Assalamualaikum,
saudara, dalam post ini kita lihat contoh pemimpin orang iman yg ulong di kalangan raja yg memerintah umat Islam. Contoh terbaik pemimpin Islam yg bukan raja adalah Rasulallah (s.a.w) sendiri, yg tidak mengambil wang perbendaharan kerajaan Islam untuk dirinya dan menyara keluarganya. Raja yg disebutkan dalam hadith berikut, walaupun raja atau pemimpin yg memerintah negaranya, berhak menggunakan sumber perbendaharaan kerajaannya, tidak mengambilnya untuk menyara diri dan keluarganya.
Diriwayatkan hadith dari Khalid b Ma'dan hadith dari Miqdam (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak makan seseorang pada makanan pada makanan sama sekali yg terlebih baik dari apabila makan dia dari perkerjaan kedua tangannya sendiri; dan sesungguhnya Nabi Allah (a.w) Daud (a.s) adalah makan dia dari kerja atau usaha kedua-dua tangannya (yakni, titik peluhnya sendiri).' [Hadith Mukhari, Kitab Jual Beli]
Dan hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) menyebtukan perkara yg sama dgn memebritahu usaha atau keraja nabi Daud (a.s) itu:
Menceritakan hadith oleh Abu Hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bahawa Daud (a.s) adalah (seorang raja) yg tidak makan kecuali dari apa-apa yg diusahakan atau dihasilkan oleh kedua-dua tangannya (i.e. usaha penat lelahnya sendiri) [Hadith Bukhari, Kitab Jual Beli]
Saudara, demikianlah mertabat tinggi seorang raja dalam iman. Dia, tidak akan makan makanan (dan tidak menyara keluarganya, kecuali dari usahanya sendiri. maksudnya dia bekerja untuk dapatkan wang ringgit demi menyara dirinya dan keluarganya. [Nota: Fikirkanlah bagaimana agaknya Nabi Daud (a.s) dapat mencari rezki untuk nafkah 100 orang isterinya ketika itu! Kita telah lihat dalam post-post sebelum ini bahawa ada dua amalan Nabi Daud (a.s) yg amat disukai Allah (a.w); iaitu: pertama, cara Nabi Daud (a.s) beramal dan beribadah mengagungkan Allah (a.w) dan memperhambakan dirinya kpd Allah (a.w). Iaitu, dia tidur separuh malam, kemudian bangun untuk beramal sepertiga malam (yakni, berqiamul-lail) dan kemudian tidur semula seperenam malam]. Kedua, beliau berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari, yakni Puasa Nabi Daud (i.e. puasa selang sehari)].
Bagaimana kalau kita bandingkan situasi hari ini? Kesemua raja dan pemimpin kerajaan negara Islam menggunakan sumber perbendaharaan negara untuk menyara diri dan keluarga mereka. Ada yg menagmbil melebihi dari apa yg sepatutnya pula. Tak hairanlah Hosni Mubarak, sebagai contoh dibenci oleh rakyatnya sendiri, kalaulah apa yg dilapurkan oleh media itu adalah benar. Kalau tak benarpun, dalam dunia sekarang belum kelihatan contoh seorang raja atau pemimpin negara atau negeri yg bekerja mengeluarkan keringat sendiri untuk menyara diri dan keluarganya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment