Saturday, February 5, 2011

Solat: Hampir Kehabisan Waktu??

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah teliti peraturan masuk berjema'ah ketika imam sedang solat dan kita terlewat. Kita sudah tahu bagaimana harus kita bertindak. dalam post ini kita teli pula kes bilamasa kita, kerana sebab-sebab tertentu, bukan disengajakan, terlewat dan waktu solat tersebut hampir luput. bagaimana perlu kita bertindak? 
Hadith berikut pula memberikan dua ketetapan atau panduan, satu mengenai solat Subuh yang kita sempat solatkan satu rakaat, sebelum terbit matahari, dan satu lagi panduan tentang solat ‘Asar, apabila kita sempat Rukuk sebelum tamat atau habis waktunya. Maksudnya, jika kita terlewat tanpa disengajakan, untuk Solat Subuh waktu pagi, selagi ada sedikit waktu, sebelum tibanya waktu haram (i.e. ketika matahari terbit), kita boleh solatkan Solat Subuh. Jika kita sempat Rukuk kemudian matahari terbit, maka kita hendaklah teruskan solat. Kita dianggap telah mendapat solat Subuh tersebut. Demikian juga ketika petang hari. 
Apabila kita kehabisan waktu Asar, selagi matahari belum terbenam, i.e. tiba waktu haram solat, kita boleh solatkan Solat Asar. Sekiranya kita sempat Rukuk pada rakaat pertama Solat Asar itu, sebelum terbenamnya matahari, maka kita dikira telah mendapat Solat Asar tersebut. Kita hanya perlu sempurnakan solat tersebut rakaat-rakaat bakinya sahaja walaupun matahari telah terbenam. Kedua-dua prinsip di atas itulah yang disebutkan dalam hadith berikut. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat Subuh sebelum bahawa terbit matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat Subuh, dan barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat ‘Asar sebelum bahawa terbenam matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat ‘Asar.’ [Hadith Muslim, Kitab Solat] 
Mengikut hadith di atas, Rasulallah (s.a.w) memberikan ketetapan syariat bahawa jika kita dapat satu rakaat solat Subuh, yakni apabila sempat kita selesaikan rakaat pertama, kemudian naik matahari, yakni luput waktu Subuh, kita tetap dikira telah mendapat keseluruhan solat Subuh itu. Yakni, walaupun matahari sudah terbit, kita hendaklah teruskan rakaat kedua. Walaupun, kemudahan sedemikian diberikan kepada kita, tidaklah kita menjadikan amalan biasa mensolatkan solat-solat kita pada waktu-waktu yang hampir kepada waktu haram bersolat. Di dalam hadith lain disebutkan bahaw salah satu sifat munafiq itu mengerjakan solat pada saat-saat waktunya hampir luput.
Saudara, waktu Solat Subuh dan Solat 'Asar itu terhad - pendek, maka dgn itu sewajarnyalah kita berwaspada supaya tidak terlalai mengerjakannya. Jikalah kerana sesuatu yg tidak dapat kita elakkan berlaku, bahawa waktunya hanpir luput, maka segeralah kita kerjakan. Jika kita dapat satu rakaat (i.e. dapat Rukuk_ sebelum tamat waktunya, kita dikira dapat solat tersebut. Yg perlu kita teruskan solat kita sehingga selesai.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. salam,saya nak bertanya bagaimana jika saya sembahyang asar pada rakaat kedua,lalu azan magrib bkumandang?adakah sah solat saya?jika sah adakah perlu saya menqadakan lagi 2 rakaat selepas azan?harap dapat berikan jawapan.terima kasih

    ReplyDelete