Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa akhbar hari ini (6 Feb. 2011), khususnya Kosmo, menyebutkan adanya lapuran bahawa Hosni Mubarrak, Presiden Mesir yg dalam krisis politk ketika ini memiliki kekayaan melebihi kekayaan Bill gates pengasas-bersama Microsoft. Dilapurkan memiliki kekayaan yg nilainya AS70.0 bilion (RM 213.1 bilion). Apakah lapuran itu benar? Mungkin sekali kerana ada tokoh akademik yg berpendapat sedemikian dgn menyenaraikan contoh-contoh aset beliau di luar negara. [Nota: kekayaan dalam bentu aset takalih tanah dan rumah mudah dikesan, tapi aset cair spt wang simpanan, saham dsbnya lebih sukar, terutamalah kalau tersimpan dalam bank-bank di pesisiran luar pantai. Selama 30 tahun belu menrajui Mesir. Tapi, adakah kelihatan Mesir negara yg mendapat perilindungan US, itu menunjukkan kemajuan dan pembangunan yg boleh dijadikan contoh, terutama oleh nergara-negara Islam dan umat Islam? penulis ada ke Mesir. Tapi, tidak nampak kemajuan Mesir dalam banyak bidang. Yg jelas Mesir taklah lebih drpd kebayankan negara ke-3 (Third World Countries) aje!
Saudara, dulu dilapurkan juga beberapa pemimpin negara Islam yg memerintah negaranya begitu lama, tapi tak nampak juga kemajuan yg boleh dibanggakan oleh rakyatnya spt Soekarno dan Soharto di Indoensia. Malah, belum nampak mana-mana pemimpin Islam yg dapat dibanggakan sama ada membina umat Islam dalam banyak bidang dalam kehidupan dunia mereka, masakan mampu membina ummah, Jema'ah Islam!
Saudara, jangan kita keliru. Pemimpin Islam tidak bererti dia atau mereka menghayati Islam. Malah persoaliti yg dapat membanggakan Islam - walaupun ramai persoalkan apakah mereka Islam - adalah Ahmad Nejad, Presiden Iran. Yg tiada apa nak dibanggka dari segi dunia dan kemewahan, tapi mantap mentailiti serta semangat keIslaman yg kuat dan rakyat mereka. Iran dalam banyak dimensi lebih berjaya di kalangan umat Islam.
Saudara, mudah-mudahan pemimpin Islam yg lain boleh jadikan contoh-contoh sedemikian sebagai sempadan atau tauladan, terpulang pada apa 'nawaitu' masing-masing. Yg pasti orang-orang sedemikian itu akan dipertanggungjawabkan di hadapn Allah (a.w) apa yg dikerjakannya ketika di dunia untuk Islam dan umatnya.
Jazakalahu khairah.
No comments:
Post a Comment