Assalamualaikum,
Saudara, dalam kuliyah Solat kita setakat ini, kita telah tahu apa dia anggota wadu' dan had basuhan atau sapuan kpd anggota wudu' tersebut dan berapa kali perlu kita basuh atau sapu. Kita juga tahu bahawa berdasarkan dalil as-Sunnah itu, jelaslah ada tiga perbezaan yg ketara antara ketetapan as-Sunnah dan kelaziman amalan kita selama ini; iaitu: pertama, tiada suruhan melafazkan niat ketika nak mulakan wudu'; kedua, yg diwajibkan ketika memulakan wudu' adalah menyebut nama Allah (a.w) atau menyebut kalimah 'Bismillah'; dan ketiga, kepala hendaklah kita kenakan air dgn menyapu keseluruhan kawasan atau bahagian kepala. Di akhir Kuliyah Solat kita nanti, kita akan tahu bahawa jika kita berwudu' tanpa menyebut kalimah 'Bismillah' wudu' kita tidak sah. Apabila tidak sah wudu' kita maka tidak sahlah segala perkara yg bersandarkan kpd wudu' (spt solat, Tawaf untuk haji atau umrah, mandi junub, membaca al-Quran apabila berjunub).
Doa Selepas Berwudu'
Saudara, selesai saja kita berwudu' kita disuruh baca Doa Selepas Wudu' spt yg disebutkan dalam hadith brikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Uqbah b 'Amir al-Juhanniyu hadith dari Omar b Khattab (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa (atau sesiapa) berwudu' maka hendaklah dia memperbaiki wudu'nya, kemudian berkata (yakni, membaca atau berdoa) 'Asyhadu an lailaha ilallah; wa-asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa-rasuluhu'(yg bermaksud: 'Aku naik saksi bahawwa tiada tuahn yg berhak disembah kecuali Allah; dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya); maka (dgn membaca doa ini) dibukakan baginya lapan pintu syurga dan masuk dia (di akhirat kelak) dari mana-mana pintu yg dia sukai.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Toharah (i.e. Kebersihan)]
Bagi kita yg belajar dari guru-guru ugama ala lama kita diajarkan kalimah yg lain, termasuklah sebahagian ayat al-Quran. Asaskan prskripsi tersebut, tak ada. Yg ada adalah ketetapan as-Sunnah dalam hadith di atas itu menyuruh kita baca dua kalimah syahadah sebagai Doa Selesai Wudu'.
Solat (Sunat) Dua Rakaat Selepas Berwudu'
saudara, dalam hadith berikut kita dianjurkan bersolat sunat dua rakaat selepas selesai berwudu'. Jika kita kerjakan, sudah barang pasti kita diberikan syurga.
Diriwayatkan hadith dari 'Uqbah b 'Amir al-Juhaniyu berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa (atau sesiapa) berwudu' dan memperbaiki (i.e. memperelokkan) wudu'nya kemudian solat dia (solat sunat) dua rakaat mengadap atas kedua-duanya dgn jiwa raganya dan mukanya, wajib baginya syurga.' [hadith an-Nasa'i, Kitab Toharah (i.e. Kebersihan)]
Hadith ini menjelaskan suatu hadith yg menceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) diperdengarkan bunyi selipar Bilal b Rabah di syurga, walhal Bilal, muazin Rasulallah (s.a.w), masih hidup. Bertanya kpd Bilal apakah amalan yg menjaminnya dapat syurga. Maka Bilal menjawab bahawa dia solat sunat dua rakaat setiap kali dia selesai berwudu'.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment