Assalamualaikum,
saudara, dalam post yg lalu kita telahpun diberitau betapa besarnya pahala orang yg mengerjakan haji secara berjalan kaki dari Mekah (i.e. Masjidil haram), ke Arafah, kemudian ke Muzdalifah, kemudian ke Mina dan akhirnya kebali semula ke Mekah (i.e. Masjidil Haram) - suatu perjalanan kira-kira 53 kM kesemuanya - mendapat ganjaran pahala bagi setiap langkah dia berjalan itu pahala yg digandakan sebanyak 700 x 100,000 pahala pula, i.e. 70,000,000 gandaan pahala setiap langkah. Dan, mengikut sepotong hadith lain pula, orang yg mengerjakan haji dgn berjalan kaki itu, diberikan ganjaran pahala 70 kali pahal orang yg mengerjakan haji secara berkenderaan, maksudnya, orang yg mengerjakan haji dgn menaiki kenderaan dari Mekah kembali ke Mekah semula, dapat satu haji, kalau dikerjakan menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Bagi orang yg berjalan kaki pula, menepati ketetapan dan peraturan al-Quran dan as-Sunnah, dapat 70 kali pahala berhaji berbanding dgn berkenderaan, kalau dia berjalan kaki dari Mekah dan kembali semula ke Mekah sepanjang pekerjaan hajinya - memasang niat memakai ikhram sampailah Tahlul Akhir!
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Bagi orang yg mengerjakan haji 'masian' (i.e. berjalan kaki) pahalanya adalah 70 kali haji (yakni, mengerjakan haji) dan bagi orang yg mengerjakan haji dengan berkenderaan mendapat satu pahala haji.' [Hadith Riwayat ad-Dilami dalam Kitab Kanzul Umal]

Saudara,
dalam hadith di atas itu (Nota: telahpun dimuatkan dalam post yg lalu dalam blog ini), sesiapa yg mengerjakan 'haji masian' atau berjalan kaki bermula dari Mekah kembali semula ke Mekah mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan 70 kali haji berkenderaaan atau secara menaiki kenderaan! Siapakah yg boleh mengerjakan haji sebanyak 70 kali dalam hidupnya? Kalau kita mampu dari segi ekonomi, kalau kita sihat dari segi fisikalnya dan kalau kita dikurniakan Allah (a.w) umur yg panjang, kita berpeluang mengerjakan 'haji masian' ini!
Katalah kita dikurniakan umur seperti Mahathir yg dipanjangkan umur oleh Allah (a.w), sekarang 85 tahun, dan kita baligh ketika berumur 15 tahun, kemudian kita mampu dari segi kewangan dan kesihatan tubuh badan, mulai umur 15 tahun kita naik haji setiap tahun, maka selama tempoh hayat baligh kitam i.e. 85 - 15 tahun = 70 tahun, baru kita dapat pahala mengerjakan haji 70 kali itu? Fikirkanlah. Walhal, kalau kita kerjakan 'haji masian' sekali, kita dapat pahala 70 kali mengerjakan haji!
Maka dgn itulah kita dinasihatkan supaya tunaikan haji ketika muda dan sihat, sebelum tua dan lemah! Demikianlah gandaan pahala bagi seseorang yg bersusah payah dan bersemangat untuk mencari yg terbaik dalam ibadah dan amalan, mengerjakan haji sebagai membuktikan labanya untuk mendapat ganjaran pahala semaksimum mungkin, demi kepentingan akhiratnya dan sebagai membuktikan kesungguhannya mengerjakan ibadah kpd Allah (a.w).

Kalau saudara masih muda, mudah sahaja berjalan kaki (pada 8 Zulhijjah) dari Mekah ke Arafah untuk Wukuf, jarak perjalanan sejauh kira-kira 23.6 kM, kemudian habis Wukuf berjalan pula dari Arafah ke Muzdalifah untuk mabit (malam 10 Zulhijjah) sejauh 12 kM, kemudian selepas Subuh (10 Zulhijjah) berjalan ke Mina kira-kira 6 kM sahaja; dan kemudian (petang 10 Zulhijjah atau pada hari Tasyrik) dari Mina ke Mekah (Masjidil Haram) sejauh 6-8 kM untuk Tawaf Ifadah. Jadi keseluruhan perjalanan tersebut melibatkan 53.6 kM sahaja!
Saudara, mengerjakan haji secara berjalan kaki mendapat dua set pahala yg amat besar; iaitu: pertama, setiap langkah mendatangkan 70.0 juta kebaikan; dan kedua, mendapat pahala haji seumpama mengerjakan haji dengan berkenderaan 70 kali haji. Begitu besarnya pahala untuk dilepaskan oleh orang muda/ Bagi orang yg tinggi imannya, yakin dia dgn ganjaran pahala akhirat, sudah pasti dia ingin mengerjakan 'haji masian' itu. Kenapa tidak?
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment