Saturday, February 5, 2011

Solat: Terlupa Bilangan Rakaat Solat

Assalamualaikum,
saudara, dalam post ini kita lihat pula apakah panduan as-Sunnah, jika berlaku keadaan bilamana ketika kita sedang solat, disebabkan gangguan syaitan, kita terlupa rakaat berapakah kita telah kerjakan, yg ketiga ke atau yg akhir ke? Atau, yg kedua ke atau ketiga ke? Ini sering berlaku jika ketika kita solat fikiran kita dirasuk syaitan fikiran kita mengelamun, kemudian bila sedar kita terlupa sudah rakaat ke berapa! 
Di dalam kes yang disebutkan di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) pernah memendekkan (yakni, tidak cukup rakaat solatnya dan dia memberi ’salam’) atau memanjangkan solatnya (yakni, buat lebih daripada rakaat yang ditetapkan bagi solat tersebut). 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Bersolat Rasulallah (s.a.w), maka berkata Ibrahim: ‘Adakah menambah atau mengurang (akan solat)?’ Maka ketika sudah memberi ‘salam’, ditanyakan baginya (oleh makmum): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Adakah membuat pembaharuan dalam solat akan sesuatu?’ Bersabda dia: ‘Adakah demikian?’ Berkata mereka (memberitahu): ‘Bersolat engkau demikian dan demikian.’ (Berkata Abdullah): ‘Maka Rasulallah (s.a.w) melipatkan kakinya (i.e. seumapama duduk ketika Sujud) sambil memandang ke qiblat, maka Sujud dia dua Sujud, kemudian memberi ‘salam’. Kemudian beliau menghadapi kami dengan mukanya, maka bersabda: ‘Sesungguhnya jikalau membuat pembaharuan dalam solat sesuatu, (aku) memberitahu akan kamu dengannya (yakni, akan diberitahu sahabat secara resminya), dan akan tetapi (terlupa aku dan) sesungguhnya aku manusia biasa sebagaimana kamu sekelian. Maka ketika lupa, maka ingatkan aku dan ketika ragu salah seorang kamu (bilangan rakaatnya) di dalam solat, hendaklah pegang pada (bilangan rakaat) yang terakhir, maka sempurnakanlah (yakni, sambung semula) atasnya (i.e. sempurnakan rakaat yang belum dibuat), kemudian Sujudlah dua Sujud (yakni, Sujud Sahwi)’ [Hadith Muslim, Kitab Solat] 
Di dalam hadith di atas jemaah hairan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersolat tidak cukup rakaatnya (yakni, patut empat rakaat dibuat tiga) atau terlebih rakaatnya (yakni, patut empat dibuat lima). Maka beliau kembali duduk seumpama duduk dalam Tahiyat Akhir, dan beliau Sujud dua kali (Sujud Sahwi). Di dalam hadith tersebut juga Rasulallah (s.a.w) memberikan satu prinsip atau ketetapan baru. Apabila kita bersolat, kita terlupa rakaat berapakah kita berada, contonyha tiga atau empat. Maka dalam keadaan sedemikian kita disuruh Rasulallah (s.a.w) hitung atau kira rakaat yang terendah, yakni, dalam contoh ini, kita anggapkan kita berada di rakaat ketiga. Maka kita sempurnakan solat kita dengan membuat satu rakaat lagi selepas rakaat yang kita sedang solatkan. Kemudian, sebelum ‘salam’ ataupun sesudah ‘salam’, kita buat ‘Sujud Sahwi’ dua sujud. 
Di dalam sepotong hadith lain, dimuatkan oleh ibnu Majah, terjadi bahawa Rasulallah (s.a.w) solat Zohor atau solat ‘Asar, tetapi beliau memberi ‘salam’ selepas rakaat kedua. Kemudian beliau masuk ke rumahnya. Para sahabat hairan, dan ada yang bertanyakan perkara kurang rakaat itu. Maka setelah beliau bertanya kepada sahabat lain yang berjemaah dengannya, dan apabila disahkan, beliau kembali masuk mesjid, berdiri dan mensolatkan rakaat ketiga dan ke-empat, kemudian beliau membuat ‘Sujud Sahwi’dan kemudian memberi ‘salam’.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment