Monday, February 14, 2011

Mensyukuri Manusia bererti Mensyukuri Allah (a.w) (Samb.)

Assalamualaiakum,
Saudara, peradaban dalam Islam itu amat tinggi berbanding dgn apapun ugama lain. Tapi, malangnya kerana kejahilan kita sendiri, kita tidak mengamalkan budaya Islam. malah kita terima budaya ornag lain. Orang Melayu adalah satu bangsa yg suka meniru orang lain atau budaya lain atau ugama lain. Contoh: gadis-gdis Melayu menindik hidung, menindik pusat atau menindik alat kelaminya pula. Kita tiru pakaian ugama lain setiap kali merkeka merayakan hari kebesaran ugama mereka, spt pakai ceheong-sam, atau pakaia pakaian fesyen Cina, apabila tiba Tahun baru Cina, atau pakaian warna mereak; pakai sari dan sebagainya ketika datang Deepavali atau Taipusam, atau kita usahakan buat upaca 'Valentine Day', hari Xmas dan sebagainya. Tapi, apabila diberitahu budaya Islam, tak mau terima, kononnya itu budaya Arab. [Nota: Budaya Islam tak sama dgn budaya Arab. Kerana Islam bukan ugama orang Arab. Islam adalah ugama manusia sejagat. Islam adalah ugama Allah (a.w) untuk manusia sejak wujudnya manusia pertama di bumi, iaitu Adam (a.s)]
Selain itu, selain menyukuri pemberian, hendaklah dia membalas pemberian tersebut pula, kalau ada sesuatu yang boleh digunakan sebagai balasan. Jelaslah, adalah tanda kesyukuran kepada seseorang itu yang menerima sesuatu kebaikan dari seseorang itu hendaklah dia membalasnya pula. Perlakuan membalas pemberian orang itu adalah penjelmaan atau manifestasi kesyukuran terhadap orang yang memberi. Jika boleh, yakni lebih baik hendaklah dibalas dengan sesuatu pula, jika ada yang boleh kita berikan sebagai balasan selain ucapan kesyukuran atau berterimakasih kepadanya kerana pembeiannya itu. Saudara, dalam hadith berikut dicontohkan ketetapan as-Sunnah, bahawa apabila kita terima sesuatu pemberian atau hadih, maka jika ada sesuatu untuk membalasnya, maka kita balslah pembrian orang tersebut. balas membalas hadiah adalah budaya Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ‘utiya ‘ata-an fawajada falyajzi bihi fain lam yajid falyuthni bihi faman athna bihi faqad syakarahu waman katamahu faqad kafarahu.' [Maksud: Barangsiapa diberi pemberian maka menjumpai dia (yakni, ada padanya sesuatu sebagai balasan) dengannya (maka balaslah) maka jika tidak menjumpai apa-apa (yakni, balasan) maka sanjungilah (pemberian) maka barangsiapa menyanjungi dengannya (yakni, pemberian tersebut) maka sungguh-sungguh syukur dia dan barangsiapa menyembunyikannya (yakni, tak memberitahu apa-apa kepada yang memberi, atau tidak mengucapkan kesyukuran kepadanya) maka sungguh-sungguh dia kufur (akan rezki Allah (a.w) yang diterimanya).] [Hadith Abu Daud, Kitab Adab] 
Islam menetapkan begitu terperinci peradaban yang tinggi. Maka dengan itu, sesiapa yang mendapat sesuatu pemberian, maka hendaklah dibalas dengan pemberian, jika ada sesuatu yang boleh dibalas olehnya berbentuk material. Sekurang-kurangnya hendaklah dia ucapkan kesyukuran atau terima kasih kepada yang memberi, sebagai bukti dia bersyukur terhadap pemberian tersebut. Jika, dia terima dan mendiam diri, maka dia tidak dianggap bersyukur terhadap pemberian orang out dan kerana itu, berpandukan hadith-hadith sebelumnya, dia tidak bersyukur kepada Allah (a.w). 
Di dalam al-Quran Allah (a.w) menyebut jika kita mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah (a.w), dalam apa jua bentuk, maka akan ditambah oleh Allah (a.w). Dan, sebaliknya jika kita kufur nikmat, maka kita akan diazab. Manusia sebagai hamba tidak berhak tidak merasai syukur atas segala nikmat yang diterimanya dari mana jua sumber yang halal. Lebih-lebih lagi manusia itu wajib bersyukur terhadap nikmat dan rezki yang diberikan oleh Allah (a.w) kepadanya setiap masa.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment