Tuesday, February 22, 2011

Solat Mengikut as-Sunnah: Had Basuhan ketika Berwudu' (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita mendapatahu bahawa dalam berwudu' itu, tidak disebutkan secara khusus perlunya dibasuh atau disapu dgn air wudu', kedua telina kita. Kerana, dalam sepotong hadith menyebut bahawa yg dikatakan bahagian kepala itu, termasuklah dua telinga. Maka ketika dibasuh kepala, tak perlu basuh/sapu telinga. Aapabla menyapu air wudu' ke anggota wudu' kepala yg disebutkan dalam post g lalu itu, ada hadith menyebutkan bahawa setelah selesai dilalukan kedua-dua telapak tangan atas kepala dari bahagian atas dahi ke belakang hingga ke bahagian tengkuk, kemudian ditarik (atau dilalukan kedua telapak tangan) semula ke depan, bolehlah disapu kedua telinga sekali dgn menggunakan jaritelunjuk dan ibu jari menyapu cuping telinga. Proses yg disebutkan dalam ost sebelum ini adalah sah sebagaimana yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w).

Menyapu Kedua-dua Telinga

Saudara, menyapu air ke kedua telinga itu tidak dijadikan secara khusus sebagai anggota waudu'. Maka dgn itu boleh disapu atau boleh ditinggalkan. Cuba kita lihat ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Atak b Yasar hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Melihat aku Rasulallah (s.aw) berwudu', maka membasuh kedua-dua tagannya(hingga ke paras pergelangannya), kemudian berkumur-kumur dia dan menghisap air ke dalam hidungnya dari cedukan kedua-dua tangannya yg disatukan; dan membasuh wajahnya (i.e. mukanya) sekali-sekali; dan mengusap kepalanya dan telinganya  sekali.' Maka berkata Abdul Aziz: 'Dan mengkhabarkan kpdku orang yg mendengar dia dari ibnu 'Ijlan berkata: 'Di dalam demikian itu (yakni, selepas itu); dan membasuh dua kakinya.' [Hadith an-Nasa'i]
[Nota: 'Kedua-dua tangan yg disatukan' bermaksud kita dekatkan kedua-dua tangan kita secara terbuka menceduk air yg kita hisap ke mulut dan kehidung sekali jalan atau semasa, dan kemudian kita hembuskan dari mulut dan hidung serentak, tiga kali]. Hadith di atas itu menyebut bahawa ada kalanya Rasulallah (s.a.w) menyapu kedua telinganya ketika berwudu', bukan sentiasa melakukan sedemikian. Maka dgn itu menyapu kedua telinga itu dibolehkan, tapi tidak disyaratkan. Menyapu seluruh kepala adalah diwajibkan, kerana kepala sebagai anggota wudu' itu perlu disapu dgn air wudu' keseluruhan bahagiannya.
Dalam hadith ibnu Majah disebutkan bahawa telinga itu adalah sebahagian dari kepala. [Nota: Demikian jugalah apkala kita menyebut perkara yg membatalkan wudu', kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa tidak batal menyentuh kemaluan atau zakar kita, kerana zakar itu adalah sebahagian dari tubuh badan seseorang. Maka tidak membatalkan wudu' jika menyentuhnya sebagaimana kita menyentuh mana-mana bahagian tubuh kita ketika atau selepas berwudu'.]
Saudara, setelah meneliti dua hadith yg dimuatkan dalam post kelmarin dan hari ini tentang wudu' itu, dapat kita rumuskan seperti berikut: pertama, wudu' itu hanya sah apakala memulakannya dgn menyebut kalimah 'Bismillah'; kedua, membersihkan kedua-dua tangan (sampai ke pergelangannya)) dan kemudian memasukkan air ke mulut (berkumur-kumur) dan menghisap air ke dalam hidung, dan menghembuskannya keluar semula; ketiga, membasuh muka, anggota wudu' pertama, sekali atau dua atau tiga kali basuhan; keempat, membasuh kedua tangan sekali atau dua kali atau tiga kali ke paras siku; kelima, menyapu seluruh kepala dgn melalukan kedua-dua telapak tangan dari depan di atas bahagian dahi ke belakang sampai ke bahagian tengkuk, kemudian di tarik semula ke depan dan diakhiri di atas dahi semula, atau diteruskan menyapu kedua cuping telinga; keenam, membasuh kedua-dua kaki sampai ke paras mata kaki (atau buku lali) sekali. Wudu' sah jika dibasuh sekali atau dua kali atau tiga kali, kecualilah kepala dan kaki dibasuh/disapu sekali sahaja. Basuhan tiga kali, kecuali kepala, adalah yg disukai oleh Rasulallah (s.a.w) dan itulah wudu' para rasul dan nabi, mengikut hadith-hadith lain.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm,

    Perkara batalnya wudu'. Ramai masih berpendapat batal wudu' jika bersentuh suami-isteri. Yang kita tahu batal wudu' jika lelaki ter/bersentuh dengan perempuan bukan mohram tetapi apa hal jika ter/bersentuh dengan bukan Islam. Ramai masih keliru dalam hal ini. Ada kata batal tapi ada kata tidak tapi hukumnya haram. Kan ke begitu?

    ReplyDelete