Monday, February 28, 2011

Kenapa Wajib Berwudu'

Assalamualaikaum,
saudara, kita telahpun tahu bagaimana hendak berwudu', anggatoa waudu', had-hada basuhan atau sapuan terhadap anggota-anggota wudu' itu dan berpa kali perlu dibasuh atau disapu. Kita juga tahu bahawa melalui as-Sunnah kita tahu bahawa selama ini wudu' kita tak sah. Kerana, kita hanya menyapu sebahagian kepala sahaja atau beberapa helai rambut di kepala saja. maka, wudu' kita tersebut batil dan tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w). Juga, oleh kerana berwudu' adalah bahagian pertama kpd proses mandi junub, maka mandi junub kita selama ini juga tak sah dan tak diterima Allah (a.w). Oleh kerana itu, segala amalan dan ibadah yg bersandarkan wudu' terbatal dan tidak diterima Allah (a.w)! Betapa ruginya kita selama ini...
Jelaslah, soalan mengapa perlu berwudu' telah dijawab.
Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Abi malihi hadith dari bapanya berkata: 'Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Tidak diterima Allah (a.w) solat yg tiada suci (yakni, wudu') baginya dan tidak diterima Allah (a.w) sedekah dari sumber yg dicuri.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Bewrsuci]
hadith ini menyebutkan dua perkara; iaitu: pertama, tanpa wudu' solat tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w); dan kedua, Allah (a.w) juga tidak terima sedekah jariah yg sumbernya adalah sumber curi. 'Curi' bermaksud wang atau pendapatan atau barang yg kita nak sedekahkan atau yg nak kita berikan kpd seseorang itu atas tujuan sedekah atau hadiah bukanlah hasil titik peluh kita atau yg kita dapati secara halal. 
Sumber curi termasuklah mengambil harta orang lain tanpa hak seperti merompak atau memeras ugut atau melalui loteri atau judi atau diberikan oleh orang lain kpd kita yg kita tahu adalah dari sumber yg haram spt wang curi, wang judi, wang loteri atau wang rasuah.
Sudahlah kita tak dapat pahala menyedekahkan atau memberi hadiah sesuatu yg sumbernya haram kerana dicuri, kita pula berdosa kerana mendapatkan sumber yg haram atau dicuri itu. Doa kita it tidak terampunm, kalaupun ditobatkan,. kerana ia melibatkan orang lain. Taubat atas dosa terhadap manusia hanya akan diterima Allah (a.w) jika kita sudah selesaikan dahulu dosa kita dgn orang yg terlibat itu.

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment