Assalamualaikum,
saudara, kita telah lihat dalam post sebelum ini bahawa wajib bagi orang Islam yg beriman itu menunaikan haji. Kita pula diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa apakala kita sudah dikira mampu mengadakan bekalan dan kenderaan untuk menunaikan haji, kita abaikan tanggungjawab tersebut, jika kita mati, maka mati kita adalah matinya seorang yg kafir seumpama Yahudi atau Nesrani. Oleh itu wajib kita percepatkan berhaji.
Berapa Kali Diwajibkan Haji?
Saudara, apakah kita perlu mengerjakan haji banyak kali atau setahun sekali? Inilah soalan yg diajukan oleh seorang kpd Rasulallah (s.a.w), dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Ziad hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Ketika berkhutbah Rasulallah (s.a.w) atas beberapa manusia (i.e. umat islam), bersabda dia: 'Sesungguhnya Allah yg Maha Mulia lagi maha Agung (i.e. a.w) berfirman bahawa sungguh-sungguh telah difardukan atas kamu sekelian ibadah haji.' Maka berkata (i.e. bertanya) seorang lelaki (kpd Rasulallah (s.a.w)): 'Di dalam setiap tahun?' maka terdiam sebentar Rasulallah (s.a.w). Mengulangi lelaki tersebut bertanya tiga kali. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w) (menjawab): ' Seandainya berkata aku (Nabi) 'ya', nescaya wajib (atas kamu), dan jika sekiranya diwajibkan atas kamu (i.e. haji itu) tidak (mampu) berdiri (yakni, mengerjakan kamu) dgnnya. Tinggalkanlah apa-apa yg aku tinggalkan atas kamu sekelian. Maka sesungguhnya apa-apa yg merosakkan (atau membinasakan) barangsiapa ada mereka sebelum kamu sekelian kerana memperbanyakkan soal mereka dan berselisihfaham mereka atas (i.e. terhadap) nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku dengan sesuatu perintah, maka mengambillah (yakni, laksanakanlah) apa-apa yg diperintahkan sekuat mampu kamu, dan ketika mencegah (atau melarang) aku (nabi) dari sesuatu maka jauhilah (yakni, tinggalkanlah).' [Hadtih an-Nasa'i, Kitab Manasik (Peraturan) Haji]
Saudara, hadith di atas itu menjelaskan beberapa perkara dan prinsip ketaatan orang iman; iaitu: pertama, apabila diberitahu sesuatu atau diperintahkan sesuatu, maka kerjakan sekuat mampu dan jangan banyak soal. Kerana kaum atau generasi umat sebelum Islam dahulu, musnah keana banyak soal terhadap nabi dan rasul di kalangan mereka dan mereka menentang atau berselsih faham terhadap perintah nabi dan rasul tersebut. Kedua, apabla diperintahkan sesuatu maka kerajakan (i.e. amal dan ibadahkan atau buatlah) sekuat mampu, dan jika ditegah maka tinggalkan atau jauhi. Ketiga, bahagian kedua ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut adalah prinsip pokok dalam Islam, iaitu ikuti ketetapan as-Sunnah. Kata-kata Rasulallah (s.a.w) tersebut adalah mengulangi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, yg menjadi sandaran ketetapan Islam bahawa kita wajib ambil dan ikuti as-Sunnah. Maka dgn itulah juga syurga itu hanya didapati oleh orang iman yg mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran)
Saudara, jelaslah bahawa yg wajib itu hanyalah sekali atau satu haji. Namun, kalau seseorang itu mampu, bolehlah dia lakukan beberapa kali yg mereka ingin. Bukan kerana haji itu, tetapi pahala yg berbagai dan begitu banyak dalam musim haji tersebut, khususnya pahala mengerjakan amalan di dalam Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi pula.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment