Thursday, February 10, 2011

Menolak as-Sunnah: Anti Hadith

Assalamualaikum,
saudara, dalam blog ini kita sering diperingatkan saudara dua perkara yg amat penting kita ingat sentiasa, iaitu: pertama, amalan dan ibadah orang iman itu diterima Allah (a.w) jika niatnya adalah mukhlis (atau ikhlas), dan ikhlas dalam Islam adalah menepati ketetapan Ayat 57, Surah al-Israk; dan kedua, bentuk-bentuk amalan dan ibadah, serta cara dan kaedah mengamal atau mengibadahkannya hendaklah menepati cara yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika berlainan, pastilah batil dan tidak diterima Allah (a.w) amalan dan ibadah tersebut. Ketetapan prinsip atau kektetapan pokok dalam segala sesuatu itu didapati di dalam al-Quran. Perinciannya, atau penterjemahan ketetapan pokok atau induk itu terdapat di dalam as-Sunnah. maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Ketahuilah (wahai umatku) aku (Nabi) telah diberikan sebuah Kitab (yakni, al-Quran) dan bersama-nya sesuatu yg menyerupainya (yakni, as-Sunnah).' [Hadith Abu Daud, Kitab as-Sunnah]
Saudara, hadith di atas itu adalah nas dan dalil as-Sunnah bahawa orang Islam itu wajib berpandukan kpd dua sumber panduan dan juga ilmu iaiatu al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa ilmu yg wajib umatnya pelajari dan fahami adalah dua, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, sesiapa yg tidak ikuti as-Sunnah, maka dia belum Islam dan beriman! Rasulallah 9s.a.w) juga peringatkan kita dalam sabda berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Ubainah di rumahnya bertanya aku dari Salim Abi Nadrin (r.a). Kemudian menerima di dalam hadith berkata: ‘Atau Zaid bin Aslam, daripada ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’ (r.a) berkata dari bapanya: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jangan sampai (yakni, jadi) salah seorang dari kamu menjadi (yakni, seperti) orang yang bersandar atas kerusi malasnya datang pada perkara dari apa-apa yang memerintahkan aku (Nabi) dengannya atau melarang aku (Nabi) atasnya’, maka berkata (orang itu): ‘Tidak tahu aku (ini hadith)(maksudnya, tidak akur dia dengan ketetapan dalam hadith tersebut). Apa-apa menjumpai aku (hanya) (maksudnya, dia hanya ikuti segala sesuatu yang ditetapkan) di dalam kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) mengikut aku pada kitab (yakni, terima ketetapan al-Quran sahaja).’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, hadith di atas itu memberikan satu sinario sebagai menjelaskan ketetapan as-Sunnah, iaitu janganlah kita yg akui beriman apabila diberitahu oleh seseorang sesuatu ketetapan (i.e. hadith) dalam as-Sunnah, kita tidak mau terima. Kita hanya terima al-Quran dan tidak mau terima as-Sunnah. Atau, kita berdalih menyatakan bahawa ada interpretasi lain dari apa yg disampaikan oleh orang itu, walhal yg diberitahu itu benar! Inilah tegahan Rasulallah (s.a.w) jangan kita tergolong dari kalangan golongan anti-hadith atau anti as-Sunnah. Dan, jangan pula kita berhujjah sesuatu tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Sejajar dgn Ayat 7, Surah al-Haysr, kita telah menolak Rasulallah (s.a.w) dan menolak perintah Allah (a.w) yg menyuruh kita ambil atau terima ketetapan as-Sunnah - ikut yg disuruh dan tinggalkan yg ditegah. Jika kita bertindak sedemikian, kita juga melanggar perintah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa': 
Allah (a.w) berfirmanMai uti’ir rasula faqad ata’allaha' [Yg bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh (yakni, sudah pasti) dia telah mentaati Allah (a.w) …’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Dulu, suatu masa kerana menulis buku 'Hadith: Penilaian Semula', Kassim Ahmad, pernah dicop oleh orang Islam, terutama para ulama' dan ilmuwan Islam, sebagai telah keluar dari Islam kerana 'menolak hadith'. [Nota: Penulis tidak membaca bukunya, maka tidak dapat membuat penilaian.] Yg wajib diperingatkan adalah sesiapa yg menolak satu hadith, setelah jelas kebenarannya, adalah tergolong sebagai anti hadith. Orang yg menolak as-Sunnah, walaupun sepotong hadith, adalah terkeluar dari Islam. Kerana, sesiapa yg tidak taatkan Allah (a.w) pastilah dia bukan orang iman! Kerana, Allah (a.w) perintahkan kita orang iman wajib taatkan Rasulallah (s.a.w). Mentaati beliau bererti berpandukan ketetapan as-Sunnah.
Saudara, hari ini begitu ramainya para ulama' dan ilmuwan Islam yg melekehkan as-Sunnah, apa lagi melekehkan orang yg bercakap tentang as-Sunnah. Malah pengajian al-Hadith tidak pernah diberi keutamaan di Malaysia. Universiti yg kononnya melambangkan institusi pengajian kemuncah Islampun, tidak mengutamakan pengajian as-Sunnah. 
Berwaspadalah dalam perkara ugama. Janganlah betindak dalam kejahilan. Kerana sesiapa yg beramal dan beribadah dalam kejahilan, amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w) [Ayat 36, Surah al-Isra']. Kalau dia beramal dan beribadah tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah dia akan tersesat. Pasti tidak sesat jika berpandukan ilmu al-Quran dan as-Sunnah [Hadith Imam Malik, yg sering kita rujuk dalam blog ini].

Jazakallahu khairah





No comments:

Post a Comment