Hadith Bukhari], dan kerana itu Allah (a.w) terima solat dan ibadah kita hendaklah kita kerjakan solat berpandukan ilmu dan kefahaman tentang solat itu. Demikian jugalah ibadah-ibadah lain. Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) memberikan panduan yg terperinci tentang segala sesuartu amalan dan ibadah itu.Dalam post ini kita teliti satu permasalahan dalam solat yg sering kita tempohi atau lihat umat Islam tersilap.

(a) Terleawat ke masjid, jema'ah sudahpun solat

Saudara, kadang kala kerana sesuartu sebab yg tidak dapat kita elakkan, kita ingin berjema'ah, namun ketika sampai ke masjid kita dapat Imam dan makmumnya telahpun bersolat, entah berapa rakaat selesai kita tidak ketahui, sehinggalah kita masuk ke saf solat. Nasihat Rasulallah (s.a.w) mudah. Ini diperjelaskan dalam hadith berikut, iaitu jangan tergesa-gesa mendapatkan jema'ah, memadailah berjalan seperti biasa, kemudian masuklah ke dalam saf yg terhampir dan takbirlah. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika sudah diqamatkan solat maka janganlah mendapatkannya (yakni, datang untuk bersolat atau berjemaah itu) bahawasanya engkau berlari (yakni, datang tergesa-gesa dan tergopoh-gopoh), dan datanglah ke solat dan atas kamu keadaan tenteram (yakni, berkeadaan tenang), maka apa-apa yang kamu dapatkan (daripada solat atau jemaah itu), maka solatkanlah, dan apa-apa yang tidak kamu dapati, maka sempurnakanlah (yakni, selesaikanlah rakaat-rakaat solat tersebut). Maka sesungguhnya salah seorang kamu ketika ada menuju kepada solat (yakni, dalam niat dan perlakuannya ke mesjid atau ke jemaah), dan dia adalah (dianggap) di dalam solat.’ [Hadith Muslim, Kitab Solat] 
Hadith di atas ini menjelaskan bahawa sekiranya kita terlambat, hendaklah tanpa gopoh masuk ke mesjid dan masuk be saf jemaah, tanpa lalu dihadapan jemaah yang sedang solat, maka kita Takbirlah dan teruskan ikut perlakuan imam (yakni, rukun fe’linya). Katalah semasa solat Zohor. Jika jemaah sedang dalam rakaat keempat, contohnya, maka kita ikutilah solat jemaah (imam), tidak kira sehingga ke rukun apapun. Kita telah mendapat satu rakaat sekiranya kita sempat Rukuk bersama-sama imam pada rakaat tersebut. [Nota: Jika tak sempatpun Rukuk bersama-sama imam, kita dapat berjema'ah dgn menyempurnakan solat kita 4 rakaat]. Apabila imam memberi ‘salam’ kita bangunlah untuk menyudahkan tiga rakaat lagi, dan kemudian kita memberi ‘salam’. 
Begitulah ketetapan Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith tersebut. Namun begitu, jika kita masuk selepas Ruku’, maka kita tidak dapat rakaat tersebut. Maka, selepas imam memberi ‘salam’ kita teruskan untuk menambah pada rakaat baki yang kita belum sempurnakan. Inilah ketetapan as-Sunnah dalam dua hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mendapat dia satu rakaat (i.e. satu Rukuk) daripada suatu solat (yang dijema’ahkan), maka sungguh-sungguh mendapat dia solat (tersebut sepenuhnya).[Hadith Muslim, Kitab Solat] 
Hadith ini memberitahu kita jika kita masuk untuk bersolat jemaah, dan jemaah sedang solat dan kita sempat hanya rakaat terakhir, yakni satu rakaat sahaja, maka kita teruskan solat kita menyempurnakan rakaat bakinya berseorang selepas imam memberi ‘salam’, kita dianggap telah mendapat kesemua rakaat solat tersebut. Maksudnya, kita juga telah bersolat secara berjemaah sepenuhnya. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat beserta imam, maka sungguh-sungguh dia mendapat solat (tersebut sepenuhnya) [Hadith Muslim, Kitab Solat]. 
Saudara, 
sering berlaku pada hari Jum'at apakala terdapat orang Islam yg ignin bersolat kelewatan, kemudian terkejar=kejar pula apakala mendengar muazin (i.e. tukang azan) sudah mengqamatkan solat, imam dan makmum sudah berdiri, atau sudah Takbir, memulakan solat. Yg diperlukan hanyalah kita berjalan spt biasa tanpa terkejar-kejar atau berlari. Setelah sampai ke saf, kita Takbirlah dan kemudian ikuti Imam. kalau imam sudah Ruku', kita Rukuklah, kalau dia tunduk hendak Sujud kita ikutlah. Kemudian kita teruskan ikut imam. Jika imam memberi salam, dan kita belum sempurnakan jumlah rakaat yg sewajibnya, kita bangunlah semula menyambung solat kita bersendirian, dan memberi salam ketika kita selesai. Islam itu mudah saja. Tidak sulit Yg penting apabla kita dapat satu rakaat solat yg kita trlambat itu, kita dikira telah mendapatkan solat jema'ah tersebut. Tidak rugi.

Jazakallahu khairah

3 comments:

  1. tumpang tanya .
    kalau seseorang itu . datang sedikit lewat solat jemaah . dan beliau sempat mengikut rakaat pertama . tapi beliau tidak sempat menghabiskan alfatihah . kemudian imam pun rukuk . apakah orang yang datang lambat itu perlu menghabiskan bacaan alfatihah nya /atau ikut terus rukuk ?

    ReplyDelete
  2. Salam..jika kita terlewat dan msuk pd rakaat ke-2..kita bca tahiyat awl pd rakaat pertama kita..jd haruskah kita bca tahiyat awl pd rakaat ke2..

    ReplyDelete
  3. Salam..nak tanya..jika kita bangun sblum iman bg salam,,solat tu dikira btl ke.

    ReplyDelete