Tuesday, February 15, 2011

Keputeraan Rasulallah (s.a.w)

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini tanggal 15 Februari 2011 bersamaan dgn 12 Rabi'ulawal 1432 adalah ulang tahun Hari Kelahiran Rasulallah (s.a.w). Lazimnya, hari ini ada perbarisan besar-besaran dgn membawa cogankata dan sepanduk berarak sebagai salah satu program atau aturcara wajib majoriti umat Islam di Malaysia meraikan kelahiran beliau. Sebenarnya, tiada tuntutan Islam bahawa hari kelahiran Raulallah (s.a.w) dirayakan. Malah tiadapun suruhan atau budaya Islam supaya orang Islam raikan Hari Jadi mereka. Itu adalah budaya barat atau bukan Islam. Malah budaya jahiliah.
Saudara, dalam Islam sebagai mengingati Rasulallah (s.a.w) yg menyampaikan syariat ugama Allah (a.w), Islam, kpd kita yg pasti menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat adalah cara lain. Yg paling utama cara dan kaedah kita menunjukkan kasih sayang kita kpd Rasulallah (s.a.w) adalah dengan pertama, menganuti ugama Islam, kalau kita belum sebenar-benarnya Islam (yakni, Islam tapi tidak mengerjakan apa yg disuruh); kedua menganuti Islam menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah perintah Allah (a.w) dan itulah mesej yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah; kedua, menjadi umat Islam yg iman kalau kita sudah Islam dgn berusaha sungguh-sungguh melaksanakan tuntutan ugama Islam, yakni syariat Islam yg haq itu, supaya kita berjaya tergolong sebagai umat Muhammmad (s.a.w). Kita hanya diakui Islam jika kita benar-benar berpandukan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ketiga, hendaklah kita mempelajari Islam dan syariatnya, supaya kita benar-benar dapat menjadikan Rasulallah (s.a.w) model ikutan atau idola bagi kita dan bagi orang islam yg lain, sebagai orang iman. Keempat, kita benar-benar jadikan Rasulallah (s.a.w) contoh orang iman yg terulong itu dalam keperibadian kita serta tindak tanduk kita. 
Saudara, 
hari kelahiran Rasulallah (s.a.w) itu tidak penting kita raikan setiap tahun. Yg penting kita akur dgn ajaran Rasulallah (s.a.w), yakni, kita benar-benar taatkan Rasulallah (s.a.w) kerana jika kita tidak taat, maka sudah barang pasti kita terkeluar dari Islam. Kalau kita tidak berpandu dgn al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani kehidupan dunia, sudah pasti kita sesat dan mendapat neraka di akhirat, walaupun kita mencari syurga. Kita telahpun faham perkara ini melalui as-Sunnah.
Saudara, kita tidak boleh besar-besarkan Rasulallah (s.a.w) sebagai manusia, namun Rasulallah (s.a.w) memangnya manusia luar biasa kerana Allah (a.w) yang jadikan beliau begitu dan Allah (a.w) yg membentuk beliau begitu, kerana dia diangkat Allah (a.w) menjadi nabi dan diberi tugas sebagai RasulNya. Dan, mahagurunya tak lain adalah malaikat Jibrail (a.s), penghulu segala malaikat. Oleh kerana itu pastilah dia seorang yg amat hebat, kerana kehebatan yg dikurniakan Allah (a.w) padanya untuk menyampaikan ugama Allah (a.w) di akhir zaman ini, ketika manusia berbangga-bangga dengan kecerdikan dan kepintaran mereka. Masakan Allah (a.w) lantik seorang manusia menjadi nabi dan rasul kalau dia bukan seorang yg hebat dan dihebatkan pula oleh kurniaan Allah (a.w) atas mereka. Nabi Nuh (a.s), Nabi Daud (a.s) dan, anaknya, Nabi Sulaiman (a.s), Nabi Musa (a.s), adalah orang yg hebat. Begitu jugalah nabi-nabi dan rasul yg lain. Maka dgn itulah kita yg Islam tidak boleh mengidolakan hanya seorang rasul atau nabi. Malah Allah (a.w) suruh kita hormati kesemua para nabi dan para rasul. Oleh itu jangan kita salah tanggapan dalam kita merayakan keputeraan Rasulallah (s.a.w). Kalau kita sudah berusaha sedaya upaya dan sekuat mampu mencontohi Rasulallah (s.a.w) dalam semua perkara dalam kehidupan kita, terutama dalam perkara amalan dan ibadah, maka kita sebenar-benarnya telah mengagungkan Rasulallah (s.a.w) dan kita benar-benar kasihkan Rasulallah (s.a.w). Kerana kita diperingatkan, orang yg tidak mengasihi Rasulallah (s.a.w) melebihi kasihnya kpd mana-mana manusia lain, walaupun ibu bapa kita sendiri, belum beriman!
Sayangnya, hari ini ramai orang yg merayakan keputeraan beliau secara besar-besaran tersebut sendiri ketepikan Rasulallah (s.a.w) apabila mereka ketepikan as-Sunnah. Mereka nombor-duakan as-Sunnah dan nombor-satukan fahaman dan ajaran mazhab! Ada banyak ketetapan as-Sunnah bukan sahaja diabaikan, tetapi sengaja ditinggalkan kerana ketaksuban kpd manusia lain, tanpa disedari mereka. Oleh itu, janganlah kita terikut-ikut dan janganlah kita contohi segala sesuatu tanpa ilmu atau dalam kejahilan. Yg parah kita sendiri. Oleh itu contohilah Rasulallah (s.a.w) dgn memahami Islam dan syariatnya sebagaimana yg dicontohkan olehnya dalam bentuk-bentuk amalan dan malah, cara dan kaedah beramal, dalam akhlak dan budi pekerti, dalam urusan bisnes, pentadbiran dan sebagainya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment