Tuesday, February 8, 2011

Fahaman Kemazhaban: betulke atau salahke?? (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara dalam post yg lalu kita bincangkan pandangan majoriti para ulama' dan ilmuwan Islam menyatakan bahawa golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu termasuk mereka yg mengikuti fahaman Mazhab yg empat, terutama as-Syafie. Dalam banyak post dalam blog ini kita telah cerakinkan apakah sebenarnya yg dikatakan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Kita telah buat decomposition, yakni memecahkan frasa ini menjadi dua bahagian; iaitu: pertama, ahlus sunnah; dan kedua, wal-jama'ah. Kerana, frasa itu menyebutkan dua perkara. Kemudian hendaklah kita teliti apakah ajaran Mazhab as-Syafie itu menepati dua komponent tersebut: iaitu, komponen pertama berpandukan as-Sunnah (yakni, panduan al-Quran dan as-Sunnah, termasuk sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg 4 selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w)); dan komponen kedua adalah mereka berjema'ah dalam Islam.
Kalau kita teliti secara terperinci segala amalan dan ibadah yg dikatakan amalan dan ibadah berpandukan fahaman mazhab as-Syafie itu, jelas tidak sama dgn ketetapan as-Sunnah. Maka, dalam komponen pertama iaitu berpandukan as-Sunnah, tidak benar. Ada campur aduk. Ada penambahan. Ada pengurangan. Ada elemen sosio-budaya dijadikan sebahagian drpd syariat Islam! Jelasnya, kalau itulah brand fahaman Mazhab as-Syafie yg haq itu, maka tak betullah ajaran tersebut. Kalau, ajaran yg haq Mazhab as-Syafie itu lain, bukan sepertimana yg diamalkan, tetapi sama dgn ajaran as-Sunnah, maka mengikut fahaman dan ajaran Mazhab as-Syafie, tidak menyesatkan kita.
Kemudian, kalau kita telti pula dimensi kedua atau komponen kedua pula iaitu mengauti Islam secara berjema'ah? Bagaimana? Adakah ajaran Mazhab as-Syafie memerintahkan pengikutnya amalkan atau anuti Islam dengan berjema'ah? Kita kena semak ajaran Imam as-Syafie kalau nak tahu apakah ajaran yg beliau asaskan itu sejajar dgn ajaran Rasulallah (s.a.w), i.e. umat Islam wajib anuti Islam secara berjema'ah. Jika begitu betullah fahaman Mazhab as-Syafie itu consistent dgn as-Sunnah. Maka jika demikian ajaran Mazhab as-Syafie, maka benarlah ajaran tersebut, maka boleh dikuti kerana selari dgn as-Sunnah. Tapi, kalau kita lihat amalan dan ibadah serta segala sesuatu yg menjadi amalan lazim dan ritual pengikut kemazhaban sekarang, jelas sekali, tidak menepati as-Sunnah. Maka sudah pastilah yg diamalkan sekarang ini bukan lagi ajaran Imam as-Syafie, tetapi ajaran tokoh-tokoh pengikut beliau yg taksub kpdnya dan yg ingin mewujudkan suatu kelainan dalam amalan dan ibadah - dari segi bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamal - pula!
Saudara, fahaman mazhab itu boleh diterima jika menepati dua hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara ugamanya, yakni ugama Islam dan syariatnya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) mengikut Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) mengikut Kitab Injil) dalam ugama mereka. Berpecah umatku (umat Islam zamannya dan zaman-zaman kemudiannya) menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Golongan yang mana satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’. (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih at-Termidzi dll] 
Hadith di atas itu bak kata orang putih 'one side of the Islamic coin'. Dan, 'the other side of the Islamic coin' adalah hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) yang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (mazhab), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab atau golongan), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, mereka itulah yang mengikuti jemaah.’ [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi 
Maka dgn itulah, dalam penilaian kita apakah fundamental chracteristics (atau, sifat-sifat mutlak) tentang 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu? Dua hadith tersebut memberikan jawapannya. Mengapa kita gunakan dua hadith ini untuk menjelaskan siapa sebenarnya golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu? Kerana, ramai orang tersilap dalam mentafsirkan ungakapan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Konsep 'ahlus sunnah wal-jama'ah' ini wajib difahami. Jika tidak tersasar jauhlah kita dari landasan Islam yg sebenarnya. Golongan ini sahaja yg benar Islam mereka. Kerana, berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w) itu umat Islam yg Islam berjaya mendapat syurga adalah mereka digolongkan sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Jelasnya, walaupun wujud 73 golongan umat Islam, namun 72 golongan gagal mendapat syurga dan hanya satu golongan saja yg berjaya mendapat syurga, iaitu golongan yg menepati as-Sunnah dan mereka berjema'ah. Maka dgn itu, umat Islam yg berjaya mendapat syurga sebagaimana disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Dua hadith itu sekaligus memberi jawapan bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu ditentukan oleh dua faktor atau syarat mutlak sahaja, iaitu syarat pertama menganuti Islam dgn berpandukan as-Sunnah (i.e. sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin dan, syarat kedua, keduanya adalah berada dalam jema'ah atau yg mengikuti jema'ah.
Mudah-mudahan saudara faham isu ini. Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah', yakni model ikutan umat Islam dalam beragama. Maka dgn itu, mengikuti as-Sunnah bererti berpandukan as-Sunnah atau mencontohi Rasulallah (s.a.w). Dan, Allah (a.w) telahpun memberi tahu bahawa jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w), bererti kita telah mentaati Allah (a.w). Dan, Allah (a.w) memberitahu bahawa jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w) pasti Allah (a.w) mengampuni dosa-dosa kita. Dan, dalam firman Allah (a.w) yg lain, mentaati Rasulallah (s.a.w) itu adalah satu pra-syarat untuk mendapat kerahmatan dan keridaan Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment